Wikipedia:WikiProjek Jawi

Selamat datang ke laman WikiProjek Jawi Wikipedia Bahasa Melayu.

WikiProjek Jawi merupakan tempat bagi mengkoordinasi usaha mewujudkan tulisan jawi di Wikipedia.

سلامت داتڠ کلامن ويکيڤروجيک جاوي ويکيڤيديا بهاس ملايو.

ويکيڤروجيک جاوي مروڤاکن تمڤت باݢي مڠکوءورديناسي اوسها موجودکن توليسن جاوي دويکيڤيديا.


data. --> </no


Tujuan sunting

Jawi ialah abjad yang digunakan sebagai wahana penyampaian pemikiran penutur Bahasa Melayu semenjak berkurun-kurun lamanya sebelum ia diganti dengan abjad rumi. Walau bagaimanapun, jawi bukan seperti abjad lain yang sudah luput, malah ia sentiasa segar dan sedang diketengahkan kembali sebagai abjad bahasa Melayu, khususnya di Malaysia. Justeru, difikirkan:

  • Tulisan jawi perlu terdapat secara meluas dalam media baharu
  • Wikipedia Bahasa Melayu ialah wadah yang amat sesuai bagi mewujudkan kehadiran jawi di dalam alam maya
  • Satu kesan sampingan kehadiran tulisan jawi ialah orang yang ingin belajar jawi, di seluruh dunia, dapat dibantu

Apa yang telah dilakukan sunting

Beberapa Wikipedia bahasa lain telah melaksakan sistem yang membolehkan paparan sesuatu rencana ditukar dari satu abjad ke abjad yang lain. Contoh yang amat baik ialah Wikipedia Bahasa Kazakh.

Beberapa pengguna berminat untuk mewujudkan kehadiran tulisan jawi di Wikipedia BM. Kehadiran tulisan boleh mengambil dua bentuk: dalam rencana itu sendiri (dengan menggunakan aksara jawi) ataupun dalam paparan pelayar sesawang.

Pengguna Kurniasan telah melaksanakan satu atur cara yang membolehkan para pelawat untuk memilih paparan dalam tulisan jawi apabila membaca rencana.

Pengaturcaraan jawi sunting

Bahagian ini memerikan kod pengaturcaraan jawi yang boleh digunakan bagi menukar paparan di port pandang pengguna daripada rumi ke jawi di Wikipedia BM.

Kod Kurniasan terdapat dalam dua bahagian: satu bahagian bekerja "di belakang tabir" bagu membolehkan paparan jawi, dan satu lagi mengandungi kamus pasangan perkataan rumi-jawi. Kod pengendali befungsi dengan baik, akan tetapi kamus, seperti kamus mana-mana pun, masih perlu dikembangkan.

Cuba kod sunting

Anda boleh mencuba kod ini dengan melayari laman kod pengendali dan kamus asal.

Perhatian:

  1. Baca penerangan di kedua-dua laman dengan teliti
  2. Baca juga ulasan (ayat yang didahului aksara "#" atau di antara "/*" dan "*/") yang terdapat di kedua-dua laman tersebut
  3. Kod yang terdapat membolehkan anda mengguna kamus sendiri tanpa menggunakan kamus asal
  4. Buat perubahan di "vector.js" anda. Bahagian ini didapati di 'Keutamaan' --> 'Penampilan' --> 'Vector' --> 'JS tempahan' di laman pengguna anda
  5. Anda sepatutnya memiliki laman ini di ruang pengguna anda:
    Pengguna:nama-anda/kamusrumikpdjawi.js
  6. Anda akan dapat melihat tab tambahan di bar navigasi anda apabila kod dipasang dengan betul di "skin" vector anda (lihat langkah 4)
  7. Penampilan mungkin mengambil sedikit masa untuk muncul pada kali pertama anda menggunakan kod
  8. Jangan lupa menyingkir cache pelayar selepas mengenakan kod

Kemajuan mutakhir sunting

Tampilan:

Paparan dalam pelayar
Rumi Jawi
   

Tab "Papar dalam Jawi" dapat dilihat selain daripada aksara jawi.

Paparan tanpa lembaran gaya latar
Jawi
 

Bagaimana anda boleh membantu sunting

Anda boleh membantu projek ini dengan:

  • mencuba dan menguji kod
  • mengembangkan kamus rumi–jawi
  • menyumbangkan idea kepada projek ini
  • menghebahkan projek ini kepada pengguna lain

Kamus tambahan sunting

Lihat Kamus

Panduan untuk menambah korpus sunting

Lihat Panduan

Daftar sunting

Sila turunkan tanda tangan anda (~~~~) sekiranya anda minat menyumbang ataupun hanya mengguna perisian ini.

Ulasan sunting

Bahagian ini telah dipindahkan ke laman Perbincangan

Pautan kepada sejarah suntingan bahagian ini: sejarah suntingan.