Tan Sri Dato' Seri Chor Chee Heung (Cina ringkas: 曹智雄Cina tradisional: 曹智雄pinyin: Cáo Zhì Xióng); lahir 15 Mac 1955) ialah ahli parlimen P009 Alor Star, negeri Kedah , Malaysia. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau ahli MCA.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri

Chor Chee Heung
曹智雄

PSM; DPMP (Pls); SPSK (Kel); SSDK (Kdh); SSAP (Phg); DGSM (Mel); DGMK (Kdh); DPMK (Kel); DMSM (Mel); DSDK (Kdh)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
1 Jun 2010 – 3 April 2013
Didahului olehDato' Seri Kong Cho Ha
Digantikan olehDatuk Abdul Rahman Dahlan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P9 Alor Star, Kedah
Dalam jawatan
1990–2013
Didahului olehOo Gin Sun
Digantikan olehGooi Hsiao Leung
Butiran peribadi
Lahir (1955-03-15) 15 Mac 1955 (umur 69)
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional - MCA
PasanganPuan Sri Datin Seri Cheong Guek Mee
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung dengan majoriti sebanyak 184 undi. Datuk Chor Chee Heung memperolehi 20,741 undi berbanding Gooi Hsiao Leung memperolehi hanya 20,557 undi.

Pada Jun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau sebelum ini telah menjadi Timbalan Menteri, dan telah berkhidmat dalam parlimen sebagai Setiausaha parlimen dan memegang jawatan Timbalan Menteri sejak 1995.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Chor dilahirkan di Alor Setar. Sebelum memasuki politik, beliau adalah seorang peguam. Beliau kini berkahwin dan dikurniakan 3 anak.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: Alor Setar, Kedah[2][3][4]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undian Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 Chor Chee Heung (MCA) 22,714 54.48% Tengku Mohammad Farris (S46) 17,579 42.16% 41,695 5,135 70.50
1995 Chor Chee Heung (MCA) 28,943 69.07% Tunku Sofia Md Jewa (S46) 11,278 26.91% 41,904 17,665 67.93%
1999 Chor Chee Heung (MCA') 27,847 63.96% George John K. M. George (DAP) 13,258 30.45% 43,538 14,589 68.37%
2004 Chor Chee Heung (MCA) 28,379 65.61% Siti Nor Abdul Hamid (PKR) 13,864 32.05% 43,257 14,515 75.48%
2008 Chor Chee Heung (MCA) 20,741 48.00% Gooi Hsiao-Leung (PKR) 20,557 47.58% 43,206 184 73.28%
2013 Chor Chee Heung (MCA) 25,401 43.86% Gooi Hsiao Leung (PKR) 27,364 47.25% 57,912 1,873 83.92%
Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) 3,530 6.23%
Jawahar Raja Abdul Wahid (BERSAMA) 257 0.45%

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada 2021-09-25.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 23 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.