Universiti Negara Ural

Universiti Negara Ural A. M. Gorky (Bahasa Rusia: Урáльский госудáрственный университéт и́мени А.М. Гóрького, Urál'skiy gosudárstvennyy universitét ímeni A. M. Gór'kogo, singkatan USU atau УрГУ) ialah sebuah universiti awam yang terletak di bandar Yekaterinburg, Wilayah Sverdlovsk, Rusia. Universiti ini ditubuhkan pada 1920 sebagai Universiti Ural. Meskipun begitu, universiti ini adalah sebahagian daripada Universiti Persekutuan Ural sejak 12 Mei 2011, dan oleh itu, tidak lagi berfungsi sebagai universiti yang tersendiri.[1] Setakat 2010, terdapat lebih 15 ribu orang menjadi pelajar di USU termasuk kira-kira 8,000 orang pelajar sepenuh masa.[2]

Universiti Negara Ural A. M. Gorky
Уральский государственный университет
им. А. М. Горького
MotoHominem ūnīus librī timeō (Bahasa Latin)
Moto dalam bahasa Inggeris
Beware the man of one book (Thomas Aquinas)
JenisUniversiti
Ditubuhkan pada19 Oktober 1920
PengasasMaxim Gorky
PresidenVladimir Tretyakov
RektorDmitriy Bugrov
Staf akademik
500
Pelajar8,000+ sepenuh masa
10,000+ separuh masa dan jarak jauh
Alamat
51, Jln. Lenina, 620083
, , ,
56°50′25″N 60°37′00″E / 56.8404°N 60.6168°E / 56.8404; 60.6168Koordinat: 56°50′25″N 60°37′00″E / 56.8404°N 60.6168°E / 56.8404; 60.6168
KampusUrban
Laman sesawangwww.usu.ru
Universiti Negara Ural
E-burg asv2019-05 img24 UrFU Lenina51.jpg
Bangunan utama kampus
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

SejarahSunting

Universiti Ural mula-mula ditubuhkan pada Oktober 1920 menerusi dekri pihak kerajaan Soviet di Yekaterinburg, menjadikan ini universiti kedua yang ditubuhkan di Ural selepas Universiti Perlombongan. Namun begitu, akibat masalah pengurusan universiti akibat kekurangan dana, universiti itu terpaksa dipisahkan menjadi USU dan Institut Politeknik Ural (kini Universiti Teknikal Negara Ural, USTU-UPI). Pada 1936, universiti ini dinamakan semula sempena salah satu pengusaha-pengusaha penubuhan USU, A. M. Gorky. Pada 1970, USU dikurniakan dengan pingat Darjah Panji Merah Buruh Soviet.

Pada 2009, Presiden Rusia Dmitry Medvedev mengisytiharkan sebuah dekri berkenaan penggabungan semula USU dan USTU-UPI untuk membentuk Universiti Persekutuan Ural (UFU).[3] Pada Februari 2011, Menteri Pendidikan dan Sains Andrei Fursenko menandatangani peraturan berkenaan penggabungan tersebut yang berkuatkuasa dalam masa tiga bulan.[4] Universiti Negara Ural secara rasminya diisytiharkan bergabung pada 11 Mac 2011 apabila pihak Rusia tidak lagi mengiktiraf USU sebagai entiti yang sah, dan sebaliknya mengesahkan pembentukan UFU.

