Victor Leandro Bagy

Victor Leandro Bagy, ataupun dikenali sebagai Victor (lahir 21 Januari 1983), merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain untuk kelab Série A, Atlético Mineiro sebagai penjaga gol.

Victor
Maklumat peribadi
Nama penuh Victor Leandro Bagy[1]
Tarikh lahir (1983-01-21) 21 Januari 1983 (umur 41)
Tempat lahir Santo Anastácio, Brazil
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Mineiro
Nombor 1
Kerjaya remaja
1997 São Paulo
1998–2003 Paulista
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2007 Paulista 138 (0)
2008–2012 Grêmio 139 (0)
2012– Atlético Mineiro 63 (0)
Pasukan kebangsaan
2009–2014 Brazil 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Mei 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2013

Kerjaya kelab sunting

Paulista sunting

Victor sertai kelab remaja São Paulo FC pada usia 14 tahun. Setahun kemudian, beliau berpindah ke Paulista FC.

Victor telah dipanggil untuk sertai skuad utama pada tahun 2000 tetapi beliau perlu menunggu untuk membuat debut pada tahun 2003. Beliau menjadi penjaga gol kedua di belakang Rafael Bracalli tetapi pada tahun 2006, selepas Rafael berpindah ke C.D. Nacional, beliau menjadi pilihan pertama. Victor menjadi sebahagian daripada pasukannya yang menjuarai Copa do Brasil 2005 tetapi beliau digantikan ketika perlawanan akhir.

Grêmio sunting

Pada 18 Disember 2007, Victor sertai Grêmio. Beliau mengalami kecederaan pada 24 Februari 2008 dan beliau terpaksa dikeluarkan selama satu bulan setengah.

Victor kembali dari selepas pulih dari kecederaan dan bermain semula perlawanan dalam aksi Brasileirão dan diundi sebagai penjaga gol terbaik pada kejohanan itu. Pada 2009, aksi beliau tampak tidak memuaskan akibat beliau dipanggil untuk sertai pasukan kebangsaan pada musim panas. Victor kemudian dikaitkan ke A.S. Bari dan S.L. Benfica. Tetapi tiada sebarang pemindahan berlaku.

Atlético sunting

Pada 29 Jun 2012, Victor sertai Atlético Mineiro dengan bayaran sebanyak 3,5 juta dan menadatangani kontrak lima tahun. Beliau kemudian menjadi pilihan pertama penjaga gol dan bermain sebanyak 29 perlawanan dan pasukannya, Galo menduduki tempat kedua liga.

Pada 2013, Victor menjadi kunci pasukan untuk memenangi kempen Copa Libertadores 2013, beliau menyelamat tendangan penalti menentang Club Tijuana, Newell's Old Boys dan di perlawanan akhir, Club Olimpia.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 21 Mei 2009, Victor telah dipanggil buat kali kedua (pertama pada tahun 2005) oleh Dunga untuk memasuki skuad Brazil yang beraksi di kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Pada 10 Ogos 2010, beliau membuat penampilan pertama bersama Brazil menentang Amerika Syarikat, Brazil menang 2-0.[3] Pada 7 Mei 2014, Victor dipilih daripada 23 pemain untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2014.[4]

Pasukan Tahun Kmncln Gol
Pasukan kebangsaan Brazil 2010 4 0
2011 1 0
2013 1 0
2014 0 0
Jumlah 6 0

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Paulista
Grêmio
Atlético Mineiro

Antarabangsa sunting

Brazil

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 10 July 2014.
  2. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 15 October 2014.
  3. ^ USA Falls to Brazil 2-0 in Front of 77,223 Fans at The New Meadowlands Stadium; US Soccer, 10 August 2010
  4. ^ World Cup 2014: Kaka and Robinho omitted from Brazil squad; BBC Sport, 7 May 2014

Templat:Skuad Clube Atlético Mineiro