Kumpulan UG14 merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu berentak rock progresif.

UG14
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliWom (vokal)
Teddy (keyboard)
Andy (gitar)
Bekas ahliChico (gitar - meninggal dunia)
Hafiz (dram - meninggal dunia)
Daud (bass - meninggal dunia)

Sejarah Awal sunting

Pada tahun 1990, Wom (vokal) yang ketika itu agak terumbang-ambing berikutan kegagalan album solonya di bawah label EMAREC telah bertemu dengan Teddy, seorang pemain keyboard berpengalaman dari Johor yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Neraca di bawah label EMAREC. Melihat bakat yang ada pada Wom, Teddy telah mengajaknya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang bertunjangkan rock progresif sebagai genre utama. Apabila usaha tersebut membuahkan hasil, Teddy telah merekrut 2 orang rakannya dari kumpulan Neraca iaitu Hafiz (dram) dan Chico (gitar) untuk turut sama menjayakan misinya. Mereka berempat kemudiannya mengikat kontrak bersama Saga Records untuk menghasilkan album pertama mereka. Bermula dari situlah mereka menamakan kumpulan mereka sebagai UG14 sempena alamat syarikat rakaman yang menaungi mereka.

Setahun kemudian, lahirlah album pertama UG14 yang diberi judul Introduksi di bawah label Saga Rekords dan bekerjasama dengan Polygram, syarikat rakaman di Singapura yang pernah menaungi kumpulan Search dan Headwind. Melihat kejayaan album Introduksi, Polygram telah memutuskan untuk membeli kumpulan UG14 dari Saga Records dan memberi kepercayaan kepada kumpulan ini untuk menghasilkan album seterusnya.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan UG14 pada asalnya dianggotai oleh empat orang. Anggota UG14 pada ketika itu ialah:

  • Wom - Vokal
  • Chico - Gitar
  • Teddy - Keyboard
  • Hafiz - Dram

Dalam album kedua berjudul Kebebasan yang dikeluarkan pada tahun 1992, kumpulan ini mengalami sedikit perubahan apabila posisi Chico sebagai pemain gitar digantikan oleh Andy di samping pertambahan anggota apabila Daud dari kumpulan Putra masuk sebagai pemain bass tetap UG14.

UG14 1992 :

  • Wom - Vokal
  • Andy - Gitar
  • Teddy - Keyboard
  • Daud - Bass
  • Hafiz - Dram


UG14 2018:

  • Wom - Vokal
  • Sally - Gitar
  • Oja - Gitar
  • Teddy - Keyboard
  • Jie - Bass
  • Samy - Drum
  • Din - Saxofone
  • Kimi - Percussions
  • Amy - Trompet
  • Siha - Bangsi
  • Ain - Harmonica
  • Peah - Turntable










Diskografi sunting

Album sunting

  1. Introduksi (1991)
  2. Kebebasan
  3. Arakian

Lagu-Lagu sunting

  1. Tiada Pengesahan
  2. Sempadan Sempurna
  3. Wajah Dunia
  4. Ratu Hati
  5. Syukur Pada Yang Satu
  6. Keputusan Muktamad
  7. Impian Terluka
  8. Perjuangan Sama Rasa
  9. Bunga Larangan
  10. Dunia Ciptaan
  11. Rossa
  12. Bayangan Cinta
  13. Terimalah (Kasih)
  14. Gergasi
  15. Kebebasan
  16. Situasi
  17. Hipokrit
  18. Mahligai Sakura
  19. Introduksi
  20. Sesal
  21. Kecil
  22. Hidup Berbudi
  23. Selamat Tinggal Bunga Larangan

Pautan luar sunting