Buka menu utama

Wikia (dahulu digelarkan Wikicities) merupakan sebuah perkhidmatan pengelolaan laman wiki yang dicipta oleh Jimmy Wales dan Angela Beesley pada tahun 2004. Ia ialah sebuah koleksi wiki yang dikelolakan oleh Wikia, Inc. dan ditujukan kepada pelbagai komuniti tanpa bayaran. Pendapatannya diperoleh daripada pengiklanan.

Wikia, Inc.
JenisPersendirian
Diasaskan2004
Ibu pejabatSan Mateo, Calif., A.S.
Perancang utamaJimmy Wales
Adlin
Angela Beesley
Pekerja35[1]
SloganCreating Communities
Laman webwww.wikia.com
Jenis laman webLadang wiki
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Status terkiniAktif
Logo Wikicities oleh Christoph Struber.
Logo asal Wikicities oleh Jason Richey.

Wikia membenarkan julat permintaan yang luas untuk memulakan projek komuniti yang baru. Selain daripada gagasan-gagasan yang mungkin bersaingan dengan projek-projek Wikimedia yang pengasas-pengasas Wikia sangat terlibat, kebanyakan projek dapat diluluskan. Wikia melarang beberapa jenis kandungan yang tertentu, termasuknya promosi untuk dadah, alkohol, tembakau dan perjudian. Untuk memperoleh kelulusan mencipta Wikia, bakal pengasas dikehendaki merumuskan kenyataan misi yang menentukan tujuan-tujuan projeknya. Wikia memerlukan kesemua kandungannya dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) ataupun di bawah lesen berbilang yang terdiri daripada lesen GFDL serta lesen kandungan bebas yang lain. Terdapatnya pertindanan antara Wikia dengan Wikipedia, dengan komuniti-komuniti Wikia terkait kepada rencana-rencana Wikipedia yang relevan dalam banyak kes.

Wikia menggunakan perisian MediaWiki dalam pelayan-pelayan Linux. Projek itu mengumumkan penciptaan wiki yang keseratus pada 3 Februari 2005. Pada Mac 2006, ia mempunyai melebihi 1,000 wiki dalam 35 bahasa yang berbeza-beza. Wikia membekalkan kedua-dua sokongan teknikal serta sokongan sosial bagi segala aspek untuk menguruskan sebuah komuniti wiki.

Pada 27 Mac 2006, selepas pertukaran namanya, Wikia mengumumkan bahawa ia telah menerima modal usaha niaga sebanyak AS$4 juta daripada segolongan pelabur.[2]

Wikiasari yang dikelolakan oleh Jimmy Wales merupakan percubaan untuk menciptakan enjin carian copyleft. Pada suatu masa, projek Wikiasari itu digelarkan "Wikia".

RujukanSunting

Pautan luarSunting