Universiti Daito Bunka

Universiti Daito Bunka (Jepun: 大東文化大学, Hepburn: Daitō Bunka Daigaku, lit. Great East Culture University) adalah sebuah universiti pengajian 4-tahun dengan 2 kampus; di Itabashi,Tokyo dan sebuah lagi di Higashi Matsuyama, Saitama, Jepun. Universiti ini terkenal dengan program sukan ragbi dan merentas desa yang dinamakan Ekiden (駅伝 えきでん relay road race). Kumpulan merentas desa Ekiden universiti ini pernah mendapat tempat ke 4 keseluruhan dalam pertandingan Ekiden tahun baru untuk tahun 2009 di Hakone. Program universiti Daito Bunka tertumpu pada pengajian budaya dan kesusasteraan (humanities). Universiti ini juga terkenal dengan mempunyai sekolah Kaligrafi yang utama di Jepun dan antara universiti Jepun yang mengajar subjek bahasa Arabic dan Urdu.

大東文化大学
Higashimatsuyama campus
Type Universiti Swasta
Established 1923
Location
Campus Bandar
Website www.daito.ac.jp/english/

Sejarah sunting

Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1923 dengan nama lain iaitu Daito Bunka Gakuin (大東文化学院 だいとうぶんかがくいん Akademi Daito Bunka) dan merupakan sebuah percubaan untuk menubuhkan sekolah baharu yang tertumpu kepada pembelajaran berunsur pengaruh Asia dan bukannya unsur pengaruh Barat. Ia secara beransur-ansur dikaitkan dengan usaha nasionalis dan militaris semasa itu iaitu rancangan besar Sfera Kemakmuran Bersama Pan-Asia (大東亜 だいとうあ). Graduan universiti ini yang mahir dalam bahasa dan budaya Asia telah dilihat sebagai pakar yang ideal untuk menjadi pentadbir kolonial.

Dengan kekalahan Jepun dalam peperangan Perang Dunia ke-dua, graduan Daito telah memohon kepada pihak berkuasa Pendudukan (Pihak Amerika Syarikat) untuk mewujudkan semula universiti ini sebagai sebuah sekolah seni liberal Pan-Asia yang benar-benar untuk memupuk keamanan dan persefahaman di seluruh Asia. Pihak berkuasa meluluskan permintaan ini, dan sebuah bidang tanah telah disediakan untuk sekolah baharu di Wad Itabashi, utara Tokyo, dengan dinamakan semula Universiti Tokyo Bunsei (東京文政大学 とうきょうぶんせいだいがく, Universiti Sastera dan Politik Tokyo. Nama tersebut akhirnya dikembalikan kepada Universiti Daito Bunka pada tahun 1953, selepas berakhirnya Pendudukan pihak Bersekutu pada tahun sebelumnya.

Universiti Daito Bunka mempunyai sekolah saudara perempuan di New Zealand, iaitu Kolej Avondale di Auckland.

Fakulti sunting

Universiti ini mempunyai lapan fakulti: (1) Fakulti Sastera, (2) Fakulti Ekonomi, (3) Fakulti Bahasa Asing, (4) Fakulti Undang-undang, (5) Fakulti Perhubungan Antarabangsa, (6) Fakulti Pentadbiran Perniagaan, (7) Fakulti Hal Ehwal Alam Sekitar; dan (8) Fakulti Sukan dan Sains Kesihatan yang baru diasaskan pada tahun 2005.

Setiap fakulti mempunyai ciri unik yang tersendiri. Fakulti Perhubungan Antarabangsa (ditubuhkan pada tahun 1986) mungkin paling hampir dengan prinsip asas liberal asal pada tahun 1923, kerana kesemua pelajar dikehendaki mempelajari salah satu daripada sembilan bahasa Asia yang diajar di Universiti tersebut (Bahasa Cina, Korea, Urdu, Hindi, Arab, Parsi, Thai, Indonesia, Vietnam) untuk sekurang-kurangnya dua daripada empat tahun dalam pengajian sarjana muda mereka, sebagai tambahan kepada satu tahun bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar akan mengambil bahagian dalam majlis perayaan sekolah yang meraikan bahasa dan budaya Asia, seperti Minggu Asia dan Peraduan Pidato Bahasa Asia. Lebih dua pertiga daripada pelajar juga menyertai Lawatan Sambil Belajar (現地研修 げんちけんしゅう) di mana mereka melawat salah satu daripada sembilan negara Asia, belajar di universiti tempatan selama beberapa minggu sambil meningkatkan kemahiran bahasa mereka dan pemahaman budaya tempatan.

