Yuki Kato

aktris dan pelakon wanita Indonesia

Yuki Anggraini Kato (lahir di Malang, 2 April 1989; umur 34 tahun) atau dikenali sebagai Yuki Kato ialah pelakon, peragawan, dan penyampai Indonesia.

Yuki Kato
Kelahiran
Yuki Anggraini Kato

(1989-04-02) 2 April 1989 (umur 34)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
IbuTwinawati
BapaTakeshi Kato

Keluarga sunting

Yuki merupakan anak satu dari ketiga bersaudara perempuan pertama dari bapa Takeshi Kato yang keturunan Jepun-Itali dan Twinawati yang keturunan Sunda dan Madura

Kerjaya sunting

Yuki Kato mulakan dikenali selepas membintangi sinetron "Primata Cantik" pengeluaran Starvision bersama dua rakannya, Irshadi Bagas dan Esa Sigit. Namanya semakin terkenal selepas Yuki Kato membintangi sinetron Heart Series. Dalam Sinetron Heart Series Yuki Kato bermain bersama Ranty MariaIrshadi Bagas dan Esa Sigit. Selain menjadi pelakon utama dalam sinetron Heart Series dan My Love, Yuki Kato yang hobi berbasikal dan membaca buku ini juga bermain bersama Raffi Ahmad dan Laudya Chintya Bella dalam Jodoh Arietta berperanan sebagai adik Raffi Ahmad.

Kehidupan pribadi sunting

Selain berbakat besar dalam dunia lakonan Yuki Kato juga pernah menunjukkan pontensi dalam bidang nyanyian apabila dia tampil berduet lagu OST My Heart dengan Irshadi Bagas dalam acara My Heart by Request di SCTV. Dan pada tahun 2010 . Yuki Kato kembali membintangi sinetron yang berjudul Arti Sahabat. Dalam siri televisyen ini Yuki berperanan sebagai Ajeng dan lawan mainnya, Stefan William berperanan sebagai Yudha. Sinetron Arti Sahabat pernah memenangi Anugerah Sinetron Remaja Terpuji Festival Film Bandung 2011. Yuki Kato juga dinobatkan sebagai duta Pariwisata Indonesia.

Biografi sunting

Yuki kato ialah anak perempuan pertama dari pasangan Takeshi Kato dan Twinawati. Takeshi Kato, seorang Project Manager sebuah Amerika syarikat besar di Jepun dan saat ini berada di Jepun dan datang setiap 3 bulan sekali untuk melawat anak perempuannya di Indonesia. Yuki Anggraini Kato mempunyai adik bernama Reina Meisillia Kato dan Sakura Des Caesar Kato. Yuki Kato tinggal bersama ibu dan adiknya di Kota Wisata, Cibubur.[1][2]

Pendidikan sunting

Yuki Kato belajar di Sekolah Dasar Fajar Hidayah, SMP Pilar Indonesia dan SMA Bakti Mulya 400. Beliau melanjutkan pendidikan di Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universiti Indonesia.

Filem sunting

  • Basahhh... (2008)
  • Operation Wedding (2013)
  • Cabe-Cabean (2014)
  • Piza Man (2014)

Sinetron sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengeluaran
2005 Inikah Rasanya Jinny Rapi Films
Matahariku Indika Entertainment
Pelangi Pelangi Cinta Tara Multivision Plus
Pintu Hidayah SinemArt
2007 Heart Series Rachel Starvision Plus
My Love Cinta
Monyet Cantik Lisa
2008 Namaku Mentari Sarah SinemArt
3 Pengantin untuk Ayahku Desi Astro Aruna
2010 Putih Merah Shinta Multivision Plus
Arti Sahabat Ajeng Rapi Films
2011 Arti Sahabat Musim Kedua
Gol-Gol Fatimah Fatimah
Dia atau Diriku Zahra
Bella
Cahaya Gemilang Verona Pictures
2012 Cinta Cenat Cenut 3 Nina Jaelani (Ninja/Nina) Transinema Pictures
2013 Heart Series 2 Rachel Starvision Plus
2013 - 2014 Fortune Cookies Fathin SinemArt
2014 Otomatis Jatuh Cinta Yuki Screenplay Productions
2015 Penyihir Cantik Milly SinemArt
Keysha
2016 Cinta Yang Tertukar Cinta Amanah Surga Productions
2017 Antara Cinta & Do'a Ashilla MD Entertainment

Iklan sunting

  • Gery Chocolatos
  • Wafer Tango
  • Ting Ting Garuda
  • Oil Yamalube
  • Nourish Skin
  • United Bike
  • Baju Jenama BARA
  • Biore

Rujukan sunting

  1. ^ Permatasari, Novita (6 June 2016). "Momen Pembuktian Yuki Kato". Femina (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 January 2018.
  2. ^ Widarto, Reno Hastukrisnapati (27 July 2015). "Intip Isi Rumah Yuki Kato, Yuk!". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 January 2018.

Pautan luar sunting