Buka menu utama

Williams F1 ialah sebuah pasukan Formula Satu milikan British. Pasukan ini ditubuhkan dan dijalankan oleh Frank Williams dan Patrick Head. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1977 selepas dua pasukan yang ditubuhkan oleh Williams, iaitu Frank Williams Racing Cars (1969 sehingga tahun 1975) dan Walter Wolf Racing (1976), gagal untuk mencapai pencapaian yang memuaskan. Kesemua casis Williams F1 dipanggil "FW", dan kemudiannya nombor kereta, iaitu huruf permulaan bagi nama pemilik pasukan, Frank Williams.

United Kingdom Williams-Renault
2012-WilliamsF1 Logo.SVG
Nama penuhWilliams F1
PangkalanGrove, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukanSir Frank Williams
Pengarah teknikalMike Coughlan
Laman sesawangwww.williamsf1.com
Formula Satu musim 2013
Pemandu16. Venezuela Pastor Maldonado
17. Finland Valtteri Bottas
Pemandu ujianUnited Kingdom Susie Wolff[1]
CasisWilliams FW35[2]
EnjinRenault
TayarPirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Argentina 1978
Perlumbaan terkiniGrand Prix Belgium 2018
Perlumbaan disertai593
Kejuaraan Pengeluar9 (1980, 1981, 1986, 1987, 1992, 1993, 1994, 1996, 1997)
Kejuaraan Pemandu7 (1980, 1982, 1987, 1992, 1993, 1996, 1997)
Kemenangan114
Petak pertama127
Pusingan terpantas131
Kedudukan 2012Ke-8 (76 mata)

Isi kandungan

Sejarah perlumbaan – Formula SatuSunting

Cosworth (2010–2011)Sunting

Selepas tamatnya kontrak Toyota, Williams mengumumkan bahawa bahawa mereka akan mengunakan enjin Cosworth dari musim 2010.[3] Williams juga mengantikan pemandu mereka bagi musim 2010. Rubens Barrichello menyertai pasukan daripada juara pengeluar tahun 2009, Brawn GP, manakala juara GP2, Nico Hülkenberg menjadi pemandu kedua pasukan. Valtteri Bottas pula menjadi pemandu ujian pasukan.[4]

Hülkenberg mendapat petak pertama pasukan dalam tempoh lima tahun di Grand Prix Brazil. Hülkenberg telah digugurkan dari barisan pasukan menjelang musim 2011, dan digantikan oleh juara GP2 Series, Pastor Maldonado.[5] Gabungan Rubens Barrichello dan Maldonado bermakna ini merupakan kali pertama sejak musim 1981 bahawa Williams akan memulakan musim tanpa pemandu Eropah dalam barisan mereka. Pada hari kedua dalam sesi ujian pra-musim di Jerez, Barrichello mencatatkan masa terpantas pada minggu tersebut pada hari terakhir.

Kembali menggunakan enjin Renault (2012–)Sunting

Pada 4 Julai 2011, Williams mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan enjin Renault dari musim 2012.[6] Pada 1 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa Maldonado akan dikekalkan bagi musim 2012, bersama-sama dengan pemandu simpanan, Valtteri Bottas. Menurut pelbagai sumber, ia telah disahkan pada 17 Januari 2012 bahawa Bruno Senna akan menjadi rakan sepasukan Maldonado. Dengan ini, berakhirlah kerjaya Rubens Barrichello dalam Formula Satu.

Di Grand Prix Sepanyol, Pastor Maldonado memenangi perlumbaan pertama dalam kerjayanya, dan ia merupakan kemenangan pertama bagi Williams sejak Grand Prix Brazil pada tahun 2004. Kira-kira 90 minit selepas perlumbaan ini, sebuah kebakaran telah tercetus dalam garaj pasukan, dan ia telah merosakkan kereta FW34 kepunyaan Bruno Senna dan menyebabkan tujuh orang dihantar ke hospital.

Pada 28 November 2012, Maldonado telah dikekalkan oleh pasukan bagi musim 2013 dan disertai oleh Bottas, yang dahulunya menjadi pemandu ujian Williams.

Keputusan Formula SatuSunting

Rencana utama: Keputusan Grand Prix Williams F1 (keputusan untuk Williams Grand Prix Engineering/Williams F1, 1978–2012)
  • Peratus kemenangan Kejuaraan Pengeluar: 0.257
  • Peratus kemenangan Kejuaraan Pemandu: 0.200
  • Peratus kemenangan: 0.193

RujukanSunting

  1. ^ http://www.williamsf1.com/team/profiles/
  2. ^ "No 'step nose' on Williams' 2013 car – Bottas". TopCar.za. 9 Januari 2013. Dicapai 10 Januari 2013. 
  3. ^ "Williams mengesahkan Cosworth bagi musim 2010". Racecar Engineering. 30 Oktober 2009. Dicapai 2 November 2009. 
  4. ^ Beer, Matt (29 Januari 2010). "Williams menandatangani Bottas sebagai pemandu ujian". Autosport. Haymarket Media Group. Dicapai 29 Januari 2010. 
  5. ^ "Williams menandatangani Pastor Maldonado bagi musim 2011". The Guardian. UK. Press Association. 2 Disember 2010. Dicapai 3 Februari 2011. 
  6. ^ "Williams bertemu semula dengan Renault bagi musim 2012". AT&T Williams. Williams F1. 4 Julai 2011. Dicapai 4 Disember 2012. 

Pautan luarSunting

Pencapaian
Didahului oleh
Ferrari
Juara Pengeluar Dunia Formula Satu
1980–1981
Diikuti oleh:
Ferrari
Didahului oleh
McLaren
Juara Pengeluar Dunia Formula Satu
1986–1987
Diikuti oleh:
McLaren
Didahului oleh
McLaren
Juara Pengeluar Dunia Formula Satu
1992–1993–1994
Diikuti oleh:
Benetton
Didahului oleh
Benetton
Juara Pengeluar Dunia Formula Satu
1996–1997
Diikuti oleh:
McLaren