Wintergatan (sebutan Sweden: [ˈvɪ̂nːtɛrˌɡɑːtan], dari Svensk: vintergatan "Bima Sakti") merupakan sebuah kumpulan folktronica Sweden dari Gothenburg. Martin Molin dan Marcus Sjöberg dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Detektivbyrån yang telah terbubar pada tahun 2010. Kumpulan ini menggunakan pelbagai alat muzik luar biasa termasuk Modulin[3] theremin digital Moog Theremini, autoharp elektrik, dulsimer yang ditempa, kotak muzik kad tebuk yang dibina sendiri, projektor slaid, gergaji muzik, dan mesin taip untuk digunakan sebagai genderang.

Wintergatan
ۏينترݢاتن
Wintergatan di Haldern Pop Festival 16
Latar belakang
Berasal dariGothenburg, Sweden
GenreFolktronica, experimental pop[1] post-rock[2]
Tahun aktif2012–kini
Laman sesawang
wintergatan.net
Ahli
  • Evelina Hägglund
  • Martin Molin
  • Marcus Sjöberg
  • David Zandén

Semua ahli kumpulan memainkan pelbagai alat muzik, tetapi mempunyai pengkhususan utama. Martin Molin mengkhususkan diri dalam vibrafon serta alat elektronik yang menentukan bunyi Wintergatan; Evelina Hägglund pakar dalam alat muzik papan nada; David Zandén pakar dalam bes; dan Marcus Sjöberg pakar dalam gendang.[4]

Kumpulan ini melancarkan lagu pertama mereka pada akhir 2012, berjudul Sommarfågel (Burung Musim Bunga), dan mengeluarkan album sulung mereka Wintergatan pada tahun 2013.[5] Kumpulan ini mengadakan jelajah album di seluruh Sweden pada tahun 2014 dan 2016; Julia Jonas menggantikan Evelina Hägglund semasa beberapa persembahan pada tahun 2014.[6][7]

Marble Machine sunting

Antara Disember 2014 dan Mac 2016, kumpulan ini memuat naik beberapa YouTube mendokumentasikan pembinaan satu kotak muzik yang menggunakan guli untuk memainkan alat muzik oleh Martin Molin. Mesin ini digerakkan oleh engkol tangan, dan berfungsi dengan menaikkan kelereng keluli melalui mesin ke dalam tiub pengumpan, di mana ia kemudian dilepaskan dari ketinggian melalui pintu pelepas yang diprogram, seterusnya jatuh dan memukul alat muzik di bawah. Instrumen yang dimainkan oleh guli-guli tersebut termasuk vibrafon, gitar bes, simbal, dan gendang bes, simbal hi-hat dan gendang getar yang diemulasi menggunakan mikrofon sentuh. Skor muzik disimpan pada dua roda yang dapat diprogramkan yang menggunakan palang Lego Technic dan penyambung stad untuk mencetuskan angker yang melepaskan guli. Video muzik yang menunjukkan mesin tersebut digunakan dikeluarkan pada tahun 2016, dan telah ditonton lebih daripada 171 juta kali.[8][9][10][11]

Sepuluh bulan selepas debut Marble Machine yang asal, kumpulan ini mengumumkan rancangan mereka untuk membuat mesin guli baharu bagi tujuan penjelajahan. Mesin baru tersebut, yang akan dipanggil "Marble Machine X" (Mesin Guli X), akan menyelesaikan banyak masalah fungsi mekanikal dengan Marble Machine pertama. Martin Molin, pembangun Marble Machine pertama, bekerjasama dengan sepasukan jurutera dan pereka serta peminat untuk reka bentuk dan pembinaan Marble Machine X. Marble Machine pertama telah dipamerkan buat seketika di Muzium Speelklok, Utrecht, Belanda namun kini sudah dikembalikan kepada Wintergatan. [12] [13] [14] [15] [16]

Diskografi sunting

Album sunting

  • Wintergatan (2013) (dengan single "Sommarfågel" dan "Starmachine2000")

Single sunting

  • Emerson (2011)
  • Sommarfågel (2013)
  • Starmachine2000 (2013)
  • Tornado (2013)
  • Biking Is Better (2013)
  • All Was Well (2013)
  • Visa fran Utanmyra (2014)
  • Marble Machine (2016)
  • Music Machine Mondays Theme Song (2017)
  • Music Box, Harp & Hammered Dulcimer (2018)
  • Moon and Star (2018)
  • Sandviken Stradivarius (2018)
  • Local Cluster (2018)
  • Olivier (2018)
  • Proof of Concept (2019)

Rujukan sunting

  1. ^ "Wintergatan". sputnikmusic.com. Dicapai pada 26 July 2016.
  2. ^ "Wintergatan". discogs.com. Dicapai pada 26 July 2016.
  3. ^ https://www.youtube.com/watch?v=MUdWeBYe3GY&list=PLLLYkE3G1HEAW-8iAHNcibtjBlQFNOODA&index=2
  4. ^ Molin, Martin. "Wintergatan - Bio - 2016" (PDF). Dicapai pada 4 August 2018.
  5. ^ "WINTERGATAN". WINTERGATAN. Dicapai pada Jun 20, 2020.
  6. ^ "Wintergatan – Interview des Musikmagazins éclat". www.eclat-mag.de. Dicapai pada Jun 20, 2020.
  7. ^ "Wintergatan". Jun 29, 2014. Dicapai pada Jun 20, 2020.
  8. ^ "Wintergatan - Marble Machine". Youtube.
  9. ^ "This incredible music machine is powered by 2,000 marbles". Wired. Dicapai pada 4 March 2016.
  10. ^ "Brännö-bo gör succé på Youtube" (dalam bahasa Swedish). Göteborgs-Posten. Dicapai pada 5 March 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Wintergatan Marble Machine: Amazing video shows music box powered by 2,000 marbles". International Business Times. Dicapai pada 5 March 2016.
  12. ^ Wintergatan (2017-02-15), Marble Machine X - Revisiting the First Machine, dicapai pada 2017-03-11
  13. ^ Wintergatan (2017-01-18), Marble Machine X - First Sketches / Episode 1, dicapai pada 2017-03-11
  14. ^ Wintergatan (2017-04-12), Disassembling the Marble Machine, dicapai pada 2017-04-27
  15. ^ Wintergatan (2017-05-29), Marble machine of Wintergatan in Museum Speelklok, dicapai pada 2017-05-29
  16. ^ Wintergatan (2017-02-15), Building Marble Machine X - All Episodes in One Playlist, dicapai pada 2019-03-14