Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang.

Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.

Antara sumbangan penting beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika berusia 38 tahun.