PEMBENTUKAN WACANA sunting

  1. LISAN
  2. TULISAN
  3. VISUAL
  4. MULTIMODAL DALAM TEKS DAN WACANA

TEKS DAN WACANA sunting

Wacana melibatkan pemahaman tentang amalan penghasilan teks yang bersifat sosial dan melibatkan lebih daripada satu pihak. Penghasilan teks ini melibatkan penghasil dan penerima serta terdapat perundingan makna dan mempunyai konvensi yang ditentukan dan dikongsi. Wacana bersifat umum dan merupakan bentuk bahasa yang boleh wujud dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Wacana dilihat sebagai makna dan peraturan yang terkumpul. Wacana dilihat sebagai continuum. Wacana sebagai perbincangan tentang sesebuah topik, maka wujudnya wacana penyakit, wacana politik Melayu, wacana pendidikan dan sebagainya.

LISAN sunting

Mod yang terdapat dalam teks lisan

  • Falsafah
    • Logik akal
  • Sosiologi
    • Analisis perbualan
    • Pragmatik

Adakah teks lisan sama semuanya? Mengapa?

  • Penceritaan (Naratif)
  • Deskriptif (Penggambaran)
  • Pendedahan
  • Penghujahan

Elemen paralinguistik:

  • Bahasa badan yang dilakukan dengan kawalan
  • Penyampai
    1. Penyampai harus jelas dengan mesej yang ingin disampaikan
    2. Penyampai harus pasti dengan mesej yang ingin disampaikan
    3. Penyampai harus pasti dengan kepentingan mesejnya
    4. Penyampai mesti memastikan kekurangan gangguan yang mungkin diterima penerima
  • Penerima
  1. Sasaran mesej yang ingin disampaikan
  • Mesej
  1. Mesej disampaikan menerusi perkataan, simbol, gerak isyarat, bahasa tertentu bagi menyampaikan makna mesej.
  • Saluran
  1. Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu
  2. Saluran boleh berbentuk lisan, tidak lisan dan lain-lain
  3. Saluran mempengaruhi keberkesanan sesuatu komunikasi
  • Maklum Balas
  1. Tindak balas terhadap penerimaan mesej
  2. Boleh berbentuk lisan atau tidak lisan
  • Gangguan
  1. Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi
  2. Maklumat yang dihantar mungkin tidak dapat diterima
  • Bentuk maklumat yang boleh didapati daripada teks lisan
  1. Wacana lisan lebih interaktif berbanding tulisan.
  2. maklum balas yang diterima lebih pantas berbanding wacana tulisan.
  • Pantas dan spontan
  1. kebanyakan wacana lisan lebih spontan dan maklumat yang disampaikan sudah sedia diketahui berbanding wacana tulisan
  • Penjelasan
  1. Oleh kerana wacana lisan kebanyakan secara spontan, mungkin ada beberapa maklumat yang akan tertinggal dalam penjelasan
  • Pemahaman
  1. Ujaran yang dikeluarkan tidak semestinya sama dengan apa yang dimaksudkan, ini menyebabkan pendengar kurang faham pengujar dan boleh menimbulkan salah faham

TULISAN sunting

Wacana teks merujuk kepada struktur atau susunan idea dan maklumat dalam sesuatu penulisan. Wacana ini melibatkan penyusunan perkataan dan ayat yang membentuk perenggan-perenggan untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada pembaca. Wacana teks memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dengan jelas dan teratur.

Wacana ini disampaikan secara bertulis melalui dua cara iaitu:

  • Media bertulis
  • Media cetak

Contoh teks tulisan:

  • Majalah
  • Surat khabar
  • Buku Teks
  • Artikel

Wacana ini juga merupakan wacana berbentuk monolog yang tidak interaktif kerana berbentuk hanya satu arah sahaja. Terdapat beberapa elemen penting dalam membentuk wacana teks iaitu:

Pengenalan/Pendahuluan

  • Bahagian awal yang bertujuan untuk menarik minat pembaca untuk membaca keseluruhan wacana. Pendahuluan merangkumi pengenalan tentang topik yang dibincangkan. Bahagian ini juga mengandungi tujuan penulisan atau pernyataan yang memberi gambaran keseluruhan tentang kandungan teks. Mengandungi masalah atau isu yang akan dibincangkan. Bahagian ini juga diletakkan gambaran tentang apa yang akan berlaku dalam perkembangan wacana.

