Wikipedia:Hubungi kami/Derma

Hubungi kami

Soalan-soalan berkaitan derma

Bagaimana boleh saya derma?Sunting

Kamu boleh derma talian melalui kad kredit atau PayPal dengan mudah. Kami juga menerima derma melalui surat, transaksi bank, Moneybookers, dan pendermaan stok. Lihat wmf:Ways to Give/en untuk maklumat lanjut.

Adakah pihak Wikipedia menerima dalam Ringgit Malaysia??Sunting

Ya, pemprosesan bayaran telah dimasukkan dengan menyokong lebih banyak matawang termasuklah Ringgit Malaysia. Cubalah derma!

Bagaimanakah derma saya akan digunakan?Sunting

Dana derma digunakan banyaknya untuk mengaji kos staf dan teknologi. Lihat juga ke mana perginya duit saya.

Kenapa tidak anda sahaja yang letakkan iklan di laman web untuk mendapat dana?Sunting

Kami komited dengan idea bahawa maklumat percuma terhasil bila-bila masa dan di mana jua tanpa sebarang kekangan dan pengaruh daripada pengiklan. Menerima derma membolehkan kami berdikari untuk mencapai misi kami itu.

Kamu boleh baca lanjut lagi mengenai nilai-nilai Yayasan Wikimedia di wmf:Values. Perbahasan lanjut menentang pengiklanan di sini. Ini pula jawapan Wikimedia kepada soalan Kenapa Wikimedia tidak menggunakan medium iklan untuk mendapat dana?.

Derma saya ditolak atau tidak diprosesSunting

Sila emelkan ke donate@wikimedia.org bersama maklumat jumlah, tarikh, dan masa anda cuba menderma, dan apa-apa notifikasi mesej yang anda terima. Sila jangan hantar maklumat kad kredit melalu emel.

Derma saya diproses berkali-kaliSunting

Sila emelkan ke donate@wikimedia.org bersama maklumat jumlah, tarikh, dan masa anda cuba menderma, dan apa-apa notifikasi mesej yang anda terima. Sila jangan hantar maklumat kad kredi melalu emel.

Bolehkah saya dapatkan resit derma saya?Sunting

Satu resit emel dihantar secara automatik untuk semua derma talian dan ini bertindak sebagai resit derma anda itu. Satu resit dihantar untuk derma melalui surat melebihi $50, jika alamat pengirim disertakan. Mengenai semua derma, sila emel giving@wikimedia.org termasuklah maklumat untuk dihubungi dan tarikh, kaedah, dan jumlah derma anda.

Adakah derma saya mendapat pengurangan cukai?Sunting

Ya, jika di Amerika Syarikat. Jika anda tinggal di Kanada, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Itali, Poland, atau Switzerland, sila lihat wmf:deductibility of donations untuk maklumat lanjut. Malaysia masih belum lagi.

Masih tidak jumpa apa yang anda cari?Sunting

Jika soalan anda tidak terjawab di atas, sila lihat wmf:FAQ/en; jika soalan anda juga tiada di sana emelkan ke donate@wikimedia.org. Sila sertakan maklumat lengkap secukupnya. Diingatkan bahawa alamat emel tersebut hanya mengendalikan pertanyaan berkaitan derma. Soalan-soalan lain tidak akan dilayan sama sekali. Sila guna Meja bantuan untuk masalah tersebut.