Azman Warren ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik Malaysia. Beliau memperoleh pengiktirafan meluas menerusi penglibatannya dalam album kompilasi Ikhlas (1991).[1] Beliau juga ialah vokalis dan ketua kumpulan Karma.[2][3] Album solo pertamanya, Karma dikeluarkan pada 1998.[4]

Azman Warren
Kelahiran1960 (umur 63–64)
Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, akustik
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pemuzik
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1980–kini
Syarikat rakaman
Roslan Aziz Productions (RAP)
Pengkarya berkait
Afdlin Shauki, Zainalabidin, Zubir Ali, Amir Yussof, Sheila Majid

Kehidupan awal sunting

Azman dilahirkan di Batu Pahat, Johor kepada ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Inggeris dan merupakan anak kelima daripada lapan beradik.[2] Beliau berpindah ke Australia pada usia 13 tahun dan menetap di sana selama 16 tahun.[3] Beliau merupakan lulusan falsafah dan pernah mempelajari Hukum Einstein ketika berusia 14 tahun.[2]

Kerjaya muzik sunting

Sepanjang tempoh menetap di Australia,[5] Azman pernah bergiat aktif bersama The Teenage Roadshow, satu inisiatif yang dipelopori oleh dermawan dan bekas tentera, Gil Weaver dan dibiayai oleh Majlis Australia. Ia mengadakan lawatan ke seniman dan pemuzik untuk mendekati masyarakat dan penjara di utara negara yang kurang bernasib baik.[3]

Selepas 16 tahun menetap di Australia, beliau pulang ke Malaysia di mana beliau menandatangi kontrak bersama Roslan Aziz Productions (RAP) milik Roslan Aziz.[6][7] Azman muncul dalam album kompilasi Ikhlas (1991) yang turut menampilkan Zainal Abidin, Zubir Ali, Afdlin Shauki, Amir Yussof dan Sheila Majid.[2][3] Dalam album kompilasi itu, Azman menyumbangkan 3 lagu, yang mana 2 daripadanya bersama kumpulan Karma. Beliau bersama 5 artis RAP menjayakan persembahan di konsert Ikhlas yang berlangsung pada 25 Disember 1992 di Stadium Negara.

Album pertama Azman, Karma, dikeluarkan pada 1998,[8][9][10] namun tidak mendapat banyak perhatian. Bagaimanapun, album ini melayakkan beliau dicalonkan untuk Artis Baru Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999, namun dimenangi oleh Anuar Zain.[2][3] Setelah album solonya dilancarkan, beliau mula membangun rangkaian hubungan perniagaan, namun masih terus aktif dalam bidang muzik.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Karma

Album kompilasi sunting

Tajuk Butiran album
Ikhlas

Single sunting

Tajuk Tahun
"Ballad of Juliet" 1991
"Mercy"

Konsert sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1999 Anugerah Industri Muzik ke-6 Artis Baru Lelaki Terbaik Dirinya sendiri Tercalon
Album Rock Terbaik Karma Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Zurina Waji (12 Julai 1998). "Azman janji terbaik". Metro Ahad. Dicapai pada 7 Oktober 2019.
  2. ^ a b c d e f "Singer is reinventing himself by trying his hand at business" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 7 Mac 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  3. ^ a b c d e Elena Koshy (3 Januari 2021). "Ikhlas Tapi Jauh singer Azman Warren recalls a life from the shadows as he battles a life-threatening disease" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  4. ^ Marina Abdul Ghani (9 Jun 1998). "Six long years to Karma" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  5. ^ Rosidi Daud (4 Mei 1991). "Azman's trip home" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 16 November 2019.
  6. ^ Anthony Wong; Jad Mahidin; Michael Lai; Azhariah Kamin (3 Januari 1992). "Azman Warren a familiar face now" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  7. ^ "Dendangan Azman". Berita Harian. 8 November 1997. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  8. ^ Sani Salleh (19 Mei 1998). "Karma buat album solo". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  9. ^ Saniboey Mohd Ismail (1 Jun 1998). "Azman tak terpengaruh". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  10. ^ Saniboey Mohd Ismail (30 Jun 1998). "Haluan Karma samar". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2020.

Pautan luar sunting