Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2008

Penggunaan Aksara Bukan MelayuSunting

Apakah dasar wikipedia bahasa Melayu mengenai penggunaan aksara yang tidak terdapat di dalam Bahasa Melayu? Sebagai Contoh: Gerhard Schröder. Umlaut memang tiada di dalam abjad Melayu, tetapi adakah sesuai umlaut digunakan seratus peratus. Saya bimbang kelaziman sebegini seolah-olah "mencadangkan" abjad sedemikian wujud di dalam bahasa Melayu. Saya cuba baca laman dasar, namun tiada yang jelas. Penggunaannya agak berleluasa. Saya faham bahawa itu nama khas, tetapi abjad itu langsung tidak wujud di dalam Bahasa Melayu. Seperkara lagi, umlaut jelas boleh digantikan dengan ae, oe atau ue, tetapi bagaimana pula dengan tanda diakritik lain dan abjad-abjad tambahan seperti è dan é atau Æ dan Å. Saya kurang maklum apakah pula gantian yang sesuai. --Tikar aurum (bincang) 15:17, 13 September 2008 (UTC)

Kalau ejaan asal adalah dalam abjad Rumi, untuk nama khas, penggunaan huruf-huruf bukan Melayu seperti umlaut dsb. adalah dimaafkan. Untuk nama am pula, gunakan abjad bahasa Melayu sahaja.
Kalau ejaan dalam abjad selain Rumi (seperti abjad Arab dsb.), gunakan abjad bahasa Melayu sahaja (transliterasi ringan).
Saya telah utarakan hal ini dalam Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib Ogos 2008#Penggunaan aksara bukan Rumi.—Aviator, 15:40, 13 September 2008 (UTC)

Penggunaan aksara bukan Melayu tidak melibatkan percanggahan istilah bahasa Melayu sekalipun. Sebaliknya, ia hanya merujuk kepada konteks nama khas itu. Terpulanglah kepada kehendak komuniti. — Didie (bincang) 15:46, 13 September 2008 (UTC)

Setuju dengan Didie ..Che (bincang) 08:52, 23 September 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)

Istilah Wikipedian dalam bahasa melayu...Sunting

Saya rasa kita kena mencari istilah wikipedian....dalam bahasa Melayu...Sebarang cadangan adalah amat dialu-alukan ....Che (bincang) 14:21, 16 September 2008 (UTC)

  1. Wikipediawan (lelaki) dan Wikipediawati (perempuan)
Alasan : Saya tertarik dengan istilah itu memang sesuai dengan bahasa Melayu...walaupun ia telah digunapakai oleh Bahasa Indonesia tetapi pada saya ia sangat sesuai....Che (bincang) 14:23, 16 September 2008 (UTC)
Saya memang amat bersetuju dengan penggunaan istilah ini dari Mr che. Ini kerana istilah semasa yang digunakan ialah ahli wikipedia. Untuk peringkat berikutnya, bolehkah kita mulakan pengundian dengan segera selepas beberapa cadangan telah dibuat? — Imran Al-Sahih (pesanan) 14:46, 16 September 2008 (UTC)
Tak perlu kot! Setuju guna wikipediawan (lelaki), wikipediawati (perempuan) dan ahli wikipedia (semua orang). --Tikar aurum (bincang) 15:42, 16 September 2008 (UTC)

Ha!Tak best langsung bunyi...pergh...wikipedist lebih umum... PuteraLuqman Tunku Andre 15:55, 16 September 2008 (UTC)

Relaks, Andre. Wikipedist macam extremist saja. Cadangan yang diberikan adalah agak baik pada pendapat saya. - Pp.Mm.Cc. 18:11, 16 September 2008 (UTC)

Ahli Wikipedia lagi sesuai la klu cam2. PuteraLuqman Tunku Andre 09:25, 17 September 2008 (UTC)

Wikipedist. -ist tak menunjukkan bahasa melayu. saya lebih suka cara Mr che.--Kekacang (bincang) 13:44, 17 September 2008 (UTC)

Wikipedialism .... ~mengarut izzudin 14:33, 17 September 2008 (UTC)

Bahasa Melayu jarang sekali membezakan jantina: pelakon, penyanyi, ilmuwan, wartawan, ahli politik; semuanya neutral. Biar sajalah "ahli Wikipedia". ...Aurora... (bincang) 15:25, 17 September 2008 (UTC)

