Wilayah Saitama
Saitama (埼玉県, Saitama-ken) merupakan sebuah wilayah yang terletak dalam kawasan Kanto, kepulauan Honshu, Jepun. Ibu wilayahnya iaitu Saitama terletak bersebelahan dengan Tokyo menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan ini tinggi. Kebanyakkan penduduknya bekerja di Tokyo memandangkan kos kehidupan di Saitama lebih murah.
![]() | |
Ibu wilayah | Saitama |
Kawasan | Kantō |
Pulau | Honshū |
Gabenor | Kiyoshi Ueda |
Keluasan | 3,797.00 km² (39th) |
- % air | 0.5% |
Penduduk (October 1, 2000) | |
- Populasi | 6,938,006 (5th) |
- Kepadatan penduduk | 1,827 /km² |
Daerah | 9 |
Perbandaran | 70 |
ISO 3166-2 | JP-11 |
Laman rasmi | www.pref.saitama.lg.jp/ index_e.html |
Lambang Wilayah | |
- Bunga | Primrose (Primula sieboldii) |
- Pokok | Keyaki (Zelkova serrata) |
- Burung | Eurasian collared dove (Streptopelia decaocto) |
![]() Lambang Wilayah Saitama |
GeografiSunting
Wilayah Saitama terletak di bahagian barat-tengah Kanto dan bersempadan dengan Tokyo, Chiba, Ibaraki, Tochigi, Gunma, Nagano dan Yamanashi. Pada keluasan 3,797 km per segi ia merupakan wilayah ke-9 terkecil. Sungai Edo di sempadan timur memisahkannya dengan Wilayah Chiba, manakala Sungai Tone dan Sungai Kanagawa di sempadan utara dan barat-utara memisahkannnya dengan Wilayah Gunma.
BandarSunting
Pekan dan kampungSunting
Pekan dan kampung dalam setiap daerah:
|
Sungai, tasik dan gunungSunting
Sungai |
Tasik |
Gunung |
PengangkutanSunting
Pengangkutan radial dari dan ke Tokyo meliputi kebanyakan Wilayah Saitama. Lebuhraya berbentuk lingkaran bulatan di bina sebagai lencongan untuk mengelakkan kesesakan di tengah Tokyo.
Jalan rayaSunting
Jōban, Kan-etsu, Shuto, Tōhoku, dan Tokyo-Gaikan expressways membentuk rangkaian lebuh raya kebangsaan. Lebuhraya kebangsaan No 4, 16, dan 17 adalah lebuh raya penting di kawasan Kantō.
Kereta apiSunting
Stesyen Ōmiya di Saitama membentuk Kompeni Keretapi Timur Jepun hub pertukaran di utara bagi kawasan Tokyo Raya, membolehkan pertukaran ke dan dari laluan pantas keretapi peluru Shinkansen. Musashino dan Hachikō Line berfungsi sebagai laluan lencongan. Chichibu Railway di kawasan barat-utara, Seibu Railway di kawasan barat-daya, Tobu Railway di kawasan barat pertengahan dan timur, New Shuttle dan Saitama Railway di kawasan tenggara wilayah Tsukuba Express merentasi kawasan pinggir tenggara wilayah.
Lapangan terbangSunting
Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita adalah lapangan terbang terdekat.
Pengangkutan AirSunting
Pengangkutan sungai termasuk yang berkembang pada Zaman Edo (kurun 17-19) di bahagian barat wilayah sebahagian besarnya tidak lagi digunakan berikutan perkembangan pengangkutan darat. Kesan penggunaan pengangkutan air boleh di kesan di Sungai Tone, sempadan Kumagaya - Chiyoda, Gunma dan Sungai Arakawa pusat tarikan pelancong di Nagatoro.
Bandar berkembarSunting
Wilayah Saitama mempunyai beberapa bandar berkembar seperti dinyatakan di bawah (dalam urutan kronologi).[1]
- Mexico State (Mexico) pada 2 Oktober 1979
- Shanxi (China) pada 27 Oktober 1982
- Queensland (Australia) pada 27 Oktober 1984
- Ohio (Amerika Syarikat) pada 22 Oktober 1990
- Brandenburg (Jerman) pada 26 Ogos 1998
SukanSunting
Wilayah Saitama mempunyai beberapa pasukan sukan seperti yang berikut:
Bola sepakSunting
Bola lisutSunting
Bola keranjangSunting
Bola tamparSunting
RagbiSunting
PelanconganSunting
Kebanyakan pusat tarikan pelancong di Saitama terletak di kawasan barat-utara wilayah yang dikenali sebagai daerah Chichibu. Kawasan ini terdiri dari bukit bukau dan lembah yang kaya dengan alam semulajadi. Kawasan ini juga menjadi tarikan bagi penduduk Saitama dan wilayah berhampiran semasa cuti pendek.
Tempat tarikan pelancongSunting
Pautan LuarSunting
Kategori berkenaan Wilayah Saitama di Wikimedia Commons
- Official Saitama Prefecture homepage Diarkibkan 2006-11-01 di Wayback Machine