Ceria Popstar Xtra

Ceria Popstar Xtra adalah merupakan program realiti terbaru nyanyian yang mengetengahkan bakat adik-adik yang mana berkebolehan untuk bernyanyi disamping juga bakal membuat mempersembahkan kreativiti pada setiap minggu. Merekalah bakal menjadi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang. Program ini bakal bersiaran selama 8 minggu mulai 29 Jun 2022, pada setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand dan juga boleh strim secara online di Astro Go yang mana kali ini menampilkan elemen baru iaitu 'gaming' dengan format asal dikekalkan. Tagline bagi musim ini ialah "Game On".

Ceria Popstar Xtra
Dihoskan olehNabil Ahmad
Elly Mazlein
JuriJohan Raja Lawak
Mas Idayu
Haqiem Rusli
Bil. peserta10
JuaraDinda Dania
Naib juaraIqmal Romi
Negara asalMalaysia
Bil. episod8
Keluaran
RangkaianAstro Ceria
Tarikh siaran29 Jun –
17 Ogos 2022
Maklumat tambahan
Laman web[1]
Kronologi
← Sebelumnya
Musim 4
Selanjutnya →
Xtra 2022

Format rancangan sunting

Berkonsepkan gaming, ‘Ceria Popstar Xtra’ akan menampilkan bakatbakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka. ‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industri seni pada masa akan datang.

Tambah menarik, program ini juga adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Seramai 10 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022. Semua peserta yang telah disenarai pendek adalah penyanyi solo yang berbakat. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

Selain itu, program ini tampil lebih dengan karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. Persona C-X tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain dan hanya suaranya sahaja yang akan didengar bersama paparan animasinya pada skrin. Antara kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan perserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberi komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain.

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa.

Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar.

Antara konsep-konsep gaming yang diterapkan adalah:

XTRA LIFE Setiap juri mempunyai Xtra Life, iaitu imuniti untuk diberikan kepada peserta yang tersingkir untuk menyelamatkan mereka. Setiap juri hanya boleh menggunakan imuniti ini sekali sahaja. Selain juri, C-X juga mempunyai satu Xtra Life untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir dan ini hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh sebagai kejutan.

XTRA STAR SCOREBOARD Setiap peserta akan mendapat bintang berdasarkan ranking persembahan mereka pada setiap minggu. Bintang-bintang ini akan terus dikumpul sehingga minggu separuh akhir. Peserta yang mengumpul jumlah bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ pada minggu akhir.

MVP OF THE WEEK Peserta yang mendapat tempat pertama berdasarkan markah mereka akan mendapat ‘MVP Of The Week’ dan akan duduk di sebuah kerusi yang istimewa dipanggil ‘Takhta MVP’. Pemilihan ‘MVP Of The Week’ akan bermula pada minggu kedua.

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara Ceria Popstar Xtra’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit.

Juara musim ini akan membawa pulang RM20,000.00 manakala naib juara akan membawa pulang RM10,000.00. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang berbentuk RM5,000.00.

Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.00.

Selain itu, pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil popular Malaysia, Nabil Ahmad kembali mengacara program ini bersama-sama dengan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein. Keceriaan program ini diserikan lagi dengan penampilan Johan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

‘Ceria Popstar Xtra’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang 3 digelar sebagai Xvengers. Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy dilantik sebagai sebagai Guru Tarian.

Dengan tagline ‘Game On!’, program yang menggabungkan elemen pertandingan nyanyian dengan konsep gaming ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih unik dan mengujakan dengan pelbagai sisipan kreativiti yang menarik serta dalam masa yang sama mengekalkan format asalnya.

Senarai Popstar sunting

Mengikut susunan penyingkiran
(Umur popstar dicatat sewaktu pertandingan.)

Popstar Umur Asal
Dania Zafirah binti Sulaiman (Dinda Dania) 17 Sepang, Selangor
Muhamad Nur Iqmal bin Romizan (Iqmal) 17 Simpang Pertang, Negeri Sembilan
Fathin Nur Insyierah Damia binti Mohamad Khalil (Damia) 16 Taiping, Perak
Zuhairah Amanina Farhanah binti Mohammad Faudzi (Amani) 12 Pasir Gudang, Johor
Ariff Hilmy bin Muhammad Amir (Ariff) 17 Klang, Selangor
Putri Nur Fadilah binti Abdul Rahim (Dilla) 15 Merlimau, Melaka
Nur Marsha Auni Zahira binti Mohd Rizal Fuadzam (Marsha) 13 Selayang, Selangor
Said Faleeq bin Mohd Fareez (Faleeq) 8 Puchong, Selangor
Dhiyaa Raidah Alisha binti Ruzaimi (Dhiyaa) 11 Kuala Lumpur
Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah (Zaki Yamani) 16 Kajang, Selangor