Setuju dengan Aurora - Polar 15:42, 17 September 2008 (UTC)
Siapa cakap jarang?: siswa - siswazah, seniman - seniwati... Tapi guna 'wikipediawan' untuk lelaki dan wanita tak salah kan? macam wartawan tak guna wartawati untuk merujuk perempuan. izzudin 15:50, 17 September 2008 (UTC)
Siswa - siswi, siswazah rasanya yg sudah mendapat ijazah.. :3 kurkur 18:33, 17 September 2008 (UTC)
Ooo... silap... ekekkeeeeee izzudin 09:15, 18 September 2008 (UTC)

Istilah rasmi ialah "ahli Wikipedia". Kalau nak guna "Wikipediawan" sebagai timangan, tak ada siapa nak menghalang.—Aviator, 17:00, 17 September 2008 (UTC)

Rasanya tujuan perbincangan ni, nak tukar istilah rasmi tu, bukan nak mintak kebenaran untuk guna istilah "tersebut". izzudin 09:17, 18 September 2008 (UTC)
Kalau nak tukar istilah, saya langsung tak setuju. Kalau sekadar nak istilah tambahan, terpulanglah. ...Aurora... (bincang) 15:32, 18 September 2008 (UTC)
Bagi saya ahli wikipedia (umum), wikipediawan (lelaki) dan wikipediawati (perempuan) ...boleh kita gunakan wikipediawan (secara umum tanpa perbezaan jantina)...ini menunjukkan jati diri atau identiti bahasa melayu itu sendiri (setuju dengan tikar aurum)..Che (bincang) 13:02, 19 September 2008 (UTC)
Apa kata jika kita membuat undian sama ada perlu menggunakan istilah wikipidian yang telah dibincangkan. Sama ada Wikipediawan (lelaki) dan Wikipediawati (perempuan) atau Wikipidian atau mana-mana cadangan lain. Cuma satu cadangan sahaja. ; ) Penulis (bincang) 17:37, 9 November 2008 (UTC)

Tak perlu! Lagipun hal ni dah 'sejuk' PuteraLuqman Tunku Andre 17:47, 9 November 2008 (UTC)

Basi lebih sesuai saya rasa. Apa-apa pun, kedua-duanya boleh digunakan, apabila merujuk kepada individu. Jika merujuk kepada keseluruhan ahli, sebaliknya gunakan Ahli Wikipedia. kurkur 23:11, 9 November 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)

AFA bahasa MelayuSunting

Setakat ini belum lagi ada AFA utk bahasa Melayu. Saya rasa kita perlu buat satu, khusus untuk digunakan di Wikipedia. kurkur 18:20, 23 September 2008 (UTC)

Ikut piawaian yang sedia ada. Untuk kata bahasa Melayu (atau kata asing yang lazim), gunakan panduan sebutan seperti dalam Kamus Dewan, iaitu huruf Rumi biasa dengan tambahan e untuk bunyi pepet dan é untuk bunyi taling. Contohnya, enak (énak) dan Braille (brél). Untuk kata asing yang ditulis dalam sistem tulisan bukan Rumi, jika terdapat sistem transliterasi yang piawai, gunakan sistem itu. Contohnya, WP:TAR boleh digunakan untuk bantuan sebutan Arab. Jika tiada, dan untuk kata asing yang ditulis dalam abjad Rumi (bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dll.), gunakan IPA.—Aviator, 22:41, 23 September 2008 (UTC)

AFA tu apa kurkur? Che (bincang) 08:56, 24 September 2008 (UTC)

