Turnitin merupakan perkhidmatan pencegahan plagiarisme dalam talian yang diperkenalkan oleh iParadigms, LLC. Ia mula dilancarkan pada tahun 1997. Kebiasaannya, lesen pengguna dibeli oleh universiti dan sekolah untuk menghantar esei kepada laman sesawang Turnitin, yang mana dokumen yang dihantar akan disemak untuk mengetahui kandungan yang tidak asli. Keputusan yang diperoleh boleh digunakan untuk mengenal pasti persamaan dengan sumber-sumber yang sedia ada atau boleh digunakan dalam penilaian formatif untuk membantu pelajar belajar bagaimana untuk mengelakkan plagiarisme dan memperbaiki penulisan mereka [1]

Turnitin
Fail:Turnitin.svg
Ibu pejabat2101 Webster St. (Suite #1800) Oakland, California 94612
IndustriPendidikan
Laman webturnitin.com
PendaftaranYa

Pelajar dikehendaki untuk memuatnaik esei ke dalam Turnitin, sebagai langkah mengelakkan plagiarisme. Para pengkritik mendakwa penggunaan Turnitin melanggar privasi pendidikan dan undang-undang harta intelek.

iParadigms LLC, iaitu syarikat induk turut menawarkan perkhidmatan pengesanan plagirisme yang serupa kepada editor majalah, buku dan majalah yang digelar iThenticate, dan turut mengelola laman sesawang berinformasi Plagiarism.org. Menerusi Turnitin, ia turut memperkenalkan perkhidmatan Grademark (permakanan dan maklum balas dalam talian) dan Peermark (ulasan sejawat). Turnitin telah memperkenalkan Turnitin2 pada 4 September 2010 dengan mengeluarkan "WriteCycle".[2]

Fungsi sunting

Turnitin menyemak kandungan tidak asli dengan membandingkan hasil kerja yang dihantar dengan beberapa pangkalan data dengan menggunakan algoritma proprietari. Turnitin akan mengimbas pangkalan datanya sendiri dan mempunyai perjanjian berlesen dengan beberapa pangkalan data akademik yang lain.

Kritikan sunting

Kesatuan pelajar di Universiti Dalhousie telah mengkritik penggunaan Turnitin oleh institusi pengajian tinggi di Kanada kerana kerajaan Amerika boleh menggunakan Akta Patriot untuk mengakses kertas-kertas yang dihantar dan maklumat peribadi di dalam pangkalan data tersebut.[3] Universiti Mount Saint Vincent telah menjadi universiti Kanada pertama yang menyekat perkhidmatan Turnitin kerana implikasi kepada Akta Patriot A.S. [4]Templat:Citation broken

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Christopher Ireland; John English (October 2011). "Let Them Plagiarise: Developing Academic Writing in a Safe Environment". Journal of Academic Writing. 1: 165–172. doi:10.18552/joaw.v1i1.10. S2CID 155065742.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-04. Dicapai pada 2017-03-24.
  3. ^ McDiarmid, Jess (2006-03-16). "DSU takes on Turnitin.com". Gazette. Dalhousie University. Dicapai pada 2009-03-20.
  4. ^ Halfnight, Drew; Kristina Jarvis; Josh Visser (2006-11-15). "Turnitin risks privacy". Excalibur Online. York University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2009-03-20.

Pautan luar sunting