Wikipedia:Calon rencana pilihan/Jun 2022
Daerah Kecil Sadong Jaya ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya. Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sadong Jaya. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Asajaya. Daerah Kecil Sadong Jaya pernah dikenali sebagai "Pendam" dan daerah perikanan di negeri Sarawak.
Sebelum ini, ia terletak di bawah pentadbiran Daerah Simunjan, tetapi pada tahun 2002, ia berpisah dan bergbaung dengan Daerah Asajaya. Ekonomi utama penduduk setempatan ialah pertanian. Ia memiliki keluasan sebanyak 332.48 kilometer persegi (128.37 bt2) dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Terdapat 24 kampung atau rumah panjang di bawah Daerah Kecil Sadong Jaya. Geografinya terletak di Batang Sadong dan sentiasa terdedah kepada banjir seperti banjir kilat dan banjir monsun. Ia dihubungkan dengan pengangkutan darat seperti kemudahan jalan raya serta pengangkutan air seperti perkhidmatan feri. (Rencana penuh...)