Abjad Fonetik Antarabangsa. Saya setuju dengan Aviator. ...Aurora... (bincang) 15:54, 24 September 2008 (UTC)
Hmm, kalau kita mahu buat sendiri memang tidak boleh kerana kita bukan pakar, tapi saya rasa kita patut buat jadual untuk panduan bagi bahasa Melayu. Maksud saya AFA, bukan format DBP. Tambahan lagi, Wiktionary bukan setakat untuk orang Melayu atau orang yang sudah fasih berbicara di dalamnya, ia juga bagi mereka yang baru belajar atau buat kajian dsb, setakat gunakan e pepet dan taling saya rasa tidak mencukupi, ini kerana c dalam pelbagai bahasa mempunyai bunyi berbeza-beza tetapi huruf yang sama, begitu juga dengan y, j dan sebagainya. Saya sudah mencari di merata-rata google, tapi tidak ketemu jadual AFA untuk bahasa Melayu. Di Wiktionary pun digunakan AFA, tetapi mungkin digunakan AFA untuk Inggeris. Satu lagi, DBP yg tidak tetap pendirian telah letakkan singkatan AFA untuk Abjad Fonetik Antarabangsa, patut kita ikuti mereka atau gunakan saja IPA? kurkur 20:51, 24 September 2008 (UTC)
Tujuan IPA dibuat ialah bahasa-bahasa yang menggunakan abjad Rumi seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan sebagainya tidak mempunyai sistem ejaan yang tetap. Contohnya, oo dalam door tak sama dengan oo dalam room, ou dalam route tak sama dengan ou dalam router, dsb. Sebab itu satu sistem abjad yang tetap diperlukan untuk membantu penyebutan, iaitu IPA. Bahasa Melayu sudah mempunyai sistem ejaan yang tetap. Dalam perkataan yang panjang sekalipun, seperti mempertanggungjawabkan, pembaca boleh memecahkannya kepada bahagian-bahagian suku kata mem.per.tang.gung.ja.wab.kan tanpa sebarang kesulitan. Bantuan penyebutan memang tidak diperlukan, kecuali huruf é untuk membezakan bunyi pepet dan bunyi taling.—Aviator, 23:57, 24 September 2008 (UTC)
Setahu saya, IPA/AFA tidak dibuat kerana ejaan, sebaliknya kerana sebutan. Banyak sebutan (atau bunyi) yang tiada di dalam b. Inggeris, tetapi wujud di dalam b. perancis, dan sebaliknya. Selepas satu sistem yang menggabungkan fonem dalam kedua-dua bahasa berjaya dibuat, timbul pula keperluan untuk menandakan sebutan (bunyi) yang wujud dalam pelbagai bahasa lain. Lebih-lebih lagi apabila perkataan dari bahasa-bahasa lain dipinjam dan diserap ke dalam bahasa Inggeris tanpa menyadurnya. Sebenarnya ada buku yang tentang AFA untuk b. Melayu. Untuk yang terkini, saya cadangkan buku: Fonetik dan Fonologi. Pautan ini langsung ke Google Books yang menyediakan pratonton beberapa laman dalam buku tersebut. --Tikar aurum (bincang) 02:15, 25 September 2008 (UTC)
IPA bukan setakat untuk bahasa Eropah, setahu saya ia untuk semua bahasa pertuturan dan ia adalah piawai. IPA juga boleh digunakan untuk membezakan sebutan baku dan juga sebutan biasa. Sebagai contoh, 'saya', sebutan bakunya ialah /saːjaː/ manakala di SM /saːjə/ dan 'bakar', sebutan bakunnya adalah /baːkar/ manakala di SM /baːkɑː/ (dengan bunyi /r/ disenyapkan dan /a/ tenggelam sedikit). Tambahan lagi, Wikipedia dan Wiktionary mungkin turut menjadi rujukan orang-orang luar daripada Asia Tenggara, sama ada pelajar mahupun pengajar bagi bahasa Melayu. Jadi tanpa bantuan sebutan, bukankah ini akan mengelirukan mereka? Lagi satu, bahasa Melayu mempunyai 'ny' dan 'ng' yang agak susah bagi mereka yang bukan petutur asal menyebutnya atau mengetahui cara sebenar ia disebut sekiranya ianya diletakkan bukan dipenghujung kata. Contoh "bertanya", bagi kita, ianya senang disebutkan dan kita tidak perlukan bantuan apapun, tapi bagi mereka yang tidak fasih mereka sering kali menyebutnya dgn salah contohnya "ber-tan-ya". kurkur 02:22, 25 September 2008 (UTC)
*SUNTING* Apa yang dikatakan Tikar tepat sekali. Terima kasih juga kerana menemui buku tersebut (belum baca lagi). Jadi, apa keputusan saudara sekalian?
Terima kasih kerana pembetulan dan pautan yang diberikan. Apapun, penerangan mengenai fonologi bahasa Melayu boleh diletakkan dalam rencana Bahasa Melayu atau rencana khusus.—Aviator, 02:26, 25 September 2008 (UTC)
Bukankah membuat laman bantuan baginya lebih memudahkan pengguna? kurkur 03:18, 25 September 2008 (UTC)
Pengguna mana yang tak pandai membaca tulisan bahasa Melayu? Pengguna darjah satu? Saya tak faham apa matlamat saudara sebenarnya.—Aviator, 03:26, 25 September 2008 (UTC)
Hmm, mereka yang menggunakan sebutan yang salah? Matlamat saya, mengutamakan sebutan baku berbanding bukan baku. Tetapi memandangkan bahasa ini mungkin tidak cukup popular, kerja2 itu mungkin percuma ya? Kalau tiada yang setuju, maka biarlah. kurkur 03:42, 25 September 2008 (UTC)
Saya setuju dengan kurkur...memang sepatutnya kena ada sebutan baku...kerana ini merupakan artikel wikipedia yang mementingkan bahasa Melayu secara rasmi...dan juga ianya perlu bagi orang yang bukan berbahasa Melayu tetapi ingin berbahasa Melayu...saya pernah mengajar orang Uzbekistan bertutur dalam bahasa Melayu semasa saya pelajar dahulu...dan saya dapati fonetik membolehkan mereka belajar dalam masa tiga bulan sahaja...!Che (bincang) 07:32, 25 September 2008 (UTC)

