Yuni Shara

penyanyi Indonesia

Wahyu Setyaning Budi atau lebih dikenali sebagai Yuni Shara (lahir 3 Jun 1972) ialah penyanyi Indonesia. Beliau ialah kakak kepada penyanyi Krisdayanti.[1] Kemunculan beliau adalah dalam Festival Bintang Radio & Televisi pada tahun 1987 ketika berusia 15 tahun yang mana Shara memenangi tempat ke-2. Pada tahun 1989, beliau mengambil bahagian dalam festival yang sama dan berjaya memenangi tempat pertama. Detik inilah bila mana beliau ditawarkan kontrak rakaman oleh Billboard. Beliau mengeluarkan rakaman pertamanya pada tahun 1990 bertajuk Jatuh Cinta Lagi. Pada tahun 1991 beliau mengeluarkan satu lagi album bertajuk Hilang Permataku, pada tahun 1992, Yuni Shara mengeluarkan Salah Tingkah. Kerjaya beliau memuncak dengan penerbitan rakaman Mengapa Tiada Maaf pada tahun 1995. Rakaman itu terjual 1.5 juta salinan dan BASF menganugerahkan beliau dengan 4 Platinum Records. Beliau juga menerima 3 lagi rekod platinum untuk runut bunyi versi Indonesia untuk siri TV seni mempertahankan diri Return of Condor Heroes.

Yuni Shara
Kelahiran
Wahyu Setyaning Budi

(1972-06-03) 3 Jun 1972 (umur 49)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
Tahun aktif1990 — kini
PasanganRaymond Manthey (bercerai)
Henry Siahaan (bercerai)
AnakCavin Obient S. Siahaan
Cello Obient Siahaan
Ibu bapaTrenggono
Rachma Widianingsih
SaudaraKrisdayanti (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Lagu pilihan utamanya lagu-lagu lama yang sayu, contohnya ialah gaya Keroncong. Walau bagaimanapun kerjayanya berhenti disebabkan oleh peningkatan dalam kumpulan pop baru yang lebih menarik minat penonton muda.[2]

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • Kasmaran (1991)
  • Salah Tingkah (1992)
  • Aku Percaya (1994)
  • Mengapa Tiada Maaf (1996)
  • OST. Return of the Condor Heroes (1996)
  • Sebelum Kau Pergi (1996)
  • Desember Kelabu (1997)
  • Pelangi (1998)
  • Janji Sepasang Merpati (2000)
  • OST. Meteor Garden (2001)
  • Isi Hati (2002)
  • Belaian Sayang (2004)
  • 35 (2007)
  • Lagu-Lagu Hits Karya Is Haryanto & James F. Sundah (2009)
  • Jalan Terbaik (2009)
  • Tuhan Jagakan Dia (2014)

Album miniSunting

  • Hilang Permataku (1992)

SingleSunting

  • Kidung (Bersama 3 Bidadari) (1999)
  • Lilin-Lilin Kecil (1999)
  • 50 Tahun Lagi (feat. Raffi Ahmad) (2010)
  • Aku Cinta Padamu (2010)
  • Cinta Ini (feat. Raffi Ahmad) (2011)
  • Aku Jadi Bingung (feat. Iwa K) (2011)
  • Nurlela (feat. Krisdayanti, Iis Dahlia) (2011)
  • Akhirnya (Single Religi)
  • Tuhan Jagakan Dia (2014)

Sumber:[3]

FilemografiSunting

  • Rumah Tanpa Jendela (2011)

IklanSunting

  • Kuku Bima Kopi Ginseng (bersama Raffi Ahmad)

RujukanSunting

  1. ^ Kurniasari, Triwik (26 Julai 2009). "Krisdayanti (finally) reveals the unrevealed". The Jakarta Post. Dicapai pada 2010-05-02.
  2. ^ "Yuni Shara profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-21. Dicapai pada 2016-11-17.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ BS, Agung (3 Jun 2014). "Yuni Shara Ulang Tahun Ke-42, Hari Ini". TribunNews. Dicapai pada 2015-12-07.

Pautan luarSunting