Ukur pengesahan

Pengenalan

Menuruti Pekeliling SG 1/1963, Ukuran pengesahan dibuat hanyalah untuk mengesahkan kedudukan batu sempadan lama dan oleh itu ia tidak perlu dilakukan dengan kejituan pengukuran yang tinggi. Oleh kerana keperluan dan keadaan yang berbeza diantara satu negeri dan satu negeri lain, maka tidak terdapat suatu peraturan yang tertentu bagi menjalankan kerja ukur pengesahan ini. Cara pengukuran yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan permukaan tanah , nilai dan keadaan harta serta tahap kejituan yang diperlukan.


Definisi

Pengukuran Ukuran Pengesahan adalah unutk memastikan tanda-tanda sempadan dari lot-lot yang telah diukur sebelumnya tidak berganjak dengan nyata supaya bearing dan jarak asalnya boleh digunakan tanpa perlu membuat pengukuran halus semula.

Peralatan Ukuran Pengesahan 1. Rantai

Terdapat dua jenis rantai ukur : a. Rantai Halus dan b. Rantai bersenggat

Dalam membuat kerja-kerja yang memerlukan ketepatan pada jarak, kaedah rantai halus dan rantai bersenggat akan digunakan. Kaedah ini digunakan semasa membuat terabas ukur yang mana ia memerlukan pengukuran jarak yang tepat bagi membolehkan satu terabas tertutup.

a. Rantai Halus

Rantai halus ini direka melalui keluli yang tahan lasak dan selalunya berukuran 20 meter dan tidak mempunyai bacaan dipermukaan rantainya. Ianya biasanya digunakan bersama-sama dengan rantai bersenggat. Rantai halus ini digulung di dalam bekas yang dikenali sebagai kapok. Kebiasaanya juga terdapat 4 rantai halus dalam satu kepok iaitu bersamaan dengan 80 meter. Maka tiap-tiap rantai ini disambung dengan cangkut atau klip.

b. Rantai Bersenggat

Rantai bersenggat ini pula diperbuat daripada bahan yang sama dengan rantai halus. Akan tetapi terdapat perbezaan pada rantai halus dimana hanya terdapat satu bacaan pada permukaan rantai. Rantai bersenggat juga berukuran 20 meter. Bacaan yang terdapat pada permukaan rantainya membolehkan jarak dibaca semasa pengukuran. Selain dari dua jenis rantai ini Neraca Spring juga turut salah satu alat digunakan bagi membolehkan ketegangan rantai yang sekata semasa mmbuat pengukuran dijalankan. Bacaan yang didapati semasa pengukuran perlu dibuat beberapa pembetulan sebelum jarak muktamad diperolehi.


2. Kompas Prisma

Dalam pengukuran yang melibatkan kompas cerapan dan pengukuran ke atas garisan –garisan ukur melibatkan bearing dan jarak. Bearing dalam ukur kompas bererti sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan satu meridian rujukan tertentu. Kompas Prisma menggunakan Prinsip Sifat Magnet. Dalam keadaan yang mendatar kompas ini boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan meridian magnat atau utara magnet. Sudut-sudut yang dibaca dengan alat ini disebut bearing. Kompas prisma ini bebentuk kotak pelindung bulat bergaris pusat 50mm hingga 80mm. Dalam kotak ini terkandung gegelang yang dilekatkan pada jarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak ini dipasangkan prisma untuk menenang atau menjajar yang hendak dibaca bearingnya. Kompas Prisma sesuai digunakan dalam kerja-kerja pengukuran seperti berikut :

• ukuran pemetaan bagi kawasan yang kecil.
• ukuran kawasan di mana  titik kawalan sukar dilihat seperti kawasan hutan tebal.
• ukuran kawasan di mana ukur rantai sukar djalankan kerana rangka rangka segitiga    sukar  dibentuk.
• ukur tinjauan yang perlu d jalankan dengan cepat.
• trabas kompas kasar di mana kejituan tinggi tidak diperlukan, dan
• kegunaan pasukan tentera.  



3. Theodolite

Theodolite adalah alat untuk mengukur dua buah sudut vertikal (sudut pugak) dan horizontal (sudut mendatar), seperti yang digunakan dalam jaringan segitiga. Theodolite merupakan alat utama dalam survey dan pekerjaan teknik, terutama pada pekerjaan pengukuran tanah, tetapi theodolite sudah disesuaikan untuk keperluan khusus lainnya seperti dalam bidang peluncuran roket meteorologi dan teknologi lainnya.

Theodolite modern terdiri dari teleskop yang dapat bergerak dalam dalam dua sudut (axis) bersamaan yang tegak lurus atau trunnion sumbu horizontal, dan sumbu vertikal. Ketika teleskop terarah pada obyek yang dikehendaki, maka sudut dari tiap-tiap axis dapat diukur dengan tepat, biasanya pada skala arcseconds. Theodolite modern, yang berharga pada sekurang-kurangnya sehingga $ 10.000 masing-masing, dilengkapi dengan terpadu elektro-optik mengukur jarak, umumnya berasas inframerah, mengizinkan pengukuran sekaligus lengkap dari tiga dimensi vektor walaupun ditetapkan dalam instrumen-polar co-ordinates yang kemudian


4. Garmin GPSMAP 60CS x

Garmin GPSMAP 60CSx adalah salah satu peralatan terkini dalam membuat ukuran pengesahan. Handheld ini penting dalam membantu surveyor membuat kerja ukur. Handheld ini berfungsi :

a. untuk mengenalpasti lokasi lapangan dan b. lokasi batu-batu sempadan.

Untuk kedua-dua perkara tersebut jurukur akan convert koordinat (kepada PA yang menyediakan nilai coordinate dalam Cassini S ) kepada koordinat RSO.