Sebuah ensiklopedia tidak perlu mengajar pembacanya tentang sebutan. Jangan anggap semua pembaca adalah dungu, nanti orang dungu sahaja yang akan menjadi pembaca. Benda-benda alah seperti fonologi boleh diterangkan dalam rencana khusus (dalam Bahasa Melayu#Sistem fonologi kan sudah ada).

Sistem ejaan bahasa Melayu adalah berdasarkan sebutan. Tak seperti bahasa Inggeris, yang mana ejaan tidak melambangkan sebutan. Inilah keistimewaan sistem ejaan bahasa Melayu: kanak-kanak kecil yang hanya pandai mengeja sudah cukup berkebolehan untuk membaca senaskah surat khabar.

Kamus Dewan tidak menggunakan IPA kerana abjad Rumi sahaja sudah memadai untuk panduan penyebutan. Begitu juga bahasa Arab, saya tak pernah jumpa mana-mana kamus atau makalah yang menggunakan IPA, sebaliknya mereka mereka menggunakan sistem fonologi unik yang dikenali sebagai Makhraj dan Sifat. Bahasa Jepun macam itu juga. Saya tak nampak orang Jepun menggunakan IPA untuk bantuan penyebutan Kanji. Sebaliknya, mereka menggunakan sistem Kana.

Kenapa perlu guna IPA? Abjad Rumi tulen (dengan tambahan é) sudah memadai. Kalau terdapat ambiguiti, pisahkan setiap suku kata dengan noktah: mem.per.tang.gung.ja.wab.kan. Saya lihat IPA yang lebih menyulitkan: məmpərtaŋguŋdʒawabkan.

Saya buktikan di bawah bahawa hubungan antara abjad Rumi dalam sistem ejaan bahasa Melayu dan IPA adalah sebenarnya one-to-one. Jadual ini boleh diletakkan dalam laman khusus seperti WpEn buat di en:Wikipedia:IPA for English. Orang Uzbekistan (atau orang lain, tak kira bangsa) bolehlah merujuk jadual ini supaya tak pening kepala:

Abjad Rumi IPA
a a
b b
c
d d
e ə
f f
g g
h h
i i
j
k k
l l
m m
n n
o o
p p
q q
r r
s s
t t
u u
v v
w w
x ks
y j
z z
é ɛ
gh ɣ
kh x
ng ŋ
ny ɲ
sy ʃ

Kalau dah one-to-one, maknanya tak payahlah pakai IPA sebab tak ada makna juga. Sama sahaja. 2 x 5, 5 x 2.

Tak. Saya tidak menolak IPA sepenuhnya. Sebaliknya, nasihat dari saya: kalau nak guna IPA, biarlah kena pada tempatnya. Untuk perkataan bahasa Melayu, gunakan sistem yang sedia ada. Untuk perkataan asing pula, gunakan IPA berdasarkan kesesuaian.—Aviator, 23:02, 8 Oktober 2008 (UTC) Pada saya, IPA penting tapi lebih penting kalau kita sempurnakan artikel dulu..itu pringkat ketiga..bermakna letak IPA pada peringkat akhir penyuntingan artikel.Che (bincang) 06:58, 9 Oktober 2008 (UTC)

