Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia

Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia atau Mafrel merupakan badan NGO yang diasaskan oleh Abd Malek Hussin dan telah berfungsi sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengiktiraf peranan Mafrel bagi memastikan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 berjalan secara telus. Dengan ini juga, pasukan pemantau dari luar negara tidak diperlukan.[1]

Sejarah sunting

Mafrel mengambil contoh daripada National Movement For Free Election (NAMFREL) yang pernah ditubuhkan di Filipina semasa era pemerintahan diktator , Presiden Marcos. Ketika itu didapati keputusan pilihan raya yang dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina ( COMELEC) dengan yang dikeluarkan oleh NAMFREL jauh berbeza. Petugas COMELEC dipaksa mencerminkan kejayaan Marcos.

Pemerhati dari luar negeri kebanyakannya dari Amerika Syarikat dihantar bagi memantau pilihan raya di Pakistan, Bangladesh, Panama dan Nicaragua dan Thailand bagi memastikan proses pilihan raya berjalan secara telus dan adil. Diktator Panama, Manuel Noriega dan orang kuat Nicaragua iaitu Naniel Ortega telah dijatuhkan oleh rakyat engan bantuan tidak langsung Amerika Syarikat.

Pendirian kerajaan Malaysia sunting

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-4 mengkritik penubuhan pemantau pilihan raya atau 'election watch' kerana ia hanya gimik pembangkang dan tipudaya mengalihkan kelemahan pembangkang kepada pihak lain. Dr Mahathir memang terkenal dengan hujah spontan , objektif dan anti Barat. Beliau pernah digelar little Sukarno oleh media Indonesia.

Pilihan raya 1990 sunting

Sebuah 'election watch' hendak ditubuhkan semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 1990. Ahli badan ini ialah:

Antara objektif badan ini ialah :

  1. Untuk menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di Malaysia.
  2. Untuk menguji semua prosedur-prosedur pilihan raya seperti membuang kertas undi dan pengumuman keputusan.
  3. Untuk bekerjasama dengan lain-lain badan yang bertujuan sama, individu-individu dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan keputusan pilihan raya yang diumumkan adalah mencerminkan keadaan sebenar dan betul bertepatan dengan pilihan raya.
  4. Untuk menggalakkan hak mengundi semua warganegara Malaysia seperti mana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kelemahan pilihan raya Malaysia sunting

Persempadanan semula sunting

Suruhanjaya Pilihan Raya membahagikan kawasan mengundi menurut kehendak kaum. Contohnya tahun 1990 , parlimen Kuala Pilah mempunyai 40,000 pengundi. Sedangkan parlimen Puchong yang diwakili oleh Dr. V.David mempunyai 85,000 pengundi berdaftar. Sepatutnya Puchong mempunyai dua kawasan parlimen.[2]

Biasa berlaku kawasan bandar yang mempunyai ramai pengundi dan terdiri daripada kaum Cina mempunyai satu kawasan parlimen sahaja . Bandar Ipoh telah dipecahkan kepada Ipoh Barat dan Ipoh Timur dan kedua-duanya dimenangi oleh DAP dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Kawasan parlimen Selayang dan Shah Alam juga mempunyai pengundi yang padat dan ramai bagi menutup kritikan DAP. Kedua-dua kawasan ini dimenangi oleh Barisan Nasional - UMNO.

Di negeri Kelantan pula, tidak berlaku persempadanan semula berbanding dengan negeri Johor. Penduduk bandar yang telah lama menikmati pembangunan seperti air, elektrik, jalan raya dan pelbagai prasarana , biasanya 'anti establisment' . Sedangkan penduduk pedalaman amat mengharapkan janji-janji calon bahawa air , elektrik, jalan raya akan sampai kepada mereka . Kain pelikat, topi , t shirt , tong gas amat bermakna kepada mereka.Selalunya kanak-kanak berebut-rebut mendapatkan poster, topi, bendera parti dan lencana parti. Sedangkan penduduk bandar tidak sedemikian.

Kerajaan memberi alasan kawasan bandar telah maju dan tidak memerlukan ramai wakil rakyat atau ahli parlimen. Sebaliknya kawasan luar bandar yang luas memerlukan wakil rakyat yang ramai seperti di Sarawak . Negeri Perlis yang seluas daerah Hulu Langat mempunyai 3 kawasan parlimen dan 15 DUN.

Rujukan sunting

  1. ^ Mafrel pemerhati pilihan raya
  2. ^ Dr V.David 'Election Watch - Rakyat Malaysia Perlu Bangga. Majalah Eksklusif , April 1990, Karangkraf, hlm 35