Wikipedia:Lencongan
Laman ini mendokumenkan panduan penyuntingan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendak diikuti oleh para penyunting, namun ia terbaik diambil dengan munasabah, dan perkecualian sekali-sekala mungkin terpakai. Perubahan yang dibuat kepadanya hendak menunjukkan sepersetujuan. Apabila teragu, bincangkan dahulu di laman perbincangan. |
Mesej laman ini secara ringkas: Lencongan membantu pandu arah dan carian dengan membolehkan sesebuah halaman dicapai dengan tajuk-tajuk lain. |
Lencongan ialah laman yang tiada kandungan dengan sendirinya, tetapi menghantar pembaca ke rencana yang lain, bahagian rencana, atau halaman, dari tajuk yang lain. Cth. jika "UK" ditaipkan dalam ruangan cari, atau pautan wiki UK diikuti, anda akan dibawa ke United Kingdom, dengan catatan "(Dilencongkan dari UK)" di bahagian atas rencana. Ini adalah kerana halaman UK mengandungi teks wiki #LENCONG [[United Kingdom]], yang menetapkannya sebagai laman lencongan yang menyatakan rencana yang disasarkan. Untuk melencong ke bahagian tertentu dalam laman sasaran, gunakan sintaks #LENCONG [[Tajuk halaman#Tajuk bahagian]].
Halaman ini merupakan panduan penggunaan lencongan secara betul di Wikipedia.
Tujuan lencongan
suntingAntara sebab-sebab mencipta dan menyimpan laman lencongan:
- Nama alternatif (cth. Asmawi Ani melencong ke Mawi).
- Nama yang serupa maknanya (cth. Simbiot melencong ke Simbiosis).
- Kata sifat ke bentuk kata nama (cth. Demokratik melencong ke Demokrasi).
- Bentuk nama yang kurang spesifik dan dikaitkan dengan satu tokoh (topik utama). Contoh: Hitler melencong ke Adolf Hitler, manakala Johnson merupakan laman nyahkekaburan kerana tiada orang bernama Johnson yang menjadi topik utama untuk nama itu.
- Bentuk nama yang agak spesifik (cth., Republik Indonesia melencong ke Indonesia).
- Singkatan (cth. MRSM melencong ke Maktab Rendah Sains MARA). Untuk singkatan yang lebih daripada satu ertinya, laman nyahkekaburan harus diwujudkan, misalnya CCTV yang merangkumi Televisyen litar tertutup atau Televisyen Pusat China.
- Kelainan ejaan atau tanda baca (cth. Al-Jazeera melencong ke Al Jazeera).
- Masalah tanda baca - tajuk yang mempunyai sengkang panjang harus ada laman lencongan yang memakai sempang pendek.
- Penggunaan aksara asas ASCII untuk mencari tajuk yang menggunaan aksara khas. Contoh: Lech Walesa melencong ke Lech Wałęsa.
- Kemungkinan salah eja (cth. Mahathir bin Mohamed melencong ke Mahathir bin Mohamad).
- Kelainan penggunaan huruf besar (cth. Natural Selection melencong ke Natural selection). Ini tidak perlu untuk carian kata, tetapi boleh membantu pemautan dari rencana lain dan laman luar.
- Sub-topik atau topik lain yang diperikan atau disenaraikan dalam rencana yang lebih luas. (Lencongan sebegini sering disasarkan kepada bahagian tertentu rencana.)
- Lencongan ke laman nyahkekaburan yang tiada perkataan "(nyahkekaburan)" dalam tajuknya (cth. Amerika (nyahkekaburan) melencong ke Amerika). Ini membantu penyelenggaraan Wikipedia dengan membolehkan pautan ke laman nyahkekaburan dibezakan dengan pautan yang perlu dinyahkekaburkan.
- Jalan pintas (cth. WP:V melencong ke Wikipedia:Pengesahan). Ini banyak terdapat untuk ruangan projek, bukan ruangan rencana.
Ingat, lencongan ke projek Wikimedia lain, tapak sesawang lain, atau halaman khas tidak berfungsi dengan sintaks yang diberikan di atas. Sebaliknya, gunakan templat {{lensop}}. Lencongan sopan juga digunakan dalam ruangan kategori (dengan templat {{pengalihan kategori}}).
Bilakah perlu menghapuskan lencongan?
suntingUntuk menghapuskan pelencongan tanpa melencongkan ke laman lain, perkara ini perlu dibincangkan terlebih dahulu di Kedai Kopi dalam ruangan cadangan.
Sebab perlu dihapuskan
sunting- Jika pelencongan rosak, bermakna ia melencongkan kepada dirinya atau rencana yang tidak wujud, ia boleh dipadam serta-merta di bawah kriteria penghapusan segera G8, tetapi anda perlu menyemak bahawa tidak ada tempat alternatif ia mungkin sesuai dilencongkan dahulu.
Sebab tidak perlu dihapuskan
suntingTetapi elak menghapuskan jika pelencongan itu:
- Mempunyai sejarah halaman yang berguna, atau sejarah suntingan yang perlu disimpan untuk mematuhi syarat-syarat pelesenan bagi gabungan (lihat Wikipedia:Gabungan dan memadam). Sebaliknya, jika pelencongan telah dicipta oleh penamaan semula halaman dengan nama itu, dan sejarah halaman yang hanya menyebut penamaan semula, dan untuk salah satu daripada sebab-sebab di atas anda mahu memadam halaman, menyalin Sejarah halaman untuk halaman Perbincangan di rencana itu dilencongkan. Perbuatan penamaan semula adalah sejarah halaman berguna, dan lebih-lebih lagi jika terdapat perbincangan pada nama halaman.
- Membantu dalam pautan tidak disengajakan. Dalam erti kata lain, melencongkan tanpa pautan masuk adalah bukan calon-calon untuk penghapusan atas alasan kerana ia memberi manfaat kepada pengguna yang melayari. Beberapa kewaspadaan tambahan dengan editor akan diperlukan untuk mengurangkan berlakunya salah ejaan yang kerap dalam teks artikel kerana salah ejaan linkified tidak akan muncul sebagai pautan rosak.