Waktu keemasan (fotografi)

Dalam bidang fotografi, waktu keemasan ialah waktu selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam di mana cahaya siang kelihatan merah dan lebih lembut berbanding ketika matahari lebih tinggi di langit. Ianya bertentangan dengan waktu biru, yang merupakan tempoh sebelum matahari terbit atau hanya selepas matahari terbenam apabila cahaya disebarkan dan sekata.[1]

Perbandingan antara siang hari dan waktu keemasan di Newbury Racecourse
Bangkok pada waktu keemasan

Butiran sunting

 
Suhu warna siang hari berubah mengikut waktu. Ia cenderung menjadi sekitar 2,000 K sejurus selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam, sekitar 3,500 K semasa "waktu keemasan", dan sekitar 5,500 K semasa tengah hari. Suhu warna juga boleh berubah dengan ketara dengan altitud, latitud, dan keadaan cuaca).

Apabila matahari berada rendah di atas ufuk, cahaya matahari harus menembusi atmosfera untuk jarak yang lebih jauh, dan melembutkan kecerahan cahaya langsung, dan lebih banyak pencahayaan datang daripada cahaya tidak langsung dari langit, mengurangkan nisbah pencahayaan. Lebih banyak cahaya biru berserak, jadi jika matahari hadir, cahayanya kelihatan lebih merah. Tambahan pula, sudut rendah matahari di atas ufuk menghasilkan bayang-bayang yang lebih panjang.

 
Waktu keemasan pada senjakala di Tasmania, Australia

Perkatan "hour" dalam "golden hour" digunakan secara kiasan kerana tempoh waktu keemasan tidak mempunyai tempoh yang sebenar dan berbeza mengikut musim dan kawasan. Ciri-ciri cahaya ditentukan oleh ketinggian matahari, dan masa matahari bergerak dari ufuk ke ketinggian tertentu bergantung pada latitud kawasan tersebut dan musim. Di Los Angeles, California, sejam selepas matahari terbit atau sejam sebelum matahari terbenam, matahari mempunyai altitud kira-kira 10°-12°.[2] Untuk lokasi yang lebih dekat dengan khatulistiwa, altitud yang sama dicapai dalam masa kurang dari satu jam, dan untuk lokasi yang lebih jauh dari khatulistiwa, altidicatudpai dalam lebih dari satu jam. Untuk lokasi yang jauh dari khatulistiwa, matahari mungkin tidak mencapai ketinggian 10°, dan waktu keemasan berlangsung sepanjang hari pada musim-musim tertentu.

Pada tengah hari, matahari yang cerah dapat menghasilan sorotan (highlight) yang terang dan bayang-bayang gelap. Tahap yang boleh terjadinya pendedahan cahaya berlebihan berbeza kerana pelbagai jenis kamera filem dan digital mempunyai julat dinamik yang berbeza. Masalah cahaya kasar ini amat penting dalam fotografi potret, di mana denyar pelengkap sering diperlukan untuk mengimbangi pencahayaan pada muka atau badan subjek, menerangkan bayang-bayang yang gelap yang biasanya dianggap tidak diingini.

Kerana kontras adalah kurang pada waktu keemasan, bayang-bayang kurang gelap, dan sorotan lebih lembut. Dalam fotografi landskap, warna merah-jingga ini  amat disukai untuk meningkatkan seri suasana.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Edward Pincus and Steven Ascher, The Filmmaker’s Handbook: A Comprehensive Guide for the Digital Age (New York: Plume, 2012), 517.
  2. ^ Solar altitude in Los Angeles, CA, at 1 hour after sunrise computed for 21 March, 21 June, 21 September, and 21 December 2009 using the U.S. Naval Observatory Data Services Altitude and Azimuth of the sun or Moon During One Day on 30 July 2009. Values obtained were 11.7°, 10.5°, 11.7°, and 9.75°.

Catatan sunting

Pautan luar sunting