Perkembangan

  • Perkembangan merangkumi beberapa perenggan yang menyediakan maklumat, fakta, atau argumen yang berkaitan dengan topik. Setiap perenggan boleh berkaitan dengan subtopik tertentu.
  • Struktur perkembangan perlu teratur dan logik untuk memastikan pembaca dapat mengikuti alur fikiran penulis dengan baik.

Penutup:

  • Penutup merangkumi perenggan akhir yang memberikan kesimpulan atau ringkasan terhadap keseluruhan wacana. Ia juga boleh merangkumi cadangan, pandangan peribadi, atau pemikiran lanjut.
  • Penutup kebiasaannya memberikan meninggalkan kesan positif atau memberikan panggilan tindakan kepada pembaca.

Kohesi dan Koheren:

  • Kohesi merujuk kepada hubungan antara ayat-ayat dan perenggan-perenggan dalam wacana. Penggunaan perkataan sambung dan frasa penghubung membantu menjaga kesinambungan.
  • Koheren memastikan keseluruhan wacana adalah selaras dan mudah difahami oleh pembaca.

VISUAL sunting

Teks adalah kumpulan kata yang ditulis untuk menyampaikan makna serta tujuan tertentu dari penulisnya. Teks tidak hanya terdiri daripada kata-kata, namun teks juga ada yang terdiri daripada gambar dan lebih dikenali sebagai teks visual. Teks visual merupakan teks yang berkomunikasi atau digambarkan dengan gambar dan bukan kata-kata. Sama seperti teks bertulis, teks visual juga mengandungi idea utama di dalamnya. Hanif Nur Cholis dan rakan-rakan dalam buku I Enjoy Speaking Indonesian (2007) menyatakan bahawa idea utama merupakan inti kepada sesuatu bacaan.

Apa itu teks visual?

Teks visual boleh berbentuk gambar ilustrasi dan gambar yang memiliki makna di dalamnya. Selain itu, teks visual juga boleh berbentuk gambar pegun atau bergerak seperti video and animasi. Teks visual juga mengandungi idea utama di dalamnya.

Teks visual berkemungkinan membuat pembaca menangkap atau memahami makna dengan lebih mudah dan tepat. Berikut merupakan langkah awal untuk membuat idea utama untuk teks visual:

  • Memerhati imej dalam teks visual sama ada pegun atau bergerak secara teliti.
  • Selepas memerhati, kenal pasti situasi yang ada dalam imej teks visual tersebut.
  • Mencatat ayat yang menerangkan keseluruhan situasi dalam teks visual.
  • Susun ayat-ayat tersebut menjadi satu perenggan yang lengkap.
  • Cari ayat utama yang menunjukkan idea utama dalam perenggan.
  • Tukar ayat utama kepada ayat yang lebih padat dan jelas untuk dijadikan idea utama teks visual.

MULTIMODAL DALAM TEKS DAN WACANA sunting

Multimodal merupakan satu teori yang melihat bagaimana manusia berinteraksi dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain, bukan sahaja melalui tulisan (satu mod), tetapi juga melalui lisan, gerak isyarat, pandangan, dan bentuk visual (banyak mod). Dalam konteks pembelajaran secara umum,  multimodal boleh menjadi  batu loncatan untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya pembelajaran dan perbezaan kognitif, untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara umum atau secara individu (Marchetti & Cullen, 2015).

Namun, dalam konteks pembelajaran dwibahasa, multimodal boleh menjadi strategi yang penting untuk membantu pelajar mencapai pembelajaran yang bermakna. Hal ini kerana, dalam pengajaran dan  pembelajaran dwibahasa,  pelajar perlu mengikuti pembelajaran dalam  bahasa selain bahasa pertama mereka.

