Wikipedia:WikiProjek Jawi/Panduan-perisian

Bagaimana sesuatu aksara dipaparkan pada skrin komputer anda bergantung kepada fon yang terdapat di dalam mesin itu. Jika tiada fon buat sesuatu set aksara, maka aksara itu akan dipaparkan sebagai kotak atau glif yang tidak membawa makna.

Kebanyakan komputer mengandungi fon (yang datang dengan sistem operasi (operating system, OS) komputer seperti Windows, Mac OS X dan Linux) untuk memaparkan aksara bahasa Arab dan dapat memaparkan aksara Arab dengan betul bukan sahaja dalam pelayar web, akan tetapi juga dalam perisian seperti pemproses kata, fail PDF, dan sebagainya. . Juga, terdapat banyak fon tambahan yang terdapat di laman-laman web. Fon-fon ini dapat dimuat turun (ada yang percuma) dan dipasang pada komputer.

Oleh sebab abjad yang digunakan untuk tulisan jawi berasal daripada abjad bahasa Arab kebanyakan aksara jawi dapat dipaparkan dalam komputer yang mengandungi fon Arab. Namun, jawi mengandungi beberapa aksara tambahan seperti چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ yang tidak terdapat dalam abjad Arab.

Ini menimbulkan masalah namun terdapat usaha untuk mewujudkan fon untuk jawi dan juga untuk menetapkan piawai untuk papan kekunci jawi. Mengikut jawiware.org, usaha-usaha ini sedang dijalankan oleh organisasi-organisasi di Malaysia seperti SIRIM, UKM, UITM, UM, UTM, DBP, dan JAKIM.[1]

Memasang fon sunting

Anda dapat melihat, memuat turun dan memasang fon jawi (mesin Windows sahaja) daripada laman jawiware.org

Jika anda menggunakan Linux atau Mac OSX, nasib anda kurang baik dan anda kena pasang fon sama ada menggunakan 'wine' (Linux) atau buat fon anda sendiri. Majalah Wired ada tutorial tentang cara membuat fon] sendiri.

Pemetaan papan kekunci sunting

Papan kekunci boleh diubah (melalui locale) OS masing-masing untuk bersaling tukar dengan pemetaan (tataletak) biasa (lazimnya 'us') dengan pemetaan Arab ('ar' atau 'ara').

Jawiware.org ada menyediakan perisian (Windows, percuma) untuk menukar pemetaan papan kekunci kepada jawi.

 

Satu varian pemetaan 'ar' adalah varian 'Buckwalter'. Varian ini berguna kerana ia lebih intuitif dan tidak mengikut pemetaan lazim untuk papan kekunci Arab seperti yang terpapar dalam gambar di atas. Misalnya, selepas menukar pemetaan, kekunci biasa untuk 'a' akan menghasilkan 'ش' dan 'f' akan menghasilkan 'ب'. Ini kurang intuitif dan pengguna terpaksa mempelajari tataletak baru atau menampalkan tanda huruf Arab/jawi pada papan kekunci. Dengan pemetaan Buckwalter, kekunci 'a' akan menghasilkan 'ا', 'b' 'ب', 'n' 'ن', 'k' 'ك', dan sebagainya.

Rujukan sunting

  1. ^ Laman jawiware.org menyediakan perincian tentang penggunaan jawi dengan komputer