Perang Saudara Rusia

Perang Saudara Rusia merupakan antara satu peperangan saudara yang berlaku mulai dari 1917 hingga 1921 antara beberapa kumpulan di Rusia. Persengketaan utama adalah di antara dua kumpulan: iaitu Tentera Merah dan Tentera Putih. Tentera Merah berfahaman komunisme, manakala Tentera Putih merupakan penentang komunis. Tentera Merah telah memenangi peperangan ini. Selepas perang tersebut, golongan yang berfahaman komunis tersebut telah menubuhkan Kesatuan Soviet pada 1922. Pertempuran yang terganas berlaku pada 1918 sehingga 1920. Operasi-operasi ketenteraan utama berakhir pada 25 Oktober 1922 apabila Tentera Merah menakluk kota Vladivostok di Rusia Timur.

Perang Saudara Rusia

Arah jam dari atas: Askar Tentera Don pada 1919; Divisyen infantri Rusia Putih pada Mac 1920; askar Tentera Berkuda Pertama; Leon Trotsky pada 1918; penggantungan Bolshevik oleh Kor Czechoslovak.
Tarikh1917 – 1923
Lokasi
Keputusan
Pihak yang terlibat
Angkatan Komunis:
Parti Bolshevik (tidak berkuasa sehingga 7 November 1917)
 Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Tentera Merah (dari 7 November 1917)
RSS Ukraine
 Kesatuan Soviet (dari 30 Disember 1922)
Tentera Hitam (bersekutu dengan Bolshevik sehingga 1920)

Rusia Republik Rusia (hingga 7 November 1917)
Rusia Gerakan Putih
Campur tangan Pihak Berikat (1918 – 1922):
Czechoslovakia Czechoslovakia
Republik China China
Perancis Perancis
Yunani Greece
Itali Itali
Empayar Jepun Jepun
Romania Romania
Serbia Serbia
United Kingdom United Kingdom

 Australia
 Kanada

 Amerika Syarikat


 Estonia
Finland Finland
 Latvia
 Lithuania

Poland Poland

Kuasa Tengah (1917 – 1918):
 Austria-Hungary
Empayar Jerman Jerman
Empayar Jerman Ober Ost
Kaum bangsawan Baltik
 Empayar Uthmaniyah


Ukraine Republik Rakyat Ukraine
Tentera Hijau
Kediktatoran Centrocaspiy
Gerakan nasionalis, negeri nasionalis dan gerakan terpencar
Kekuatan
3,000,000[1] 2,400,000 Rusia Putih, 155,000 Pihak Berikat. Beberapa ratus ribu
Kerugian dan korban

1,212,824 terkorban

Rekod tidak lengkap.[1]
Sekurang-kurangnya 300,000 ?
Korban orang awam barangkali lebih 13 juta.
Sekurang-kurangnya 1 juta pelarian meninggalkan Rusia selamanya.

Pengenalan sunting

Selepas kemunduran Maharaja Rusia Nicholas II dari takhta, Pemerintah Sementara Rusia ditubuhkan semasa Revolusi Februari pada tahun 1917. Pada Revolusi Oktober yang berikutnya pula, askar-askar Parti Bolshevik mengambil kuasa di kota Saint Petersburg (dikenali pada masa itu sebagai Petrograd) dan menakluk bandar-bandar bekas Empayar Rusia yang lain satu-persatu. Pada Januari 1918, Parti Bolshevik membubarkan Majlis Konstituen Rusia dan mengisytiharkan bahawa pihak mereka akan menjadi permerintah baru Rusia.

Dengan segera, pihak Bolshevik meminta Empayar Jerman supaya menghentikan serangannya terhadap Rusia seperti apa yang ketua Parti Bolshevik ,Vladimir Lenin, telah menjanjikan kepada rakyatnya dan pada 18 Februari 1918 Perjanjian Brest-Litovsk ditandatangani yang mengakibatkan banyak wilayah-wilayah Rusia dirampasi oleh Empayar Jerman dan Uthmaniyyah. Ini mencetuskan kemarahan di antara golongan-golongan nasionalis dan konservatif terhadap pihak Bolshevik pada masa itu.

Sebuah persekutuan Anti-Bolshevik yang terdiri daripada pemilik-pemilik tanah, jeneral-jeneral tentera, golongan nasionalis dan konservatif, penyokong-penyokong maharaja Rusia pun ditubuhkan untuk menentang pihak Bolshevik. Persekutuan ini dipimpini oleh Laksamana Kolchak, Jeneral Yudenich, Jeneral Denikin dan dinamakan Gerakan Putih atau lebih dikenali sebagai Tentera Putih.

Rujukan sunting

  1. ^ a b G.F. Krivosheev, Soviet Casualties and Combat Losses in the Twentieth Century, m/s. 7-38.