Dalam situasi tersebut, penggunaan multimodal dilihat sebagai menyokong proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap modaliti yang digunakan mempunyai peranan tersendiri dalam membantu pelajar faham dengan lebih baik. Perbincangan akan  dimulakan dengan  mengemukakan konsep-konsep  asas dalam  multimodaliti, iaitu  yang merangkumi mod, representasi, dan multi representasi.

4 ragam komunikasi dalam teks multimodal

  1. Teks dan Imej Serentak: Menggunakan teks dan imej bersama-sama untuk menyampaikan maklumat dengan lebih lengkap dan jelas.
  2. Infografik: gabungan teks, imej dan grafik untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami
  3. Video atau Animasi dengan Teks Sokongan: gabungan video atau animasi dengan teks sokongan untuk menyampaikan makna atau mesej tertentu.
  4. Simbol Teks dan Visual: Gabungan teks dengan simbol atau ikon visual untuk meluaskan makna dan memudahkan pemahaman.

Apa itu mod?

Mod merupakan bentuk komunikasi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat. Antara mod dalam bahasa lisan ialah penulisan, gerak isyarat, dan renungan manakala untuk bahasa tulisan pula seperti pemilihan warna dan jenis fon, gambar dan video. Mod digabungkan dalam pelbagai cara untuk menghasilkan makna. Keunikan dan kemampuan setiap mod dalam membawa erti yang tersendiri kerana gabungan keseluruhan mod akan menyumbang makna secara keseluruhan.

Apa itu representasi?

Ia merupakan sesuatu yang melambangkan, menggambarkan atau menyatakan sesuatu konsep yang digunakan. Representasi boleh membawa makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Konsep ini dapat dilihat secara luaran dan dalaman minda seseorang.

Apa itu multirepresentasi?

Multirepresentasi merujuk kepada pelbagai bentuk representasi seperti artifak, model tiga dimensi, diagram dan teks yang digunakan untuk menjelaskan konsep. Sebagai contoh, guru menggunakan artifak, model tiga dimensi dan video untuk menjelaskan konsep tertentu kepada pelajarnya. Penggunaan representasi yang berbeza boleh memberi pemahaman yang berbeza kepada pelajar.

LINGUISTIK TEKS sunting

Analisis wacana merupakan satu pendekatan yang mengkaji atau menganalisis lisan, penulisan, bahasa isyarat atau tanda semiotik. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi menganalisis wacana seperti penulisan dan perbualan. Tidak seperti linguistik tradisional yang kebanyakannya menganalisis bahasa lisan dan penulisan oleh kerana analisis wacana menganalisis bahasa yang menggunakan bahasa badan. Perbezaan yang paling ketara di antara analisis wacana dan linguistik teks ialah analisis wacana bertujuan untuk mendedahkan ciri-ciri sosio-psikologi seseorang dan bukannya struktur teks. Linguistik teks merupakan salah satu contoh yang paling dekat bagi analisis wacana

Linguistik teks merupakan bidang kajian yang melihat ciri dan corak yang terdapat dalam teks. Unit asas linguistik teks adalah teks, yang merupakan realisasi wacana tanpa mengira saiz sintaksisnya. Mana-mana bahasa harus mempamerkan kedua-dua ciri teks (TF), seperti perpaduan dalaman (kohesi) dan urutan konseptual (koheren), dan ciri pengguna (UF), seperti kesengajaan, kebolehterimaan, kemakluman, situasi dan intertekstual, untuk diklasifikasikan sebagai teks dan mempamerkan ketekunan atau tekstual penuh.

Kebanyakan ahli linguistik bersetuju bahawa teks boleh dikategorikan kepada 5 jenis teks iaitu naratif, deskriptif, argumentatif, instruktif dan kontradiktif. Selain itu, teks boleh dikategori kepada tiga situasi berdasarkan ciri - ciri dan konteks teks tersebut. Tiga ciri situasi dalam teks ialah kajian tentang wacana yang mengkaji tentang maksud teks, tenor wacana yang mengkaji tentang maksud interpersonal dan mod wacana yang mengkaji tentang maksud logikal.

