Worldview Broadcasting Channel
Worldview Broadcasting Channel adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta yang pertama di Malaysia yang menyiarkan kesemua berita dan hal ehwal semasa secara percuma. Saluran ini dimiliki oleh Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd. Ia boleh di tonton pada UHF 39 (615.25 MHz) dan VHF 18 (615.25 MHz) di Lembah Klang.
Jenis | Televisyen daratan digital swasta |
---|---|
Negara | |
Ketersediaan | National |
Kawasan perlesenan | Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas |
Ibu pejabat | Gedungan WBC Television Centre, Kompleks Golden Screen Cinemas, Tingkat 3, Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Jalan Ampang, Taman KLCC, 50088 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan siaran | Kuala Lumpur (kawasan sekitar di Lembah Klang) |
Kawasan | Kuala Lumpur |
Pemilik | Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd |
Tarikh pelancaran | 1 April 2012 |
Dibubarkan | Oktober 2012 |
UHF : Saluran 39 (615.25 MHz) | |
VHF : Saluran 18 (615.25 MHz) | |
Laman sesawang | www.wbcchannel.tv |
Bahasa | Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris |
Pada masa ini, transmisi ujian adalah bersiaran pada jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam dengan jumlah bersiaran selama 7 jam/ WBC dilancarkan secara rasmi pada pukul 8.30 malam 1 April 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia.
WBC akan menyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Malaysia yang meliputi isu-isu nasional dan global. 70 % kandungan beritanya berkisar mengenai isu semasa dan perkembangan antarabangsa.
Program-program lain di WBC termasuk dokumentari, majalah dan program bual bicara melalui perniagaan, ekonomi, alam sekitar, sains dan teknologi, gaya hidup dan kepentingan manusia.
Misi WBC adalah membawa mesej kesederhanaan, keamanan dan kemanusiaan selaras dengan gagasan Gerakan Kesederhanaan Global yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pada Oktober 2012, stesen ini ditutup kerana masalah kewangan.