Yang Berbahagia Dato' Haji

Ahmad Sidi Ismail

DSMT KMN
احمد سيدي اسماعيل
Yang di-Pertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Terengganu
Memegang jawatan
2012
Anggota Dewan Undangan
untuk Telemong
Dalam jawatan
1974–1995
Digantikan olehTengku Putera Tengku Awang
Butiran peribadi
LahirTerengganu Kuala Berang, Terengganu
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganTo' Puan Safiah Mohd Zin
KediamanKampung Batu 24, Kuala Berang
PekerjaanAhli politik

Persatuan Lumba Basikal Terengganu sunting

Selepas memimpin Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) selama lebih 20 tahun, Yang Dipertuanya Datuk Ahmad Sidi Ismail melepaskan jawatan berkuatkuasa 18 Disember lepas. Tiba masanya jawatan itu diserahkan kepada orang muda, kerana dalam dunia sukan lumba basikal yang semakin mencabar kini persatuan memerlukan pemimpin yang lebih cergas dan berwawasan. Beliau turut melahirkan keyakinan Terengganu akan terus maju dalam sukan lumba basikal bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga pada peringkat antarabangsa.[1]

Kerjaya politik sunting

Pertandingan merebut PRU 1974 kerusi Dun Telemong antara Ahmad Sidi yang mewakili BN dan abang seibunya, Allahyarham Salleh Mohamad dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) memperlihatkan kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti lebih 1,000 undi. [2]Amanah parti dipertanggungjawabkan kepadanya digalas sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan kerana baginya pertembungan adik-beradik bukanlah alasan beralah, sebaliknya memastikan perjuangan tersebut berjaya membawa misi dan visi parti. Pertalian adik-beradik tidak putus dan ketika Allahyarham Salleh Mohamad menghembuskan nafas terakhir, beliau berada di sisinya. Kemenangan itu membuka ruang lebih baik kepadanya berbakti kepada negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad apabila dilantik sebagai Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selama lima penggal berturut-turut iaitu pada 1980 hingga 1995.

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Datuk Ahmad Sidi Lepas jawatan yang Dipertua PLBT
  2. ^ "Lawan abang sendiri demi amanah parti". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-05. Dicapai pada 2018-05-04.
  3. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 11 July 2020.

Pautan luar sunting