Huguan Siou

ketua agung Kadazandusun

Huguan Siou (perkataan bahasa Kadazandusun bermaksud "pemimpin berani") ialah ketua agung masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah, Malaysia Borneo. Kuasa dan tanggungjawab untuk menganugerahkan gelaran ini terletak kepada Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Gelaran ini boleh dibiarkan kosong jika tiada yang layak menerima gelaran ini kerana ia sangat dihormati dan dianggap hampir suci.[1] Majlis rasmi pertabalan Huguan Siou dijalankan di Dewan Siga di Kampung Tuavon, Penampang.[2]

Huguan Siou

Jawatan ini kini disandang oleh Joseph Pairin Kitingan, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sejak tahun 1984.

Sejarah sunting

 
Bobohizan, salah satu daripada empat institusi penting Kadazandusun.

Huguan Siou atau Huguan Tosiouo bermaksud pemimpin berani dengan kehandalan ghaib.[3] Gelaran ini asalnya diberikan kepada individu yang diiktiraf sebagai ketua kampung, daerah atau kelompok masyarakat tradisional. Gelaran ini telah dimansuhkan dan dihapuskan sepenuhnya peranannya pada tahun 1917 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British semasa Sabah di bawah pemerintahan syarikat tersebut. Huguan Siou tradisional yang pertama dipercayai pahlawan Kadazandusun yang memiliki kuasa luar biasa dan berasal dari Kampung Gunsing, Penampang.[4] Gelaran ini diwujudkan menjelang kemerdekaan Sabah bagi tujuan perpaduan dan politik. Mendiang Aki Michael Milip Mogudam, seorang tua masyarakat ini telah menyuarakan penubuhan semula institusi Huguan Siou dan mencalonkan Donald Stephens untuk memegangnya pada tahun 1959 di suatu mesyuarat bulanan Persatuan Kadazan, Penampang.[5]

Peranan sunting

 
Huguan Siou di Perayaan Kaamatan 2014.

Fungsi utama Huguan Siou asalnya adalah untuk melindungi kampung dan memimpini pertempuran kerana dianggap kebal.[6] Biasanya gelaran Huguan Siou berkait rapat dengan kerohanian dan kepercayaan kaum Kadazandusun terhadap seorang pemimpin yang boleh menjaga kaum mereka.[7] Huguan Siou diiktiraf rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah dan layak menerima gaji, elaun, faedah dan sebagainya. Peranan jawatan ini diwujudkan di bawah undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan diberi kuasa untuk memaafkan pesalah adat yang dihadapkan di Mahkamah Anak Negeri Rayuan.[8] Huguan Siou kebiasaannya melancarkan dan menutupkan perayaan Kaamatan peringkat kebangsaan.[9]

Senarai Huguan Siou sunting

Fuad Stephens sunting

 
Donald Stephens, Huguan Siou pertama

Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama, merupakan Huguan Siou yang pertama dan ditabalkan pada tahun 1960 oleh orang tua Kadazan atas peranannya memperjuangkan hak orang Kadazan semasa pemerintahan penjajah. Gelaran ini tidak mempengaruhi politik Kadazandusun apabila Stephens berkuasa.[10] Jawatan ini kosong selama hampir sedekad apabila beliau meninggal dunia dalam kapal terbang terhempas pada 6 Jun 1976.[11]

Joseph Pairin Kitingan sunting

Joseph Pairin Kitingan ditabalkan sebagai Huguan Siou yang kedua pada tahun 1 Julai 1984 di Balai Raya Kg Tuavon, Penampang.[12] Beliau pada awalnya tidak menerima jawatan ini disebabkan oleh tanggungjawab beratnya namun beliau disukai oleh orang tua dan pemimpin Kadazandusun untuk memegang gelaran ini.[13] Pairin kekal menjadi Huguan Siou selepas peralihan politik di Sabah kerana gelaran ini hanya membabitkan budaya dan bukannya politik walaupun gelaran ini telah mempengaruhi politik Kadazandusun.[14] Beliau bersetuju dengan usul menyatukan semula masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah.[15]

Isu sunting

Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau telah memberi gelaran Huguan Siou kepada ketua umumnya, Anwar Ibrahim, yang telah menyebabkan perbalahan berlaku dan boleh dikenakan hukuman solupi di bawah Mahkamah Anak Negeri.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Huguan Siou Office" [Jawatan Huguan Siou]. Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  2. ^ John Gordon, Cleophas. "50 years on, KDCA is reaching out to all 40 sub-groups" [50 tahun berlalu, KDCA menghulurkan bantuan kepada semua 40 suku kaum]. New Sabah Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  3. ^ Gottlieb, Roger S. (2004). This Sacred Earth: Religion, Nature, Environment [Bumi Suci Ini, Agama, Alam Semula Jadi, Persekitaran] (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 0-415-94359-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 2020-05-26.
  4. ^ Puyok, Arnold (2011). "Ethnicity, Culture and Indigenous Leadership in Modern Politics: The Case of the Kadazandusun in Sabah, East Malaysia" [Keetnikan, Budaya dan Kepimpinan Peribumi dalam Politik Moden: Kes Kadazandusun di Sabah, Malaysia Timur] (PDF). Kajian Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 29 (1): 177–197. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  5. ^ Barlocco, Fausto (2014). Identity and the State in Malaysia [Identiti dan Negeri di Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Routledge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 2020-05-26.
  6. ^ Luping, Herman (2 Mac 2013). "Huguan Siou an important institution" [Huguan Siou sebuah institusi penting]. Daily Express (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  7. ^ "Bumburing harus jawab isu Huguan Siou". Parti Maju Sabah. 14 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  8. ^ Matin, Ceroliza (6 September 2016). "Pendahuluan". Sejarah kepimpinan Huguan Siou dalam masyarakat Kadazandudun (1950-2011) (PDF) (Sarjana). Universiti Malaysia Sabah. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  9. ^ Aman, Musa (22 Mei 2017). "Celebrating unity, diversity" [Menyambut perpaduan, kepelbagaian]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  10. ^ Puyok, Arnold (2008). "Ethnic Factor in the 2008 Malaysian General Election: The Case of the Kadazan Dusun (KD) in Sabah" [Faktor Etnik dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008: Kes Kadazandusun (KD)] (PDF). Jebat (dalam bahasa Inggeris). 35: 1–16. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  11. ^ Voon, Oliver (29 Julai 2019). "Dewan Huguan Siou land title goes missing" [Hak milik tanah Dewan Huguan Siou hilang]. Daily Express (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  12. ^ "Sambutan ulang tahun ke-35 Huguan Siou pada 30 Jun". Utusan Borneo Online. 19 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  13. ^ Saravanamuttu, Johan (13 Mei 2016). Coalitions in Collision [Gabungan dalam Pertentangan] (dalam bahasa Inggeris). Flipside Digital Content Company Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 2020-05-26.
  14. ^ Inus, Kristy (23 Mei 2018). "Pairin kekal Huguan Siou". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  15. ^ "Huguan Siou approves move to re-unite KDM community" [Huguan Siou setuju langkah menyatukan semula masyarakat KDM]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 19 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  16. ^ "Gelaran "Huguan Siou Malaysia": KDCA Desak Anwar Mohon Maaf". mStar. 14 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 26 Mei 2020.