Wuthering Waves

permainan video terbitan tahun 2024

Wuthering Waves (Bahasa Melayu: Raungan Ombak, Bahasa Cina: 鸣潮 [Ming Chao]) ialah permainan berperanan aksi yang dimainkan secara percuma yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Kuro Games. Ia dikeluarkan pada 23 Mei 2024 ( Waktu Malaysia ).

Wuthering Waves
PembangunKuro Games
PenerbitKuro Games
EnjinUnreal Engine 4
PlatformiOS
Android
Microsoft Windows
macOS
PelepasaniOS, Android, Microsoft Windows
23 Mei 2024
macOS
Belum diumumkan
GenrePermainan berperanan aksi, Permainan Gacha
ModPemain tunggal
Permainan video multipemain Sunting ini di Wikidata

Sebagai permainan gacha dunia merayau bebas, Wuthering Waves telah dibandingkan dengan tajuk lain seperti Genshin Impact, tetapi lebih memfokuskan kepada pertempuran daripada yang terdahulu. [1]

Sinopsis

sunting

Wuthering Waves berlatarkan dunia terbuka pasca-apokaliptik yang futuristik selepas bencana yang dipanggil Lament telah melenyapkan sebahagian besar manusia dan menyebabkan makhluk dan raksasa yang tidak diketahui muncul. Walau bagaimanapun, manusia tidak lama lagi akan menyesuaikan diri dengan ancaman dan dari membina semula tamadun yang telah ranap dari masa ke masa. Kisah ini mengikuti Rover yang kehilangan daya ingatan, telah terjaga dari lenanya dan mula meneroka dunia yang baharu ini.

Gaya Permainan

sunting

Wuthering Waves berlatarkan dunia terbuka. [2] Pemain mengawal protagonis, Rover, serta unit yang direkrut dipanggil Resonator, yang dibahagikan kepada kualiti 4 bintang dan 5 bintang. [1] Kandungan penghujung kempen menampilkan mod di mana watak boleh digunakan dalam satu siri cabaran pertempuran. [3]

Sistem permainan gacha menampilkan sepanduk yang dikenali sebagai Convenes, di mana Resonator dan senjata boleh diperolehi. Terdapat tiga jenis Convenes: novis, acara dan standard. Sistem kasihan menjamin bahawa item 5-bintang diperolehi dalam jumlah cabutan- yang ditetapkan. [4]

Pembangunan

sunting

Wuthering Waves telah didedahkan kepada umum pada 23 Mei 2022 di akaun media sosial Kuro Games. Ia pertama kali diumumkan untuk platform iOS pada 25 Mac 2024. [5]

Permainan ini telah jalani dua ujian beta tertutup, dengan ujian beta tertutup terakhir pada Mac 2024. Selepas ujian beta tertutup pertama, sebahagian besar kandungan cerita telah diolah semula sebagai tindak balas kepada maklum balas pemain yang berasa "tidak selesa". [3]

Pada 29 Mac 2024, diumumkan bahawa Wuthering Waves akan dikeluarkan pada iOS, Android dan PC melalui Epic Games Store, pada 23 Mei 2024. [6] Pada Mei 2024, diumumkan bahawa Wuthering Waves akan dikeluarkan melalui Mac App Store pada masa hadapan. [7]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Wuthering Waves release window, platforms, trailer, and more". March 28, 2024.
  2. ^ "Wuthering Waves Gameplay Trailer Shows Open-World Action". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-05-02. Dicapai pada 2023-04-30.
  3. ^ a b "This Genshin Impact rival brings the HoYoverse charm but with better combat". PCGamesN. March 27, 2024.
  4. ^ "Is Wuthering Waves a gacha game? Here's what you can expect". www.oneesports.gg. March 8, 2024. Text "ONE Esports" ignored (bantuan)
  5. ^ Koeinigin Yu. "Confirmed! Wuthering Waves official release date". Gamestegy. Dicapai pada 27 March 2024.
  6. ^ D'Angelo, William (March 29, 2024). "Wuthering Waves Releases May 22 for PC and Mobile". VGChartz.
  7. ^ Lada, Jenni (May 20, 2024). "Wuthering Waves Launch Trailer and Mac Store Release Shared". Siliconera. Dicapai pada May 21, 2024.

Pautan luar

sunting