Pelangi (Jawi: ڤلاڠي) merupakan fenomena optik dan meteorologi yang terhasil berikutan pemantulan, pembiasan dan penyerakan spektrum cahaya yang terkena titisan air; ia lazim boleh diperhatikan (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi yang menyinari di hujung tasik, di Taman Negara Jasper, Alberta, Kanada
Rainbow formation.png

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Prinsip fizikSunting

Cahaya matahari yang mengena titisan air hujan akan terpantul sebahagiannya dan terserap sebahagian lain; cahaya ini dibiaskan pada permukaan titisan seakan prisma dan terpantul dalam sebelum terpancar keluar, sebahagian pancaran ini terbias lagi di permukaan sebelum dipantulkan keluar dari titisan. Sudut yang dipantulkan cahaya terbias ini diperhatikan antara 0° hingga 42° yang paling kuat.[1]

Pelangi dilihat melengkung kerana sudut pemerhatian cahaya yang dibiaskan dari ufuk tempat berdiri: pelangi yang dipancar dalam suatu turutan kon di hujungnya suatu bulatan pada sudut 40–42° di mana separuh pelangi ini diserap di ufuk pada kaki pemerhati; bulatan pelangi boleh diperhatikan jika berada di ketinggian tertentu jauh dari permukaan bumi, misalnya jika dilihat semasa duduk di atas kapal terbang.[2][3]

Jarak atau besar kecilnya bergantung kepada indeks biasan air yang menyerak cahaya disinari; air laut mempunyai indeks biasan lebih tinggi menyebabkan pelangi yang terhasil lebih kecil.[4]

KepercayaanSunting

Pelangi dikatakan dalam mitologi Hindu merupakan busur dewa Indera yang dipersenjatakan untuk menembak panahan petir;[5] ia turut tercermin pada nama fenomena ini dalam bahasa-bahasa tertentu termasuk bahasa Sanskrit (इन्द्रधनुस् Indradhanus)[6] bahasa Benggali (রংধনু rôngdhônu) dan bahasa Malayalam (ഇന്ദ്രധനുസ്indradhanusŭ)

Ada pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu kononnya bahawa anak-anak yang menunjuk ke arah pelangi akan terpotong atau "kudung" jari menunjuk ini.[7] Namun, pelangi juga dilihat sebagai petanda keberadaan tertentu sama ada kaya rezeki (jika dilihat nelayan di laut) mahupun turunnya bidadari kayangan untuk mandi di mata air.[8]

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ "About Rainbows". Eo.ucar.edu. Diarkibkan from yang asal pada 18 Ogos 2013. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  2. ^ "Why are rainbows curved as semicircles?". Ask the van. The Board of Trustees at the University of Illinois. 7 November 2014. Diarkibkan from yang asal pada 2 Oktober 2015. Dicapai pada 13 April 2015.
  3. ^ "How to see a whole circle rainbow – EarthSky.org". earthsky.org. Diarkibkan from yang asal pada 4 Oktober 2013.
  4. ^ Cowley, Les. "Sea Water Rainbow". Atmospheric Optics. Dicapai pada 7 Jun 2007.
  5. ^ "Rainbows in Mythology", National Geographic.
  6. ^ Alain Daniélou (1991). The Myths and Gods of India: The Classic Work on Hindu Polytheism from the Princeton Bollingen Series. Inner Traditions. m/s. 110–111. ISBN 978-0-89281-354-4.
  7. ^ Ani Haji Omar (Januari 2014). "Pantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4K". Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 7 (1): 76-97. ISSN 2682-8049.
  8. ^ Tessa Dwi Leoni; Wahyu Indrayatti (Disember 2018). "Folklor Kepercayaan Rakyat Masyarakat Melayu di Kabupaten Bintan". Kiprah. Universitas Maritim Raja Ali Haji. 1 (2): 8-16. ISSN 2580-6947.