Kajian tentang teks sebagai produk iaitu tatabahasa teks atau sebagai proses bagi teori teks. Tatabahasa teks adalah untuk mencipta model bagi menerangkan struktur tatabahasa dalam teks. Linguistik teks mempunyai 7 prinsip iaitu kohesi , koheren , kesengajaan , kebolehterimaan, bermaklumat , ‘Situationality’, ‘Intertextuality’.

7 STANDARD TEKS sunting

KOHESI sunting

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Kohesi adalah bertautan atau bergabungan ataupun hubungan yang erat. Tautan yang dimaksudkan adalah keserasian ayat dengan ayat yang lain untuk mewujudkan kesinambungan sehingga membentuk satu teks atau wacana.

DEFINISI KOHESI Kohesi merupakan salah satu konsep daripada 7 standard teks di dalam bidang linguistik wacana. Kohesi merujuk kepada sambungan tatabahasa dan juga leksikal di dalam suatu teks yang membantu dalam mewujudkan koheren dan seterusnya juga berfungsi untuk mengekalkan kejelasan bagi keseluruhannya. Terdapat beberapa jenis kohesi iaitu kohesi rujukan, kohesi penggantian, kohesi ellipsis, kohesi kata hubung dan juga kohesi leksikal.

JENIS-JENIS KOHESI

i) KOHESI RUJUKAN Antara jenis yang terdapat di dalam kohesi adalah kohesi rujukan. Kohesi rujukan merupakan kohesi yang melibatkan penggunaan kata ganti nama dan kata rujukan lain yang bertujuan untuk merujuk kembali entiti yang telah digunakan sebelumnya di dalam suatu teks.

Sebagai contoh,

“John pergi ke kedai. Dia membeli beberapa jenis barangan runcit.”

ii) KOHESI PENGGANTIAN Seterusnya, jenis kohesi yang kedua iaitu kohesi penggantian. Kohesi penggantian dapat jelas dilihat melalui penggunaan perkataan atau frasa yang digantikan dengan perkataan atau frasa yang lain namun mempunyai makna yang sama.

Sebagai contoh, “Saya suka epal, kakak saya lebih suka oren.”

iii) KOHESI ELLIPSIS Selain itu, jenis kohesi yang seterusnya ialah kohesi ellipsis. Kohesi ellipsis merupakan kohesi yang melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang boleh disimpulkan daripada konteks.

Sebagai contoh, “Hana mempunyai kelebihan untuk bercakap di dalam bahasa asing iaitu bahasa mandarin, Ali juga boleh.”

iv) KOHESI KATA HUBUNG Seterusnya, kohesi kata hubung. Kohesi kata hubung merupakan kohesi yang melibatkan penggunaan kata hubung dan juga kata keterangan yang berperanan untuk menghubungkan ayat dan klausa. Antara contoh kata hubung ialah seperti “dan”, “bahawa”, “tetapi”, “oleh itu”, “kerana”, dan juga “lalu”.

Sebagai contoh, Mirza membuka almari lalu mengambil bajunya.

v) KOHESI LEKSIKAL Jenis kohesi yang terakhir ialah kohesi leksikal. Kohesi leksikal merupakan pengulangan kata kunci atau frasa di seluruh teks bagi mewujudkan kohesi.

Sebagai contoh, “Kucing mengejar tikus. Tikus lari.”

FUNGSI KOHESI DI DALAM TEKS

Penggunaan kohesi yang dimasukkan di dalam suatu teks membantu dalam mewujudkan satu aliran ditambah pula dengan kehadiran koheren yang seterusnya menghubungkan ayat dan perenggan bersama. Selain itu, penggunaannya juga membantu seseorang pengguna untuk menavigasi teks dengan lebih mudah dengan kata lain berfungsi sebagai petunjuk struktur bagi pengguna. Tambahan pula, penggunaan kohesi juga membantu dalam mengekalkan tahap perhatian dan membantu dalam meningkatkan kefahaman seseorang dengan menjelaskan hubungan di antara bahagian teks yang berlainan.

