Unicron adalah satu watak fiksyen dalam francais animasi Transformers. Dicipta oleh Floro Dery, beliau telah diperkenalkan dalam filem animasi Transformers The Movie tahun 1986[1] dan semenjak itu muncul semula dalam Transformers: Armada, Transformers: Energon, Transformers: Cybertron, Transformers: Prime, dan video game Atari Transformers tahun 2004. Unicron adalah robot raksasa yang sangat berkuasa dengan ukuran bentuk badan sebuah planet, dan beliau juga mampu bertukar menjadi planet mekanikal. Asal-usul Unicron telah berkembang sejak bertahun-tahun dari sekadar menjadi robot yang besar kepada menjadi Dewa Kehancuran yang membaham alam nyata. Beliau sering menggunakan bantuan Decepticon dalam kerja-kerjanya, dan dalam beberapa cerita dianggap sebahagian daripada asal-usul pasukan Decepticon.

Unicron
Comic image missing.svg
Animasi Unicron dalam Transformers Generasi 1
Informasi Penerbit
PenerbitHasbro
Kemunculan pertamaTransformers The Movie
Informasi dalam cerita
SpesisDewa Robot

RujukanSunting

  1. ^ "A brief history of the Transformers". Malaysia Star. Dicapai pada 2010-10-09.

Pautan luarSunting

Templat:Transformers