Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2), virus yang menyebabkan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), mempunyai banyak varian, ada sesetengah yang dipercayai atau telah dipercayai, mempunyai kepentingan tertentu kerana potensi mereka untuk mempunyai peningkatan penularan, peningkatan kevirulenan, atau penurunan keberkesanan vaksin terhadapnya.[1][2][3]

Pengelompokan sunting

Meskipun terdapat ribuan varian SARS-CoV-2, terdapat juga pengelompokan yang jauh lebih besar yang disebut klad. Beberapa tatanama klad berbeza untuk SARS-CoV-2 telah diusulkan.[4]

  • Mulai Disember 2020, GISAID—merujuk kepada SARS-CoV-2 sebagai hCoV-19—mengenalpasti tujuh klad (O, S, L, V, G, GH, dan GR).
  • Pada Disember 2020 pula, Nextstrain mengenalpasti lima klad (19A, 19B, 20A, 20B, dan 20C).
  • Dalam makalah 2020 di International Journal of Infectious Diseases, Guan dkk. mengenalpasti lima klad global (G614, S84, V251, I378, dan D392).
  • Rambaut dkk. mengusulkan istilah "garis keturunan" dalam makalah 2020 di Nature Microbiology. Pada Disember 2020, terdapat lima garis keturunan utama (A, B, B.1, B.1.1, dan B.1.777) yang dikenalpasti.

Rujukan sunting

  1. ^ Shahhosseini N, Babuadze GG, Wong G, Kobinger GP (April 2021). "Mutation Signatures and In Silico Docking of Novel SARS-CoV-2 Variants of Concern". Microorganisms. 9 (5): 926. doi:10.3390/microorganisms9050926. PMC 8146828. PMID 33925854. S2CID 233460887.
  2. ^ "Coronavirus variants and mutations: The science explained". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 6 January 2021. Dicapai pada 2 February 2021.
  3. ^ Kupferschmidt K (15 January 2021). "New coronavirus variants could cause more reinfections, require updated vaccines". Science. doi:10.1126/science.abg6028. Dicapai pada 2 February 2021.
  4. ^ Koyama, Takahiko Koyama; Platt, Daniela; Parida, Laxmi (Jun 2020). "Variant analysis of SARS-CoV-2 genomes". Bulletin of the World Health Organization. 98: 495–504. doi:10.2471/BLT.20.253591. We detected in total 65776 variants with 5775 distinct variants.