KEPENTINGAN KOHESI Penggunaan kohesi amatlah penting untuk diaplikasikan di dalam komunikasi seharian untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan secara lisan mahupun bertulis. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, penggunaan kohesi membantu dalam memastikan mesej yang disampaikan itu adalah jelas dan pembaca atau pendengar juga dapat terus mengikuti perkembangan idea yang dibentangkan atau diutarakan di dalam suatu teks. Ketidakhadiran atau kekurangan penggunaan kohesi di dalam aspek wacana boleh membawa kepada masalah kekeliruan, kekaburan dan kesukaran bagi pembaca atau pendengar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan melalui teks atau wacana yang sedang dijalankan. Kesimpulannya, kohesi memainkan peranan yang penting dalam pembinaan wacana yang koheren dan berkesan sama ada melalui penulisan atau lisan sekaligus menjadikannya salah satu konsep penting di dalam mana-mana kajian dan juga analisis bahasa.

KOHEREN sunting

DEFINISI KOHEREN Aspek yang kedua di dalam standard teks ialah konsep koheren. Koheren juga merupakan di antara aspek yang terpenting di dalam bidang linguistik wacana dan merujuk kepada penjelasan bagi keseluruhan mengikut logik dan kesatuan idea di dalam suatu teks atau wacana. Koheren melibatkan penyampaian idea di dalam urutan yang logik dengan perkaitan yang jelas di antara setiap ayat, perenggan dan juga dari segi bahagian. Idea bagi setiap perenggan perlu disusun dengan cara yang logik bagi memudahkan pemahaman pembaca dan juga pendengar. Setiap bahagian menyumbang kepada makna dan tujuan bagi keseluruhan teks dengan adanya konsep koheren.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koheren bermaksud kesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya mudah difahami. Manakala menurut H.G Tarigan (1987), koheren adalah satu keserasian hubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga terciptanya sesuatu pengertian yang bermakna. Menurut Asmah Haji Omar (1980) pula, beliau mendefinisikan koheren sebagai satu keteraturan fikiran yang merujuk kepada bentuk - bentuk bahasa yang memperlihatkan pautan dalam sesuatu teks. Sementara itu, bagi Wohl (1978) pula, koheren dianggap sebagai suatu pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta, dan idea untuk menjadi satu untaian yang logik sehingga makna yang dibawanya mudah difahami. Kesimpulannya, koheren adalah ayat kesinambungan yang berkaitan dan berpautan dengan ayat yang lain bagi menerangkan dan membentuk sesuatu teks atau wacana dengan lebih baik dan mudah untuk difahami. Koheren juga mempunyai gaya bahasa tersembunyi dan pembaca perlu membuat andaian atau tekaan berdasarkan kefahaman pembaca terhadap teks atau ayat koheren.

FUNGSI KOHEREN Teks yang mengandungi koheren membantu dalam mengekalkan fokus terhadap inti yang hendak disampaikan. Selain itu, membantu dalam memastikan setiap bahagian yang telah dibahagikan di dalam suatu teks itu untuk terus kekal dengan topik utama. Hal ini amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah maklumat yang tidak relevan hanya disebabkan oleh tiada keserasian dan tiada perkaitan yang menghubung kaitkan setiap komponen pada setiap bahagian di dalam suatu teks itu. Peralihan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesatuan dengan menandakan anjakan antara setiap idea, menunjukkan hubungan bagi setiap bahagian teks yang berlainan dan membimbing pembaca melalui perkembangan idea pemikiran yang disampaikan melalui suatu teks. Peralihan boleh menjadi eksplisit atau tersirat. Oleh itu koheren membawa fungsi yang amat bermakna bagi suatu teks kerana, teks yang baik mempunyai bahagian-bahagian teks yang memberi perkaitan kepada topik utama atau topik asal yang membawa kepada tujuan utama idea tersebut disampaikan.