Kana bukan untuk pengguna antara bangsa, IPA adalah untuk pengguna antara bangsa bukan tempatan, sebab itu ianya diwujudkan. Penoktahan dan IPA adalah dua benda berbeza. Penoktahan lebih kepada suku kata mankala IPA adalah dari segi sebutan. Jadi mahu samakan huruf rumi dengan IPA rasanya tidak boleh, kerana huruf rumi cuma huruf, manakala IPA adalah sebutan, dengung, dll. Namun untuk datang dengan jadual IPA sendiri memerlukan pengetahuan atau kepakaran dalam bidang fonetik. Jadi setakat ini seboleh-bolehnya, kita sediakan jadual IPA yang penuh untuk rujukan. IPA diperlukan bagi rencana berkaitan loghat daerah, cuma menggunakan huruf rumi sahaja tidak cukup kerana ia tidak menyokong cara sesuatu kata atau suku kata disebut (glotal, nasal dsb.). Saya sendiri tidak pasti dengan sebutan 'loghat' kerana tiada bantuan IPA, saya menyebutnya 'loghat' yakni bulat mengikut ejaan, manakala orang lain menyebutnya dengan cara berbeza, dan sebutan piawainya tidak diketahui. Lagi contoh, kata 'Iya', orang Indo menyebutnya /iya/ manakala orang Sabah menyebutnya /iyɑ/ dengan /a/ yang lebih tenggelam. Saya harap saudara Aviator telah dapat melihat kepentingan IPA melalui ini. kurkur 18:31, 16 Oktober 2008 (UTC)
Saya tak menafikan kepentingan IPA. Bahasa Melayu mempunyai banyak loghat daerah, dan sememangnya IPA paling sesuai untuk membantu pembaca mempelajari loghat-loghat ini.—Aviator, 20:50, 16 Oktober 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)

Pembentukan dasar-dasar baruSunting

Dalam dua tiga hari ini terdapat beberapa isu yang berlaku di Wikipedia dan harus diselesaikan dengan pembentukan dasar-dasar baru.

Dasar mengenai bahagian kritikan/kontroversi
Terbuka kepada input daripada orang ramai. Sedikit rangka daripada saya:
  • Bahagian 'kontroversi' haruslah diletakkan di bawah sekali, namun begitu, jika boleh diulas dengan panjang lebar, boleh dijadikan rencana berasingan.
  • Fakta mesti sahih. Sumber rujukan adalah wajib.
Dasar mengenai penghapusan laman
Terdapat beberapa penyelia yang bersikap deletionist (saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, dan saya rasa, saya pun termasuk dalam golongan itu) dan suka menghapuskan laman tanpa bicara. Secara peribadi, saya percaya bahawa setiap penyelia melakukan tugas masing-masing dengan baik. Kalau ada penyelia lain yang berasa tidak selesa dengan perbuatan itu, dia boleh sahaja mengundurkannya semula. Namun begitu, untuk mengelakkan salah faham, saya mohon dasar menghapuskan laman disemak semula dan dikemaskinikan, dengan cadangan-cadangan berikut daripada saya:
  • Menyediakan kriteria-kriteria untuk 'penghapusan tanpa bicara'. WpEn mempunyai dasar yang sama yang dipanggil speedy deletion.
  • Untuk laman-laman yang lain, mengemaskinikan semula sistem 'perbicaraan' dan pengundian.
Dasar mengenai etika pengguna
Saya rasa semua orang sudah tahu macam-mana nak jaga perangai dalam perbincangan Internet secara umum. Namun begitu, saya lihat akhir-akhir ini terdapat 'ketidaksopanan' yang berleluasa, maka saya mohon dibuat juga dasar etika. Sedikit input daripada saya:
  • Penyalahgunaan CAPS LOCK dan tanda seru!!!
  • Larangan menggunakan loghat daerah dan bahasa rojak
  • Larangan menggunakan singkatan 'chatting'
  • Protokol dan laras bahasa yang betul seperti penggunaan aku/saya, kau/anda...
  • Sekali-sekala, bergurau dan berseloroh adalah tidak mengapa, akan tetapi haruslah dilakukan dengan bijaksana dan berbudi bahasa.
  • Pengguna yang tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik boleh mengulangi tulisannya dalam bahasa Inggeris.
  • Pengguna yang tidak beretika tidak perlu disekat. Sebaliknya, dia wajar dinasihati dan, jika masih tidak mematuhi etika, dipulaukan.
Dasar mengenai penapisan
Saya perhatikan terdapat beberapa rencana yang mengandungi gambar-gambar 18+. Walaupun WpEn mengamalkan dasar no censorship, saya fikir kita tak harus mengikuti mereka kerana, pada pendapat saya, gambar-gambar ini mendatangkan *lebih banyak keburukan berbanding kebaikan* dan *melambangkan ketidaksopanan penutur bahasa Melayu*. Sebaliknya, untuk mengekalkan kandungan ilmiah, kita harus menggantikan gambar-gambar ini dengan lukisan sahaja (gambar rajah).