Senarai rektorSunting

  • 2 September1920  - 30 November 1921  - Albert Petrovich Pinkevich
  • 30 November 30, 1921  - 27 November 1923  - Boris Vladimirovich Didkovsky
  • November 27, 1923  - December 10, 1924  - Vladimir Vasilyevich Alferov
  • 10 Disember 1924  - 6 Mei 1925  - Sergei Alekseevich Bessonov
  • 14 November 1931  - 3 Januari 1932  - Anatoly Sergeevich Sokolov
  • 3 Mei 1932  - 9 Julai 1933  - Nikolai Andreevich Derbukov
  • 9 Julai 1933  - 13 Mei 1934  - Zinaida (Evfimia) Fedorovna Torbakova (pemangku)
  • 27 Jun 1934  - 2 Jun 1935  - Victor Valerianovich Mokeev
  • 2 Jun 1935  - 3 September 1937  - Zinaida (Evfimia) Fedorovna Torbakova
  • 3 September 1937  - 28 Mei 1939  - Semyon Matveevich Evminov
  • 29 Julai 1939  - 26 November 1941  - Nikolai Pavlovich Popov
  • 26 Disember 1941  - Mei 1944  - Andrey Fedorovich Elyutin
  • 13 Jun 1944  - 28 Februari 1946  - Ivan Dmitrievich Sedletsky
  • 20 April 1946  - November 1956  - Grigory Ivanovich Chufarov
  • Disember 1956  - 30 Julai 1963  - Sergei Vasilievich Karpachev
  • 30 Julai 1963  - 20 Ogos 1968  - Boris Pavlovich Kolesnikov
  • 9 Ogos 1968  - 30 September 1976  - Vasily Aleksandrovich Kuznetsov
  • 25 Oktober 1976  - 24 Jun 1993  - Parigory Evstafievich Suetin
  • 24 Jun 1993  - Disember 2006  - Vladimir Evgenievich Tretyakov
  • Disember 2006  - 7 Jun 2007  - Valery Nikolaevich Larionov (pemangku)
  • 8 Jun 2007  - 12 Mei 2011  - Dmitry Vitalievich Bugrov

Selain itu, USU juga mempunyai seorang presiden sebelum bergabung menjadi UrFU, iaitu bekas rektor Vladimir Evgenievich Tretyakov yang memegang jawatan sejak 13 Februari 2007.

StrukturSunting

USU memiliki dua buah kampus, iaitu di Noyabrsk, Tyumen dan Novouralsk, Sverdlovsk. USU terdiri daripada 95 buah departmen serta dua buah institut kajian, Institut Fizik dan Matematik Gunaan dan Institut Bahasa dan Kebudayaan Rusia. USU memiliki 14 buah fakulti, iaitu:

  • Fakulti Am
  • Biologi
  • Ekonomi
  • Filologi
  • Falsafah
  • Hubungan Antarabangsa
  • Kewartawanan

  • Pengajian Seni dan Kebudayaan
  • Fizik
  • Sains Politik dan Sosiologi
  • Kimia
  • Sejarah
  • Matematik dan Mekanik

Kedudukan cartaSunting

USU berada dalam kedudukan ke-25 dalam kalangan universiti di Rusia oleh Kementerian Pendidikan pada 2004.[5] Berdasarkan Webometric Ranking, USU berada di kedudukan ketujuh di Rusia.[6]

RujukanSunting

  1. ^ "Присоединение УрГУ к УрФУ завершилось де-юре — Кокшаров" (dalam bahasa Rusia). // АПИ-Урал. 2011-05-13. Dicapai pada 2019-11-20.
  2. ^ "Кратко об университете / Уральский государственный университет им. А. М. Горького (УрГУ)" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-01. Dicapai pada 2010-06-11. no-break space character in |title= at position 70 (bantuan)
  3. ^ "РАСПОРЯЖЕНИЕ Правительства РФ от 09.04.2010 N 514-р" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2019-11-20.
  4. ^ Приказ министра образования и науки РФ от 02.02.2011 № 155 «О реорганизации федерального государственного автономного образовательного учреждения высшего профессионального образования „Уральский федеральный университет имени первого Президента России Б. Н. Ельцина“ и Государственного образовательного учреждения высшего профессионального образования „Уральский государственный университет им. А. М. Горького“». pdfDiarkibkan Januari 7, 2012 di Wayback Machine
  5. ^ The official university ranking of the Russian Ministry for Education, 2004
  6. ^ USU on the top 100 Webometrics's list of universities in Russia

Pautan luarSunting