Ringkasan konsert sunting

Konsert Minggu 1 sunting

Tarikh disiarkan: 29 Jun 2022
Tema: Bebas
X-Vengers jemputan: Zizan Razak

Popstar Lagu
Adik Marsha "Aku Tak Akan Bersuara" nyanyian Nike Ardilla
Zaki Yamani "Cinta Sampai Mati" nyanyian Raffa Affar
Dhiya "Teman" nyanyian Iman Troye
Dilla "Sampai Bila" nyanyian Misha Omar
Ariff "Kau Pun Sama" nyanyian Syamel

Highest Score: Ariff
Game Over: Tiada

Konsert Minggu 2 sunting

Tarikh disiarkan: 6 Julai 2022
Tema: Bebas
X-Vengers jemputan: Zizan Razak

Popstar Lagu
Iqmal "Aku Yang Tersakiti" nyanyian Judika
Damia "Ku Bersuara" nyanyian Ernie Zakri
Amani "Semakin" nyanyian Siti Sarah
Faleeq "Dynamite" nyanyian BTS
Dinda Dania "Siapa Tak Mahu" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza

MVP Of The Week: Dinda Dania
Game Over: Zaki Yamani & Dhiyaa

Konsert Minggu 3 sunting

Tarikh disiarkan: 13 Julai 2022
Tema: Era Sebelum Lahir
X-Vengers jemputan: Erra Fazira

Popstar Lagu
Faleeq "Dugaannya" nyanyian Hujan
Ariff "Livin La Vida Loca" nyanyian Ricky Martin
Iqmal "Resah Kerinduan" nyanyian Spin
Adik Marsha "Jangan Kau Mimpi" nyanyian Siti Sarah
Damia "Kesilapanku Keegoanmu" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
Dinda Dania "Mengapa" nyanyian Nicky Astria
Amani "Tiada Tangis Lagi" nyanyian Ella
Dilla "My Heart Will Go On" nyanyian Celine Dion

MVP Of The Week: Amani
Game Over: Faleeq

Konsert Minggu 4 sunting

Tarikh disiarkan: 20 Julai 2022
Tema: Hit Lit Lit
X-Vengers jemputan: Ismail Izzani

Popstar Lagu
Dilla "Jangan Menangis Cinta" nyanyian Idayu
Iqmal "24434" nyanyian Floor 88
Adik Marsha "Easy On Me" nyanyian Adele
Ariff "Ring Ring" nyanyian Luqman Podolski
Dinda Dania "Bila Nanti" nyanyian Nabila Maharani
Damia "Putus" nyanyian Nabila Razali
Amani "Korban" nyanyian Ernie Zakri

MVP Of The Week: Amani
Game Over: Damia

Konsert Minggu 5 sunting

Tarikh disiarkan: 27 Julai 2022
Tema: Reboot vs Ribut
X-Vengers jemputan: Dato' AC Mizal

Popstar Lagu
Dilla "Money" nyanyian Lisa Blackpink
Iqmal "Cintaku 100%" nyanyian Mas Idayu
Adik Marsha "Ya Maulai" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
Dinda Dania "Syurga Di Telapak Kaki Ibu" nyanyian Dato' Aishah
Amani "Dolla Make You Wanna" nyanyian Dolla
Ariff "Sesungguhnya" nyanyian Raihan

MVP Of The Week: Iqmal
Game Over: Marsha

Konsert Minggu 6 sunting

Tarikh disiarkan: 3 Ogos 2022
Tema: Rematch
X-Vengers jemputan: Han Byul

Popstar Lagu
Zaki Yamani "Tujh Mein Rab Dihta Hai" nyanyian Roop Humar Rrthod & Shaeya Goshal
Faleeq "A Whole New World" nyanyian Zayn & Zhavia Ward
Adik Marsha "Deen Assalam" nyanyian Sabyan
Damia "Tinak Tin Tana" nyanyian Udit Narayan & Alka Yagnik
Dhiyaa "Title" nyanyian Meghan Trainor

