Azan Ismail merupakan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang dan ADUN Bandar di Terengganu dari PH-PKR. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu.

Azan Ismail
Ketua PKR cabang Kuala Terengganu
Dalam jawatan
2022–2025
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu
Dalam jawatan
2018–2021
Digantikan olehNik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Bandar
Dalam jawatan
2013–2018
Digantikan oleh Ahmad Shah Muhamed
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Indera Mahkota, Pahang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehDatuk Wan Adnan Wan Mamat
Digantikan olehFauzi Abdul Rahman
Majoriti1,027
Butiran peribadi
Lahir10 Mei 1965 (56 tahun)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Parti politik
PekerjaanAhli Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-UMNO, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti sebanyak 1,027 undi. Beliau memperolehi 19,823 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,796 undi.

Isu dan kontroversi sunting

Saman Utusan sunting

Pada 5 April 2010, Azan Ismail memfail saman fitnah RM29 juta terhadap editor Zulkiflee Bakar dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Peguam A. Vasudevan mewakili beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Puncanya, cetakan pada 6 Mac dan 8 Mac 2010, Utusan menyiarkan berita bahawa Azan telah keluar dari PKR bersama beberapa ahli politik lain yang telah melompat parti. Azan juga menuntut faedah 8 peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi RM29 juta dari tarikh saman itu difailkan.[1]

Akhirnya pada 18 Februari 2013, Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada MP Indera Mahkota Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak jawatan daripada kesemua jawatan dalam PKR dan meninggalkan parti tersebut.Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut. Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.Beliau berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.[2]

Dakwa cuba dibeli RM5 juta sunting

Pada 27 Jun 2012, dalam sidang media di Parlimen, Azan Ismail mendakwa dirinya ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Beberapa orang menemui dirinya dan beberapa pemimpin PKR yang lain dan memberi tawaran yang sama.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Anggota Parlimen Indera Mahkota Saman Utusan RM29 Juta
  2. ^ "Utusan diperintah mohon maaf pada MP PKR", Malaysiakini.com, 18 Februari 2013.
  3. ^ "Azan ditawar RM5 juta untuk lompat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-28. Dicapai pada 2012-06-27.