Handheld ini boleh diset display koordinat tersebut ke bentuk RSO. Dari segi Accuracy koordinat itu adalah bergantung kepada beberapa faktor. Selalunya kalau batu tidak hilang atau tenggelam mungkin berada dalam radius 5-10 meter dari tempat yang ditunjukkan dalam GPS .

Handheld ini penting juga dalam kerja-kerja pengukuran dalam hutan. Contohnya jika pengukuran melangkau berkilo-kilo meter ke dalam hutan maka untuk pulang kita hanya perlu setkan navigasi ke point khemah atau tempat kita parking kereta.

Kaedah Pengukuran Ukuran Pengesahan Secara amnya garis panduan berikut boleh digunakan dalam menentukan cara menjalankan kerja ukur pengesahan.


a. Mengukur jarak sahaja Kebiasaanya kaedah ini amat sesuai digunakan bagi kawasan yang terbentang rata di mana terdapatnya garisan –garisan pendek (imiginasi) di dalam kelompok kawasan berimilik. Disamping itu juga terdapat garisan ikatan rentas yang memuaskan bagi sebarang anjakan mendatar.

Maka rantai yang digunakan untuk menyemak kedudukan antara ke batu dan di buat perbandingan dengan nilai asal. Kaedah merantai adalah seperti berikut:

I. Peralatan (rantai) digunakan untuk menyemak kedudukan antara tanda-tanda sempadan dan nilainya dibandingkan dengan nilai asal. II. Selepas itu jarak antara tanda-tanda sempadan atau rentasan diantara tanda-tanda diukur. III. Rantaian direkodkan dalam mukasurat gambarajah buku kerja luar berserta offset-offset kebutiran pendudukan serta paramuka topografi IV. Tanda-tanda yang dijumpai terlalu tinggi atau tertimbus di bawah tanah diturunkan atau dinaikan dengan menggunakan pelambab. V. Bila berkerja di kawasan luar Bandar , stesen memadai ditandakan dengan pancang sahaja dan rantai dicatat ke 0.1 terhampir. VI. Jika ada tanda yang teranjak tanam patina perlu dilakukan.

b. Kompas Prisma dan Ukur Jarak

Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang rata dan beralun sedikit dimana setiap garisan perlu dibersihkan untuk dikenalpasti. Kaedah kerjanya adalah seperti berikut:

I. Kompas akan digunakan dalam menyemak bearing dan rantau untuk jarak. II. Maka rantai turut direkodkan dalam mukasurat gambarajah buku kerja luar beserta offset-offset kebutiran pendudukan dan paramuka semulajadi yang perlu. III. Tanda-tanda yang dijumpai terlalu tinggi direndahkan dan yang ditimbus dinaikkan dengan menggunakan pelambab dan dinyatakan di dalam buku kerja luar. IV. Stesen yang memadai ditandakan dengan pancang sahaja dengan jarak diukur hingga ke 0.1m terhampir. V. Cara merantai di atas tanah boleh digunakan. VI. Jika terdapat banyak tanda yang hilang, Jurukur Daerah perlu diberitahu dengan segera.

c. Lompat katak (Leap Frog)

Peralatan ialah theodolite dan rantai. Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan yang terbentang dan dibersihkan di mana tanda-tanda sempadan mudah ditentukan kedudukannya. Cara ini digunakan apabila kejituan yang lebih tinggi diperlukan. Kaedah kerjanya adalah seperti berikut: I. Dalam kaedah ini terdapat stesen yang tidak diduduki dan kedudukannya disemak dari dua stesen bersebelahan. II. Alat didirikan di stesen 1 cerap bearing /jarak ke stesen 5 dan 2semak sudut. III. Alat didirikan ke stesen 3 cerap bearing /jarak ke stesen 2 dan 4 serta semak sudut. IV. Ini bermakna stesen 2 dan 4 tidak diduduki. Proses inilah dinamakan lompat katak. V. Jarak diukur ke 0.1m dan sudut pugak yang kurang 5 darjah diabaikan


Cara Pembukuan  Kedua-dua kaedah di atas, bearing dan jaraknya jika dicerap perlu dicatatkan di dalam mukasurat rajah dalam buku kerjluar.  Di atas rajah harus dibubuh catatan Ukuran Pengesahan  Manakala di bahagian bawah dicatatkan “ semua tanda-tanda sempadan berkeadaan baik “ (Jurukur akan menantangani satu sijil yang ditambah pada bahagian bawah muka surat rajah dan mengesahkan seperti di atas.




Aturcara Di Pejabat

a) Maka kerja ukur pengesahan aka disemak dengan membandingkan dengan ukuran terdahulu dan segala kerja tanam pastian hendaklah disemak oleh cawangan hitungan. b) Andai kata lot yang dijalankan pengukuran pengesahan telah mempunyai Pelan Akui, catatan harus dibuat menggunakan dakwat merah seperti berikut :

i. “ sempadan lot ................................disahkan buku kerjaluar ........................” ii. Di atas Pelan Akui tersebut tidak perlu dicatatkan bahawa tanda-tanda sempadan telah ditukar atau pun dibuat tanam pastian. Walaubagaimanapun jika tanam pastian banyak dilakukan bolehlah dilukis pelan baru.

c) Jika melukis pelan baru dimana terdapat garisan sempadan yang lama catatan hendaklah dibuat seperti berikut :

i. “ Nilai sempadan SA (Seperti Asal) disahkan ................................ Buku Kerjaluar ........................ ii. Dibahagikan kenyataan “ Ukuran Siap Pada ..........................” akan ditukarkan menjadi “ Pengesahan Siap Pada .............................” jika ukuran sbenar tidak dibuat.