Who Are You: School 2015

Who Are You: School 2015 (Hangul후아유: 학교 2015; RRHuayu: Hakgyo 2015) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2015 dibintangi oleh Kim So-hyun, Yook Sung-jae dan Nam Joo-hyuk. Ia disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 27 April sehingga 16 Jun 2015 pada hari Isnin dan Selasa pukul 9:55 malam sebanyak 16 episod.[2][3]

Who Are You: School 2015
GenreRemaja
Sekolah
Misteri
Romantik
Ditulis olehKim Hyun-jung
Kim Min-jung
PengarahBaek Sang-hoon
Kim Sung-yoon
Dibintangi oleh
Kim So-hyun
Nam Joo-hyuk
Yook Sung-jae
PenggubahKang Dong-yoon
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJung Sung-hyo
Han Sung-ho
PenerbitLee Gun-joon
Yoon Jae-hyuk
PenyuntingChoi Joong-won
SinematografiOh Jae-sang
Lee Min-woong
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
School 2015 Culture Industry Co., Ltd.
FNC Entertainment[1]
Penyiaran
Saluran asalKBS2
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital 2.0
Siaran asal27 April 2015 (2015-04-27) – 16 Jun 2015 (2015-06-16)
Kronologi
Rancangan berkaitan
School (1999)
School 2 (1999)
School 3 (2000)
School 4 (2001)
School 2013 (2013)
Pautan luar
Laman sesawang

Pelakon sunting

Karakter utama sunting

  • Kim So-hyun sebagai Lee Eun-bi (Go Eun-bi) / Go Eun-byul
    • Kang Ji-woo sebagai Lee Eun-bi (Go Eun-bi) /Go Eun-byul (muda)

Go Eun-byul dan Lee Eun-bi merupakan kembar seiras. Lee Eun-bi membesar di rumah anak yatim (Love's House) manakala Go Eun-byul, kakak kembar Eun-bi tinggal bersama seorang wanita yang mengambilnya sebagai anak angkat. Eun-bi yang dibuli oleh Kang Soo-young di sekolahnya memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan tetapi diselamatkan oleh kakaknya. Malangnya, dia menderita amnesia setelah kejadian itu. Disebabkan rupa mereka yang sama, ibu angkat Eun-byul tersalah sangka Eun-bi sebagai Eun-byul. Maka, bermulalah kehidupan Lee Eun-bi sebagai Go Eun-byul di Sekang Highschool.

Dikatakan sebagai bermasalah dan bodoh oleh ayahnya sendiri, Gong Tae-kwang terkenal dengan gelaran ‘troublemaker’ di Sekang Highschool. Ponteng kelas dan terlibat dalam pergaduhan merupakan perkara biasa bagi dirinya. Ayahnya, Gong Jae-ho merupakan Pengarah Sekang Highschool dan ibunya, Song Hee-young merupakan seorang pelakon terkenal. Perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan sekelasnya kecuali Lee Eun-bi. Sosok dirinya sering dilihat sebagai pelajar bermasalah dan hanya mahu mencetuskan kekecohan, tetapi di sebalik semua itu tersembunyi kepedihan hidupnya yang tidak mempunyai teman setelah orang tuanya bercerai. Kehadiran Lee Eun-bi telah menceriakan hidupnya.

Dikenali sebagai atlet renang sekolah, Han Yi-an merupakan kawan baik Go Eun-byul selama 10 tahun. Dalam diam, dia menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu. Dalam rasa marah ketika mengetahui identiti sebenar Lee Eun-bi, dia masih mengambil berat tentang gadis itu dan hatinya mula beralih arah.

Karakter sokongan sunting

Kelas 2-3
  • Lee Pil-mo sebagai Kim Joon-seok
  • Lee David sebagai Park Min-joon
  • Kim Hee-jung sebagai Cha Song-joo
  • Lee Cho-hee sebagai Lee Shi-jin
  • Cho Soo-hyang sebagai Kang So-young
  • Park Doo-sik sebagai Kwon Ki-tae
  • Yooyoung sebagai Jo Hae-na
  • Jang In-sub sebagai Sung Yoon-jae
  • Kim Bo-ra sebagai Seo Young-eun
  • Kim Min-seok sebagai Min-Suk
  • Choi Hyo-eun sebagai Hyo-Eun
  • Lee Jin-gwon sebagai Jin-Kwon
  • Ji Ha-yun sebagai Ha-Yun
  • Park Ah-seong sebagai Ah-Seong
  • Seo Cho-won sebagai Cho-Won
  • Jo Byeong-gyu sebagai Byeong-gyu
  • Kwon Eun-soo sebagai Eun-soo
  • Oh Woo-jin sebagai Woo-jin
  • Jeong Ye-ji sebagai Ye-ji
  • Lee Seung-ho sebagai Seung-ho
  • Han Seong-yeon sebagai Seong-yeon
Fakulti Sekolah Tinggi Sekang
  • Lee Hee-do sebagai naib ketua guru
  • Shin Jung-geun sebagai dekan pelajar
  • Jung Soo-young sebagai Ahn Ju-ri
  • Lee Si-won sebagai Jung Min-young
  • Choi Dae-chul sebagai jurulatih renang
  • Kim Jin-yi sebagai guru kesihatan
Ibu-bapa
  • Jeon Mi-seon sebagai Song Mi-kyung (ibu angkat Eun-byul)
  • Jeon No-min sebagai Pengarah Gong Jae-ho (bapa Tae-kwang)
  • Jung In-gi sebagai Park Joon-hyung (bapa Min-joon)
  • Kim Jung-nan sebagai Shin Jung-min (ibu Min-joon)
  • Kim Se-ah sebagai Shin Yi-young (ibu Shi-jin)
  • Jo Deok-hyun sebagai Pendakwa Kang (bapa So-young)
  • Jung Jae-eun sebagai ibu So-young
  • Lee Dae-yeon sebagai Han Ki-choon (bapa Yi-ahn)
Lain-lain

Penampilan tetamu sunting

  • Lee Hyeon-gyeong sebagai guru Sekolah Tinggi Nuri (episod 1)
  • Lee Jae-in sebagai Ra-jin (episod 1,5,14)
  • Park Hwan-hee sebagai Kim Gyeong-jin (episod 1)
  • Shin Seung-jun & Lee Ho-geun sebagai juruhebah (episod 1)
  • Park Yeong-su sebagai pemilik noraebang (episod 2)
  • Kim Min-yeong sebagai Lee Su-mi (episod 1, 4-6)
  • Lee Jeong-eun sebagai ibu Seo Young-eun (episod 2-3)
  • Choi Su-rin sebagai Song Hee-young (ibu Tae-kwang; episod 4,12,14)
  • Yeom Gyeong-hwan (episod 6)
  • Kim Ga-young (Stellar) sebagai model pakaian seragam sekolah (episod 6)
  • Sam Hammington sebagai cikgu Bahasa Inggeris baru Sekolah Tinggi Sekang (episod 15)
  • Bae Soo-bin sebagai cikgu homeroom kelas 2-3 Sekolah Tinggi Sekang (episod 16)

Rujukan sunting

  1. ^ Choi, He-suk (19 Mac 2015). "FNC Entertainment's drama production drive continues". K-pop Herald. Dicapai pada 6 April 2015.
  2. ^ "'Who Are You' to deal with mysteries of youth". The Korea Times. Dicapai pada 22 Mei 2017.
  3. ^ Yoon, So-hee (6 April 2015). '후아유-학교2015' 남주혁·김소현·육성재 환상호흡의 대본리딩 현장 공개. TenAsia (dalam bahasa Korea).

Pautan luar sunting