MVP Of The Week: Damia
Game Over: Tiada

Konsert Minggu Separuh Akhir sunting

Tarikh disiarkan: 10 Ogos 2022
Tema: Multiplayer
X-Vengers jemputan: Dato' Aznil Haji Nawawi

Popstar & Artis Duet Lagu
Ariff & Wani Kayrie "Tak Ada Logika" nyanyian Agnez Mo
Dinda Dania & Aisha Retno "Drama" nyanyian Ning Baizura, Nikki & Yanie
Iqmal & Amir Masdi "Kasih Latifah" nyanyian Spider
Amani & Ara Johari "Cinta" nyanyian Marsha Milan
Dilla & Khai Bahar "Memori Berkasih" nyanyian Achik Spin & Siti Nordiana
Damia & Liza Hanim "Laksamana Raja Di Laut" nyanyian Iyeth Bustami

MVP Of The Week: Amani
Game Over: Dilla & Ariff

Konsert Minggu Kemuncak sunting

Tarikh disiarkan: 17 Ogos 2022
Tema: Grand Finale
X-Vengers jemputan: Mira Filzah

Pusingan 1
Popstar Lagu (penyanyi asal)
Amani "Paku" nyanyian Ara Johari
Iqmal "Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti" nyanyian Anneth
Dinda Dania "Gundah" nyanyian Ernie Zakri
Damia "Canggung" nyanyian Wany Hasrita
Pusingan 2
Popstar Lagu (penyanyi asal)
Amani "Pudar" nyanyian Indah Ruhaila
Iqmal "Malam Ini Kita Punya" nyanyian Bunkface
Dinda Dania "Pelesit Kota" nyanyian Search
Damia "Sumpah" nyanyian Aina Abdul

Star Award: Dinda Dania
Fourth place: Amani
Third place: Damia
Runner-up: Iqmal
Champion: Dinda Dania

Carta penyingkiran sunting

Ked. Konsert Mingguan
1 2 3 4 5 6 7 Akhir
1 Ariff Dinda Amani Amani Iqmal Damia Amani Dinda
2 Iqmal
3 Damia
4 Amani
5 Ariff
6 Marsha Marsha Dilla
7 Damia
8 Marsha Faleeq
9 Marsha Dhiyaa
10 Zaki Zaki

Kedudukan sunting

Rank Popstar 1 2 3 4 5 6 7 Akhir
29/6 06/7 13/7 20/7 27/7 03/8 10/8 17/8
1 Dinda Dania NA 1st 1st
2 Iqmal NA 1st 2nd
3 Damia NA Elim NA 1st 3rd
4 Amani NA 1st 1st 1st 4th
5 Ariff 1st NA Elim
6 Dilla NA Elim
7 Adik Marsha Btm2 Btm3 Elim
8 Faleeq NA Elim
9 Dhiyaa Elim
10 Zaki Yamani Save Elim
Klu
  •      Popstar yang menjadi juara.
  •      Popstar yang menjadi naib juara.
  •      Popstar yang menang tempat ketiga.
  •      Popstar yang menang tempat keempat.
  •      Popstar yang menang MVP Of The Week
  •      Popstar diserap semula melalui Imuniti
  •      Popstar terselamat daripada tersingkir.
  •      Popstar yang telah tersingkir.

Hadiah sunting

Juara:

  • Wang tunai RM20,000.00
  • Trofi

Naib Juara:

  • Wang tunai RM10,000.00
  • Trofi

Tempat Ketiga:

  • Wang tunai RM5,000.00
  • Trofi

Tempat Keempat:

  • Wang tunai RM3,000.00
  • Trofi

Anugerah Bintang

  • Wang tunai RM3,000.00

Penglibatan sunting

Pengacara: Nabil Ahmad & Elly Mazlein
Juri tetap: Johan Raja Lawak & Mas Idayu
Juri C-X: Haqiem Rusli
Guru Vokal: Azrin Nor
Guru Tari: Zaidy

Juri X-Vengers jemputan:

  1. Zizan Razak (Konsert 1 & 2)
  2. Erra Fazira (Konsert 3)
  3. Ismail Izzani (Konsert 4)
  4. Dato' AC Mizal (Konsert 5)
  5. Han Byul (Konsert 6)
  6. Dato' Aznil Haji Nawawi (Konsert 7)
  7. Mira Filzah (Konsert Akhir)


Trivia
  • Identiti juri C-X dirahsiakan selama 6 minggu konsert berlangsung dan bakal diumumkan pada konsert separuh akhir.

Rujukan sunting