Wat Maisuwankiri terletak di Kampung Bukit Tanah, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan utara Semenanjung Malaysia. Wat ini dikenali juga sebagai Ketik Perahu Naga. Ia telah dibina lebih kurang 4 tahun lampau oleh tukang ukir yang mahir dari Thailand. Kos pembinaan menelan belanja RM300,000 hasil sumbangan derma daripada orang ramai , Persatuan Buddha Malaysia dan Thailand. Luasnya ialah 4 hektar.

Reka bentuk Perahu Naga ditiru daripada seni bina di Thailand kerana berhampiran dengan negara tersebut. Pelbagai perayaan diadakan di kawasan wat ini . Antara perayaan yang disambut ialah Hari Wesak, Sambutan Tahun Baru, Majlis masuk Chai (Pikok) dan majlis rasmi yang diadakan dari semasa ke semasa.

Galeri sunting

Rujukan sunting