Itu saja! Input daripada anda semua dialu-alukan.—Aviator, 04:40, 16 Oktober 2008 (UTC)

Pendapat saya:

  1. Bahagian kritikan/kontroversi: Setuju.
  2. Penghapusan laman: Kalau boleh tak nak terlalu tegar, terlalu banyak peraturan atau terlalu banyak birokrasi.
  3. Etika pengguna: Wikipedia:Etiket (en:Wikipedia:Etiquette) masih kosong. Sesiapa yg rajin, tolong.
  4. Penapisan: Saya tidak membantah. Lihat juga perbincangan lama. ...Aurora... (bincang) 15:50, 16 Oktober 2008 (UTC)

Saya bersetuju dengan semua cadangan di atas. Ulasan, pada bahagian pemadaman, lihat Menghapuskan laman. Saya cadangkan penyelia tidak boleh memadam laman yang mempunyai isi, tetapi meletakkan tag {{padam}} dan akan dipadamkan oleh penyelia kedua. Ini memberi check and balance dan peer review proses. Satu lagi, boleh cepatkan bahagian penapisan. Saya tidak menggalakkan ia dibuang terus, tetapi gambar tidak dipapar, hanya pautan diberikan bagi yang masih mahu mencapainya. Yosri (bincang) 11:33, 23 Oktober 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)

Penilaian rencana filemSunting

Saya ingin tahu apa kriteria penilaian filem, dan cara ia dinilai. Adakah penilaian menurut subjektif atau objektif. Saya cadangkan penilaian dilakukan secara objektif menurut kriteria berikut :-

  • Rendah - Hanya mempunyai maklumat mengenai judul, tahun.
  • Serdahana - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik.
  • Biasa - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot.
  • Baik - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot dan pencapaian.
  • Amat Baik - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot, pencapaian, dan maklumat tambahan lain yang difikirkan berguna. Yosri (bincang) 10:27, 2 November 2008 (UTC)
sila lihat Wikipedia:WikiProjek Filem/Penilaian. Bincangkan juga di sana. niduzzi 10:35, 2 November 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)

Pautan luar atau Pantauan luarSunting

Yang manakah merupakan istilah yang betul? Perkataan pautan tidak berkaitan langusung dengan rujukan luar tetapi istilah ini digunakan dengan meluas. Diagramma Della Verita (bincang) 02:43, 19 November 2008 (UTC)

Dalam bahasa Inggeris ialah external links, bukan pantauan atau rujukan luar, tapi pautan luar. ^_^ 06:15, 19 November 2008 (UTC)
Perkataan pautan tidak berkaitan langsung dengan istilah external links. Kata dasar pautan ialah paut (berpaut). Tetapi istilah ini diterjemahkan dan tidak bermaksud rujukan luar pangkalan data WP. Diagramma Della Verita (bincang) 11:15, 19 November 2008 (UTC)
Kata dasar pautan ialah paut (berpaut), merujuk kepada pautan (link) yang keluar dari Wikipedia kepada laman lain. Satu lagi, ada ke perkataan Pantauan? Pemantauan, memantau, dipantau saya tahu ada. Lagipun pemantauan bererti secara berterusan, tidak sesuai bagi kegunaan itu. Yosri (bincang) 11:36, 19 November 2008 (UTC)
Saya telah pun menghubungi pihak DBP sebelum kes ini timbul. Pihak DBP menyatakan istilah laman web, pautan luar dan laman sesawang adalah dibenarkan dan merupakan sebahagian Bahasa Melayu. Mereka turut berpendapat, kita sepatutnya lebih menggunakan perkataan 'laman sesawang' daripada 'laman web' walaupun kedua-duanya Bahasa Melayu. Sekian. PuteraLuqman Tunku Andre 16:03, 19 November 2008 (UTC)

Topik ini telah ditutup. ...Aurora... (bincang) 15:21, 24 November 2008 (UTC)