Apitan memper-...-kan hanya digunakan untuk kata kerja (kenal, dengar, dll.) manakala awalan memper- hanya digunakan untuk kata sifat/adjektif (besar, kecil, dll.)[1]
Bahasa Melayu bukannya bahasa lewah. Lewah bermakna berulang kali (repetitive).
Jamak: Misalnya dalam bahasa Inggeris, many students, kedua-dua perkataan itu menunjukkan sifat jamak (plural). Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang menerima lewah. Maka dalam bahasa Melayu, para pelajar-pelajar tidak dianggap gramatis dalam bahasa Melayu. Perkataan yang memiliki sifat jamak seperti senarai, para, ramai, semua, banyak.
Perkataan ini bersifat jamak dan tidak boleh digandakan. (Penghuni, penduduk, kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan, rakyat, gigi
Perkataan 'semua boleh digandingkan dengan kata tunggal sahaja dan bukannya kata ganda walaupun kata tunggal itu bersifat jamak. (Betul=Semua penduduk, Salah=semua pelajar-pelajar).