Program pertukaran pelajar sunting

Universiti ini menyelaraskan program pertukaran pelajarnya melalui Pusat Antarabangsa (国際交流センター こくさいこうりゅうせんたー). Universiti Daito Bunka melalui pusat ini telah bekerjasama dengan beberapa universiti di seluruh dunia. Pusat ini mengadakan acara setiap semester untuk menerima pelajar datang ke Daito Bunka untuk belajar di Jepun. Para pelajar tersebut datang dari pelbagai negara di Asia, Afrika, Amerika, Oceania, dan Eropah, dan mereka akan tinggal di Universiti Daito Bunka sama ada sebagai seorang pelajar pertukaran jangka pendek (untuk satu semester, biasanya lebih kurang empat bulan), atau mendaftar sebagai pelajar pengajian sepenuh masa dalam program empat tahun.

Mereka yang mengikuti pengajian jangka pendek biasanya mendaftar di salah satu daripada beberapa institusi rakan kongsi Daito Bunka. [1] Selain itu, pelajar Daito boleh belajar di luar negara di pelbagai negara untuk kursus jangka panjang (satu tahun), jangka pendek (4–6 bulan), atau program pendek (3–6 minggu), biasanya untuk kursus pengajian bahasa Eropah atau Asia. Pelajar yang mengikuti kursus pengajian jangka panjang boleh memohon salah satu daripada dua bentuk biasiswa Daito untuk menyokong masa mereka di luar negara: biasiswa fakulti (diputuskan oleh setiap fakulti) atau biasiswa Pusat Antarabangsa (dipilih oleh Pusat Antarabangsa Universiti Daito Bunka). Biasiswa fakulti biasanya mempunyai nilai wang yang lebih besar.

Pada tahun 2007, Universiti Daito Bunka telah membuka sebuah pejabat pertama di luar negara di Beijing, China untuk mencerminkan peningkatan kepentingan China untuk Jepun dari segi ekonomi dan tenaga manusia profesional.

Sekolah siswazah sunting

Beberapa jabatan dan fakulti mempunyai sekolah siswazah (大学院 だいがくいん), seperti Fakulti Undang-undang, Fakulti Perhubungan Antarabangsa dan Jabatan Pendidikan di Fakulti Sastera bersedia untuk menerima pelajar siswazah.

Pusat Sambungan Pembelajaran sunting

Daito mengendalikan Pusat Sambungan Pembelajaran yang bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan peringkat universiti untuk pelajar bukan universiti sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dan merupakan satu cara untuk menjalin hubungan dengan komuniti tempatan untuk kedua-dua kampusnya. Pusat Sambungan tersebut menyediakan peluang pendidikan untuk pelajar universiti selari dengan yang menawarkan subjek dalam kurikulum standard, seperti kelas dan ujian TOEFL atau TOEIC, dan lain-lain bentuk kelas pensijilan. Pusat ini adalah dalam struktur keseluruhan Daito Bunka Gakuen (大東文化学園 だいとうぶんかがくえん), atau Akademi Daito Bunka, yang merupakan amanah di mana universiti dan institusi berkaitan wujud.

Budaya universiti sunting

Daito Bunka agak luar biasa kerana tidak mempunyai seorang 'pengasas', pemimpin dominan, keluarga pengasas, atau pertalian agama, yang dimana semuanya adalah perkara biasa di kalangan universiti swasta Jepun. Selain itu, walaupun terdapat sebuah sekolah tinggi di Daito Bunka Gakuen di Kampus Itabashi, Dai-Ichi Koko (第一高校 だいいちこうこう atau Sekolah Menengah Nombor Satu), tiada "sistem eskalator" yang membolehkan kemasukan automatik ke universiti bagi pelajar tersebut seperti yang boleh didapati di universiti lain di Jepun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Daito Bunka University - Data for Entrance Examination". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-25. Dicapai pada 2009-02-23.

Pautan luar sunting

Templat:ItabashiTemplat:Kantoh Collegiate American Football Association navbox