KEPENTINGAN KOHEREN Konsep koheren merupakan di antara konsep yang terpenting dan aspeknya amat sering digunapakai bersama kohesi di dalam suatu teks. Kohesi amat penting untuk mencapai tahap komunikasi yang baik dan berkesan sama ada di dalam bentuk bertulis mahupun secara lisan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, teks yang mengandungi koheren lebih mudah untuk difahami, diingati dan juga dihayati oleh masyarakat yang seterusnya membawa kepada tahap keberkesanan yang tinggi di dalam komunikasi. Secara ringkasnya, koheren melibatkan penyampaian data dengan cara yang jelas, logik dan bersatu ditambah dengan kesatuan yang berkesan dan juga peralihan bagi setiap konteks bagi setiap bahagian pula konsisten daripada aspek gaya dan juga nada. Koheren memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mencipta wacana yang bermakna dan menarik di dalam menyampaikan mesej secara berkesan.

KESENGAJAAN sunting

Merujuk kepada kaitan dengan niat pengarang semasa membuat bahan untuk khalayak. Terdapat korelasi yang signifikan antara kesengajaan dan kebolehterimaan, kerana penulis berhasrat agar pembaca menerima dan mencari kepuasan dalam karya tersebut.

Keinginan sudah tentu tidak dapat dicapai tanpa kepuasan pembaca dalam memikirkan apa yang diperkatakan oleh sesuatu teks. Oleh itu, jika teks mahu untuk diklasifikasikan sebagai boleh diterima, ia mesti memproses ciri teks tertentu seperti tatabahasa standard dan corak leksikal (Neubert dan Shreve, 1992).

Ia merujuk kepada subjek teks, matlamat dan jenis teks (Lüle Mert, 2011). Ia berkaitan dengan alam sekitar di mana teks itu dan makna yang dikaitkan dengannya oleh orang yang menggunakan bahasa (Uğur, 2012).

Untuk menghasilkan teks yang kohesif dan koheren, seseorang mengikuti teks Grice maksim dan mengembangkan tanggapan lakuan tutur untuk mencapai niat yang diingini. Beaugrande & Dressler mengatakan bahawa kesengajaan bertujuan untuk menyatakan niat pembuat teks. Dalam erti kata lain, pembuat teks bertujuan untuk memastikan teks yang dibuat untuk menjadi teks yang kohesif dan koheren (1992: 113).

Neubert & Shreve (1992) juga mengatakan bahawa kesengajaan adalah bertujuan untuk menunjukkan korelasi antara niat dan teks, dan dari sudut pandangan pembaca, kesengajaan dikaitkan dengan kerelevanan. Kesengajaan dan kerelevanan adalah gandingan seperti penghantar-penerima .

Hatim & Mason (1997) mentakrifkan konsep kesengajaan kepada dua istilah yang abstrak dan konkrit:

Kesengajaan berkait dengan sikap pembuat teks bahawa teks di tangan sepatutnya membentuk satu kesatuan yang padu dan koheren dan sepatutnya menghubungkan secara interteks dengan satu set konvensyen sosio-tekstual yang dikenali oleh komuniti pengguna teks tertentu. Bagi analisis konkrit, kesengajaan terdiri daripada satu set matlamat. Matlamat ini boleh dicapai dengan menyampaikan maksud yang dimaksudkan atau dengan melihat kepada hubungan antara pelbagai niat dalam keseluruhan teks.

Terdapat banyak teks yang konvensional yang memiliki format yang jelas menunjukkan tujuan teks tersebut. Teks seperti manual arahan, paten, dan kontrak undang-undang jelas menunjukkan niat asas teks. Namun teks sastera seperti puisi berbeza kerana niat asas teks tersebut sukar untuk ditentukan.

KEBOLEHTERIMAAN sunting

Kebolehterimaan berkenaan dengan bagaimana makna teks diterima oleh khalayak. Menurut Neubert dan Shreve seperti yang dipetik dalam Mikhchi untuk menentukan kebolehterimaan sesuatu teks, penerima harus mempertimbangkan kepercayaan mereka terhadap sesuatu teks kandungan teks, keupayaan untuk mengenal pasti dan mengekstrak kandungan yang mereka percaya adalah benar, yang keupayaan untuk menentukan jenis teks yang ingin ditulis oleh penulis, dan keupayaan untuk menentukan apa yang ingin dicapai oleh penulis dengan mencipta teks.

