Wikipedia:Wiki untuk PBB

Wiki untuk PBB
#PBB75
24–31 Oktober 2020


Wiki untuk UN (tajuk penuh: Wiki untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) ialah kempen menulis untuk memperkaya Wikipedia dan projek Wikimedia lain dengan kandungan tentang topik yang berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati 75 tahun penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat utama kempen ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang struktur pertubuhan PBB dan bidang kerja dalam bahasa Melayu, meningkatkan kesedaran tentang kegiatan dan rancangan yang pertubuhan itu adakan di seluruh dunia dan memberi lebih banyak liputan topik yang berkaitan dengan PBB pada masa hadapan.

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkuat kuasa pada 24 Oktober 1945, yang menandakan penubuhan pertubuhan ini yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Untuk tujuan itu, tarikh 24 Oktober setiap tahun diperingati sebagai Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kempen ini akan bermula pada Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan akan berlangsung dari 24–31 Oktober 2020.

Maklumat umum sunting

  • Tarikh dan masa mula: 24 Oktober 2020, 10:00 (UTC).
  • Tarikh dan masa tamat: 31 Oktober 2020, 10:00 (UTC).
  • Lokasi: Dalam talian.
  • Komunikasi: Saluran Telegram (semua bahasa).

Pendataran dan pelaporan sunting

  • Langkah 1: Daftar untuk penyertaan dengan menambah nama pengguna anda di senarai peserta.
  • Langkah 2: Sertai saluran Telegram sebagai pusat komunikasi untuk berhubung dengan peserta dan penyelaras yang lain.
  • Langkah 3: Tambah sumbangan anda di bahagian yang sesuai di laman keputusan.

Media sosial sunting

Anda boleh kongsikan kempen ini di media sosial dengan menggunakan tanda pagar ini: #WikiforUN dan #WikiforUnitedNations. Tanda pagar lain yang anda boleh gunakan: #UN75, #UnitedNations75, #UNDay and #UnitedNationsDay.

Lihat juga sunting