Untukmu (album Feminin)

Untukmu[1] ialah album studio pertama dari kumpulan pop Malaysia, Feminin dikeluarkan pada 1993 oleh New Southern Records. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[2][3]

Untukmu
Album studio oleh
Dilancarkan pada1993
Dirakamkan pada1992-1993
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatNew Southern Records
PenerbitSusan Goh, KRU
Kronologi Feminin
Untukmu
(1993)
Kini
(1994)
Single daripada Untukmu
  1. "Untukmu"
    Dikeluarkan: 1993
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan

sunting

Ketika album ini dihasilkan, Feminin dianggotai oleh lima ahli iaitu As selaku vokal utama, Along sebagai vokal kedua serta Deq Nor, Yatie dan Watie sebagai vokal harmoni. Namun begitu, selepas setahun bersama, dengan alasan peribadi Along telah menarik diri yang meninggalkan Feminin berempat untuk meneruskan karier mereka.

Muzik di dalam album ini lebih kepada muzik hip hop old school. Terdapat 10 buah lagu didalam album ini termasuk sebuah lagu yang telah menimbulkan kontroversi iaitu "Rentak Disco 1, 2, 3" dikatakan adalah lagu ciplak dari sebuah lagu dari sebuah kumpulan Barat, Twilight Zone. Di dalam album ini juga terdapat sebuah lagu yang mengingatkan semua untuk membantu masyarakat Islam di Bosnia, "Syurga Di Dunia".

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisMasa
1."Feminin"Yusry Abd Halim, Norman Abd Halim3:12
2."Untukmu"KRU5:13
3."Rentak Disco 1, 2, 3"Copyright Controlled, Cahaya Pena4:12
4."Syurga Di Dunia"Yusry Abd Halim, Norman Abd Halim4:12
5."Selamat Tinggal Cinta"Yusry Abdul Halim, Norman Abdul Halim5:12
6."Irama Hip Hop"Jojo, Yogi B3:45
7."Al Kisah... Sejarah Melayu"Tradisional, Cahaya Pena5:20
8."Remaja"Jojo, Cahaya Pena4:22
9."Wawasan Remaja"Amin Syed, Chief4:00
10."Sahabat"Amin Syed, Jihan Nawawi3:20


Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada catatan media album Untukmu.[1]

  • Susan Goh, KRU - penerbit
  • Dennis Low - penerbit eksekutif
  • Dhalan Zainuddin, Sawiah, Md. Nor - promosi eksekutif
  • Rohani, Kamarul - promosi
  • Eddris "Edd" Razhe - pengurus artis
  • Suara Studio - studio rakaman, susunan muzik
  • Alex Lee - jururakam
  • Richard Goh, Ivan Lim - juruadun
  • David Yee - bes ("Selamat Tinggal Cinta")
  • Yogi B - SFX
  • Man Kidal - gitar akustik ("Syurga di Dunia")
  • Pashe Photography - fotografi
  • Stahe Beauty Saloon (Amin) - solekan
  • Anuar Johan - koreografer
  • DC.AD Impact - konsep visual

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Untukmu (catatan media). Feminin. New Southern Records. 1993.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Untukmu - Feminin Just Feminin (2015).
  3. ^ Album Feminin, Untukmu Khazanah Muzik (April 2012).