Ia biasanya dianggap sebagai sepasang prinsip. Dalam mana-mana jenis teks, terdapat pengeluar yang berhasrat untuk menghasilkan secebis maklumat. Pembaca tidak sabar untuk menerima teks yang dikemukakan sebagai teks komunikatif (Carstens, 1997). ​ Kebolehterimaan berkait dengan sikap penerima teks bahawa teks itu harus mengandungi kandungan atau maklumat yang berguna atau relevan yang boleh diterima. Beberapa faktor seperti jenis teks, latar belakang politik dan sosiobudaya, kehendak dan keinginan yang dapat dipenuhi serta aspek kohesi dan koheran merupakan elemen yang penting dalam mempengaruhi kebolehterimaan sesuatu teks.

Pengeluar teks sering membuat spekulasi tentang sikap penerimaan penerima dan penyampaian teks yang memaksimumkan kebarangkalian bahawa penerima akan bertindak balas seperti yang dikehendaki oleh pengeluar teks. Contohnya, teks yang terbuka kepada pelbagai tafsiran, seperti "Hubungi kami sebelum anda mengkaji. Anda mungkin tidak dapat melakukannya selepas itu" memerlukan lebih banyak kesimpulan tentang akibat yang berlaku. Hal ini menyebabkan kesan yang lebih dapat dirasai daripada versi eksplisit mesej yang memberitahu penerima akibat penuh mengkaji tanpa membuat panggilan, kerana penerima dibiarkan dengan ketidakpastian yang besar tentang akibat yang mungkin berlaku. Tambahan lagi hal ini secara langsung memainkan peranan untuk mengelakkan kekeliruan risiko orang ramai.

BERMAKLUMAT ATAU INFORMATIVITI sunting

Bermaklumat atau informativiti merupakan petunjuk batas kontekstual sesebuah teks (Al-Azzawi, 2017). Ia melibatkan aspek maklumat terkini atau baru dan jangkaan daripada pembaca sesuatu teks. Suatu teks perlu penuh dengan maklumat yang sudah dijangka oleh pembaca. Namun begitu, maklumat itu perlulah mencukupi dan tidak membuatkan pembaca berasa terlebih beban.

Teks itu perlu memasukkan kedua-dua maklumat terdahulu dan baharu dengan cara yang seimbang untuk menjadi berjaya membangkitkan minat pembaca terhadap teks (Lüle Mert, 2011). Ia berkaitan dengan yang sebelum ini diketahui atau tidak diketahui maklumat berada dalam teks oleh pembaca (Uğur, 2012).

Informativiti melibatkan persoalan sejauh manakah maklumat dalam kandungan sesebuah teks telah sedia difahami atau mempunyai maklumat yang sudah diketahui atau dijangka berbanding dengan tidak diketahui atau tidak dijangka. Maklumat yang sudah diketahui atau dijangka akan memudahkan penerimaan dan pemahaman penerima.

Tidak kira berapa banyak kandungan yang dijangkakan atau boleh diramal, teks akan sentiasa bermaklumat sekurang-kurangnya pada tahap tertentu disebabkan kebolehubahan yang tidak dijangka. Pemprosesan teks yang sangat bermaklumat menuntut keupayaan kognitif yang lebih besar tetapi pada masa yang sama lebih menarik. Tahap maklumat tidak boleh melebihi satu tahap tinggi atau terlalu kompleks dalam erti kata yang sama melepasi keupayaan kognitif sehingga teks menjadi terlalu rumit dan komunikasi terancam seterusnya mengakibatkan komunikasi terhenti. Sebaliknya, tahap maklumat teks juga seharusnya tidak terlalu rendah sehingga membosankan dan menyebabkan teks ditolak.

SITUATIONALITI sunting

‘Situationality’ ialah apa sahaja teks yang dihasilkan oleh pengarang yang harus relevan dengan peristiwa komunikatif dalam sesuatu perkara konteks amalan sosial (Kadhim dan Mohammed, 2020). Ia merujuk kepada faktor yang menjadikan teks relevan dengan situasi atau konteks dan latar tempat teks itu berlaku

"Situationality" adalah konsep yang merujuk kepada teks yang dihasilkan oleh pengarang dan perlu relevan dengan peristiwa komunikatif dalam suatu konteks amalan sosial tertentu. Dalam kata lain, teks tersebut harus sesuai dengan kejadian atau situasi dalam konteks sosial di mana ia dibuat. Konsep ini diperkenalkan oleh Kadhim dan Mohammed pada tahun 2020.

