Kurniaan Jubli Emas Sultan Kedah 2008

senarai kurniaan Kedah

Istiadat penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Kedah sempena Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah 2008 ialah pengurniaan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku al-haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah atas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku sebagai Sultan Kedah, atas nasihat kerajaan Negeri Kedah, mengurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri Kedah atas jasa baik dan sumbangan rakyat Kedah. Kurniaan Jubli Emas Sultan Kedah ini dikurniakan sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada bulan Julai 2008.

Seramai 72 individu telah dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri Kedah Darul Aman yang telah dianugerahkan pada 16 Julai 2008 bersamaan 13 Rejab 1429H di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.[1][2]

Senarai penerimaSunting

Darjah Kerabat HalimiSunting

Tiga orang penerima dianugerahi darjah kebesaran Darjah Kerabat Halimi (DKH), darjah kedua tertinggi selepas Darjah Kerabat (DK) (Kedah).

Darjah Mahkota KedahSunting

Dua orang penerima dianugerahi darjah kebesaran Darjah Mahkota Kedah (DMK) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama.

Darjah Dato' Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahSunting

Empat orang penerima dianugerahi Darjah Dato' Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.

Darjah Seri Paduka Mahkota KedahSunting

Tiga orang penerima dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Dato' Seri

Darjah Seri Setia Diraja KedahSunting

Lapan orang penerima dianugerahi Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Dato' Seri.

Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahSunting

Lima orang penerima dianugerahi Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato' Paduka.

  • Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
  • Dato' Wira Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kedah.
  • Tan Sri Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Kurnia Asia Berhad.
  • Tan Sri Lim Kim Tiong @ Lee Kim Yew, Naib Pengerusi Country Heights Holding Berhad.
  • Dato' Rahmat Abu Bakar, Pengerusi Yasmin Holdings Sdn Bhd.

Darjah Gemilang Mahkota KedahSunting

Empat orang penerima dianugerahi Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Dato' Wira.

Darjah Paduka Mahkota KedahSunting

Satu orang penerima dianugerahi Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Dato'.

  • Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Datin Paduka Khatijah binti Tunku Abdul Rahman Putra al-haj.

Dato' Setia Diraja KedahSunting

32 orang penerima dianugerahi Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. Antara penerima penting yang dianugerahi darjah kebesaran ini:

  • YB Ir. Haji Phahrolrazi bin Mohd. Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kerja raya dan Pertanian Kedah.
  • YB Tuan Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • YTM Lt. Kol. (B) Tengku Mokhtar bin Tengku Mohd. Jiwa.
  • YTM Syed Zainol Khodki bin Dato' Syed Omar Shahabudin.
  • YTM Tunku Yusuf bin Tunku Md Jewa.
  • YTM Tunku Zainol Rashid bin Tengku Yahya.
  • Encik Misrah bin Haji Ibrahim, Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
  • Tuan Ir. Tuan Haji Baharanuddin bin Che Zain Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah.
  • Tuan Syeikh Abdul Hamid bin Md. Tahir, Ahli jawatankuasa Fatwa Kedah.
  • Kept. DR. Mohd Razha bin Abd. Rashid.
  • Prof. Datin Dr. Halimah binti Badioze Zaman
  • Tuan Haji Saadduddin bin Mohd. Fadzil, Pembantu peribadi Raja Muda Kedah.
  • Encik Ahmad Kamal bin Abdullah al-Yafii, Timbalan Pengerusi Amanah Raya JMS.
  • Dr. Minder Singh, Pakar bedah Kedah Medical Centre.
  • Dr. Kaka Singh a/l Met Sigh.
  • Tun Syed Sheh Shahabudin.
  • Tuan Haji Zulkifli bin Ismail, Pengarah Urusan KRIZIK.
  • Encik Tan Ah Ba @ Chen It Peow, Pengarah Urusan Federation Oil Factory Sdn. Bhd.
  • Encik Malik Jeremiah bin Abdullah.
  • Dr. Somasundram a/l Ratnasamy Nadar.
  • Datin Hajah Daharah binti Ismail.
  • Encik Loh Tieng Hock, Pengarah Urusan Binaan Sentosa Sdn. Bhd.
  • Encik Sugumaran a/l Sinnasamy, BKM.,JP.PENGURUS BESAR, VIMAL HOLDING SDN. BHD.
  • Encik Tan Huat Seang.
  • Tuan Haji Akashah bin Haji Zakaria.
  • Encik Boonlert Somchit.
  • Tuan Haji Mohd. Arif Fadzillah bin Abd. Ghani.
  • Tuan Haji Mohd. Bahar bin Abdul Hamid.
  • Dr. Lim Joo Hai.
  • Dr. Ch'ng Kok Heong.

Warganegara asing (Kehormat)Sunting

  • Mr. Ronald P. Kirby Obe Fcipr dari Mellstock Avenue, Dorchester, England.
  • Encik Jeyabalan al Vijayasundram, Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd.

Darjah Orang Besar Tiga Puluh DuaSunting

10 orang penerima dianugerahi Darjah Orang Besar Tiga Puluh Dua.

  • Yang Berhormat (Dato' Seraja Setia) Dato' Wira Haji Rasli bin Basir, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman.
  • Yang Berbahagia (Dato' Seraja Bijaya) Dato' Wira Haji Syed Zaid bin Syed Abdullah.
  • Yang Berbahagia (Dato' Seraja Mahkota) Dato' Wira Mohd. Omar bin Haji Mohamed.
  • Yang Berbahagia (Dato' Wira Segara) Dato' Wira Haji Hassan bin Taib.
  • Yang Berbahagia (Dato' Wira Perkasa) Dato' Wira Haji Ismail bin Hamid.
  • Yang Berbahagia (Dato' Wira Perkasa) Dato' Wira Haji Yusof bin Nayan.
  • Yang Berbahagia (Dato' Seraja Wangsa) Dato' Syed Azizan bin Syed Mohamad al-Idrus.
  • Yang Berbahagia (Dato' Johan Bakti) Dato' Dr. Syed Yusoff Idid bin Dato' Syed Osman Idid.
  • Yang Berbahagia (Dato' Biram Jaya) Dato' Haji Abu Bakar bin Yaacob.
  • Yang Berbahagia (Dato' Bentara Setia) Dato' Haji Arfanuddin bin Dato' Haji Hussain.

RujukanSunting

  1. ^ "Tiga Kerabat Diraja Kedah Dahului Senarai 72 Penerima Darjah Kebesaran Jubli Emas Sultan Kedah". 16 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-12. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  2. ^ "Penerima Anugerah Sempena Jubli Emas". Cabai Kampong. 18 Julai 2008. Dicapai pada 25 Jun 2018.

Pautan luarSunting

Templat:Senarai kurniaan Malaysia