Zainal Abidin Mohd Yusof

Dr Zainal Abidin Mohd Yusof (55 tahun) adalah Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad . Beliau dilantik pada 1 Februari 2012 untuk tempoh 3 tahun.

Fail:Zainal Abidin Mohd Yusof.jpg
Zainal Abidin Mohd Yusof

Presiden Sirim sunting

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawa beliau memangku jawatan berkenaan sejak Ogos 2011 berikutan kematian Datuk Ir Yahaya Ahmad.

Pendidikan dan kerjaya sunting

Beliau lahir di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Mikrobiologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia selain memiliki ijazah dalam bidang yang sama daripada Lousiana State University, Amerika Syarikat.

Mulanya beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik pada 1981 dan pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Bioproses.

Beliau pernah menghasilkan lebih 30 penerbitan yang berkaitan penyelidikannya selain menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak dua kali pada 1985 dan 1996. Dr Zainal adalah seorang pakar bioteknologi dan Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Sirim.[1]

Rujukan sunting