Faktor-faktor yang membuat teks relevan dengan situasi atau konteks tertentu termasuklah pemahaman akan latar belakang dan keadaan tempat di mana teks tersebut diterbitkan. Situationality menekankan pentingnya memahami konteks sosial, budaya, dan tempat di mana suatu teks dihasilkan, karena hal ini mempengaruhi makna dan relevansi teks tersebut.

Dengan kata lain, apabila kita membincangkan situationality, kita memahami bahawa teks tidak hanya dapat diinterpretasikan dengan merujuk kepada kata-kata semata-mata, tetapi juga dengan mempertimbangkan konteks di sekitarnya. Oleh itu, analisis terhadap teks perlu memperhitungkan unsur-unsur sosial dan situasional yang dapat mempengaruhi pemahaman dan makna teks tersebut.

INTERTEKSTUALITI sunting

Intertekstualiti bermaksud perkaitan antara teks sasaran dan pengetahuan latar belakang penonton teks yang disisipkan ke dalamnya. Ia menghubungkan pengetahuan sebelumnya dalam khalayak sasaran ingatan dengan yang dimasukkan.

Ia adalah kriteria tatabahasa yang paling sedikit di antara kriteria tekstualiti yang lain. Ia secara amnya harus ditangani pengajian sastera bersama-sama. Konfigurasi teks dan memahaminya terkesan dengan teks lain yang serupa (Carstens, 1997).

Intertekstualiti adalah hubungan yang erat antara suatu teks dengan pengetahuan latar belakang audiens yang dimasukkan ke dalamnya. Ia menekankan bagaimana makna suatu teks boleh dipengaruhi oleh pengetahuan terdahulu yang dimiliki oleh audiens sasaran, yang kemudian berinteraksi dengan maklumat yang terdapat dalam teks tersebut.

Selain itu, intertekstualiti dianggap sebagai kriteria tatabahasa yang paling sedikit di antara kriteria tekstualiti yang lain. Ini bermakna dalam analisis teks, unsur tatabahasa atau aturan bahasa tidak sepenting hubungan dengan teks lain. Oleh itu, dalam konteks pengajian sastera, aspek intertekstualiti perlu diberi perhatian seiring dengan aspek-aspek lain untuk memahami sepenuhnya konteks dan makna suatu karya sastera.

Intertekstualiti secara umumnya harus ditangani dalam pengajian sastera secara holistik. Ini menunjukkan bahawa pemahaman terhadap suatu karya sastera tidak hanya berpusat pada teks tersebut secara individu, tetapi juga mengambil kira hubungannya dengan teks lain. Dalam konteks ini, konfigurasi teks dan pemahaman tentangnya dipengaruhi oleh teks-teks lain yang memiliki kesamaan.

Rujukan kepada Carstens (1997) menambahkan kredibiliti kepada konsep-konsep yang dibincangkan, menunjukkan bahawa pandangan ini tidak hanya bersifat spekulatif tetapi juga didasarkan pada kerja dan penyelidikan yang lebih mendalam oleh Carstens pada tahun 1997. Kesimpulannya, intertekstualiti memainkan peranan penting dalam menyelami makna teks sastera dan memahaminya secara lebih menyeluruh melalui hubungannya dengan konteks dan teks lain yang serupa.

RUJUKAN sunting

  1. ^ https://www.kompas.com/skola/read/2021/08/30/204009769/langkah-menemukan-gagasan-pokok-teks-visual
  2. ^ https://kids.grid.id/read/473970877/teks-visual-pengertian-dan-cara-menentukan-gagasan-pokoknya?page=all
  3. ^ https://www.researchgate.net/publication/344899006_Peranan_multimodaliti_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_dwibahasa
  4. ^ https://waskita.ub.ac.id/index.php/waskita/article/download/6/9