Theremin [té.ré.min], thereminophone[1] atau termenvox/thereminvox ialah sejenis alat muzik elektronik di mana bunyi muzik dihasilkan tanpa melibatkan sentuhan pemainyang menggunakannya. Ia dicipta dan dipatenkan Léon Theremin (Лев Термен), seorang jurutera Soviet pada tahun 1928;[2] ia merupakan hasil penyelidikan berkaitan pengesan kedekatan dalam bidang ketenteraan oleh pemerintah Soviet setelah meletusnya Perang Saudara Rusia pada ketika itu.[3][4]

Seorang wanita memain lambai depan sebuah theremin, tahun 1930

Bunyi dihasilkan alat ini sering kedengaran mengilai-ngilai maka ia sering digunakan dalam runut bunyi dan muzik tema dalam produksi bergenre cereka sains atau seram - baik filem atau rancangan televisyen bersiri - untuk menimbulkan ambiens ngeri dan takut dalam kalangan penonton yang mendengar.

Gambaran umumSunting

KomponenSunting

Alat ini terdiri daripada dua batang antena besi yang mengesan kedudukan tangan pemain yang mengawal ayunan frekuensi sambil mengawal amplitud (kelantangan) pacaran alat. Isyarat elektrik yang terhasil ini dikuatkan dan dihantar ke pembesar suara.

Cara bermainSunting

Tangan-tangan pengendali bertindak membumi arus suatu kapasitor mudah dilaraskan dalam suatu litar induktans-kapasitans (inductance-capacitance circuit), yang menentukan frekuensi terhasil.

Tangan kanan yang kuat (biasanya) mengawal pic manakala tangan kiri mengawal kelantangan bunyi alat; namun, terdapat model-model mudah dan murah yang mempunyai tombol khusus untuk tujuan penyelerasan sebegini serta suatu antena pic yang bertindak sebagai suatu kapasitor.

RujukanSunting

  1. ^ The London Mercury Vol.XVII No.99 1928
  2. ^ US1661058 
  3. ^ Glinsky, Albert (2000). Theremin: Ether Music and Espionage. Urbana, Illinois: University of Illinois Press. m/s. 26. ISBN 978-0-252-02582-2.
  4. ^ Léon Theremin playing his own instrument di YouTube

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting