Waktu di Jepun

(Dilencongkan daripada Waktu Piawai Jepun)

Waktu Piawai Jepun (日本標準時, Nihon hyōjunji) (bahasa Inggeris: Japan Standard Time, disingkat JST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh Jepun, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+9:00. Nama rasminya adalah "Waktu Piawai Bahagian Tengah" (Chūō hyōjunji). Tidak ada waktu musim panas (DST) di Jepun, walaupun pengenalannya telah diperdebatkan beberapa kali.

Waktu piawai Jepun didasarkan pada jam atom milik Badan Nasional Teknologi Informasi dan Komunikasi (Jōhō Tsūshin Kenkyū Kikō). Sebelumnya, Waktu Piawai Jepun dihitung berdasarkan waktu matahari rata-rata setempat di Planetarium Perbandaran Akashi yang terletak di kota Akashi, Wilayah Hyōgo. Planetarium Akashi dilewati longitud 135° T dan pernah memiliki jam besar yang menunjukkan Waktu Piawai Jepun. Akibat gempa bumi Kobe 1995 tahun 1995, jam tersebut rosak dan sekarang menjadi barang pameran di Universiti Kobe Gakuin. Jam besar yang sekarang terpasang di atas menara Planetarium Perbandaran Akashi merupakan hadiah dari syarikat jam Seiko.

Waktu musim panas (DST) pernah berlaku di Jepun antara tahun 1948 hingga tahun 1951. Pada tahun-tahun tersebut, waktu musim panas dimulai Sabtu minggu pertama bulan Mei hingga Sabtu minggu kedua bulan September, dengan pengecualian waktu musim panas tahun 1949 yang dimulai bulan April.

Sejarah

sunting

Waktu piawai Jepun berdasarkan bujur 135°BT berlaku sejak 1 Januari 1887 berdasarkan Perintah Kekaisaran (chokurei) No. 51 tentang Metode Penghitungan Bujur Greenwich dan Waktu Piawai (Honsho-shigosen keido keisan-hō oyobi hyōjunji no ken) tertanggal 12 Julai 1886.

Waktu Piawai Bahagian Barat (Seibu hyōjunji) atau Western Standard Time pernah berlaku untuk Taiwan dan Kepulauan Pescadores yang waktu itu berada di bawah pendudukan Jepun, serta Kepulauan Yaeyama dan Kepulauan Miyako dengan perbezaan waktu sebesar UTC+8:00. Waktu piawai tersebut ditetapkan tanggal 28 Disember 1895 berdasarkan Perintah Kekaisaran (chokurei) No. 167 dan berlaku sejak 1 Januari 1896. Pada saat itu, Waktu Piawai Bahagian Tengah (Chūō Hyōjunji) digunakan untuk menyebut zon waktu yang digunakan di Hokkaido, Honshu, Shikoku, Kyushu, dan Okinawa. Waktu Piawai Bahagian Barat dihapus sejak tanggal 24 September 1937 dengan Perintah Kekaisaran (chokurei) No. 529 yang mulai berlaku 1 Oktober 1937.

Isyarat waktu

sunting

Sinyal waktu rasmi dipancarkan oleh Badan Nasional Teknologi Informasi dan Komunikasi (National Institute of Information and Communications Technology). Pemancar sinyal waktu terletak di Gunung Ōtakadoya, Desa Tamura, Prefektur Fukushima dan mulai beroperasi sejak 10 Jun 1999. Liputan sinyal dari pemancar di Gunung Ōtakadoya baru mencakup seluruh pelosok Jepun setelah dibuka pemancar baru di Gunung Hagane (kota Saga) pada tahun 2001.

Pautan luar

sunting