Wikipedia:Calon rencana pilihan/September 2020

Yoko Ono
Yoko Ono

Yoko Ono Lennon (Jepun: 小野 洋子 Romaji: Ono Yōko, Katakana: オノ・ヨーコ; lahir 18 Februari 1933) adalah seorang ahli muzik, artis serba boleh, aktivis keamanan dan seniwati Jepun yang juga terkenal dengan hasil karyanya dalam seni persembahan, muzik dan pembikinan filem. Beliau adalah janda dan isteri kedua kepada vokalis kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon. Sebelum berkahwin dengan Lennon, Ono pernah berkahwin dengan Ichiyanagi Toshi antara tahun 1956-1963, dan Anthony Cox antara tahun 1963-1969. Pada 28 November 1962, Ono berkahwin dengan Anthony Cox, pemuzik jazz Amerika, penerbit filem, dan penggalak seni, yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan pembebasannya daripada institusi mental Jepun. Walau bagaimanapun, kerana Ono telah mengabaikan untuk menyelesaikan perceraian beliau dari Ichiyanagi, perkahwinan kedua beliau telah dibatalkan pada 1 Mac 1963. Selepas memuktamadkan perceraian itu, Cox dan Ono berkahwin semula pada 6 Jun 1963, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kyoko Chan Cox pada 8 Ogos 1963. Beliau dan Cox akhirnya bercerai pada 2 Februari 1969 dan kemudiannya, Ono dan Lennon berkahwin pada Mac 1969, berpisah pada tahun 1973 dan kembali semula ke pangkuan Lennon sehingga ke hari kematiannya pada 8 Disember 1980. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Sean Taro Ono Lennon pada 9 Oktober 1975. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: