Wan Khairil Azwa (lahir 6 November 1991) merupakan bekas pemain bola sepak professional Malaysia bermain sebagai pemain tengah dan sekarang merupakan seorang pengulas sukan untuk Astro Arena.

Wan Khairil Azwa
Maklumat peribadi
Nama penuh Wan Khairil Azwa Wan Jusoh
Tarikh lahir (1991-11-06) 6 November 1991 (umur 32)
Tempat lahir Dungun,Terengganu,Malaysia
Ketinggian  ft 0 in (0 m)
Posisi permainan Pemain Tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016 UiTM United FC
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karier pemain sunting

Karier sebagai pemain bola sepak bermula dari bangku sekolah lagi apabila beliau sering kali dipilih mewakili sekolahnya untuk bersaing di kejohanan bola sepak peringkat daerah. Beliau bermain di posisi penyerang dan berjaya membawa sekolahnya menjuarai saingan peringkat daerah untuk kategori bawah 15 tahun pada 2006 dan bawah 17 tahun pada 2008. Bagaimanapun, dek kerana kekurangan daripada segi fizikalnya beliau acap kali dinafikan peluang untuk menyertai kem latihan bagi mewakili daerahnya untuk bersaing di pertandingan peringkat negeri.

UiTM FC


[1]

Karier Media sunting

Karier Azwa sebagai pengulas bermula pada tahun 2018. Ketika itu, beliau dipelawa untuk mengulas oleh seorang pemilik sebuah syarikat produksi yang dikenali sebagai Nazry yang memiliki Blue Black Arena. Bermula daripada pelawaan tersebut, beliau mendapat peluang untuk mengulas perlawanan liga sosial di sekitar Lembah Klang sehingga ke saingan Selangor Champions League.Disebabkan peningkatan yang ditunjukkan oleh beliau dalam bidang pengulasan, beliau ditawarkan untuk menjadi salah seorang pengulas bagi saingan amatur iaitu Liga M3 Malaysia sepanjang musim 2019[2] dan kekal sebagai pengulas untuk saingan Liga M3 bagi musim 2020. Malangnya, liga tersebut tidak dapat dijalankan dek kerana Pandemik COVID-19.Bagaimanapun, satu perkara yang tidak disangka-sangka berlaku pada tahun yang penuh kesukaran ini.Disifatkannya menjadi satu ‘batu loncatan’ paling besar sejak berkecimpung dalam bidang pengulasan sukan apabila dipanggil oleh stesen televisyen iaitu Radio Televisyen Malaysia untuk menjadi pengulas kejohanan hoki berprestij negara iaitu Piala Tun Abdul Razak 2020.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laluan Berliku Sebelum Meraih Kontrak Bersama UITM FC (Bahagian 1) - Sukanz" (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-18. Dicapai pada 2024-02-14.
  2. ^ "Daripada Pemain Menjadi Pengulas, Ini Kisah Permulaan Azwa (Bahagian 3) - Sukanz" (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-30. Dicapai pada 2024-02-17.