Wall Street
Wall Street ialah sebatang jalan raya yang terletak di Manhattan, Bandar Raya New York, Negeri New York, Amerika Syarikat. Wall Street bersambung dari Broadway di timur hingga South Street di East River, melalui pusat bersejarah Financial District. Wall Street merupakan penempatan tetap pertama bagi Bursa Saham New York (NYSE). Lama-kelamaan nama Wall Street pun memaksudkan seluruh penempatan di sekelilingnya.[1] Wall Street juga menjadi gelaran bagi "kepentingan kewangan yang berpengaruh" bagi industri kewangan Amerika Syarikat yang berpusat di kawasan bandar raya New York.[2] Beberapa bursa saham utama di A.S. masih bermarkaskan Wall Street dan Financial District, termasuklah NYSE, NASDAQ, AMEX, NYMEX, dan NYBOT.
Rujukan
sunting- ^ Profile of Manhattan Community Board 1, diterima pada 17 Julai 2007.
- ^ Merriam-Webster Online Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine, diterima pada 17 Julai 2007.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wall Street |