Hanie Soraya Taha (lahir 16 Januari 1994) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia, beliau terkenal dengan lagu nyanyiannya termasuk "Hujung Dunia" dan "Pantas".[1] Pada tahun 2020, Hanie merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[2]

Hanie Soraya
Nama lahirHanie Soraya binti Taha
Kelahiran (1994-01-16) 16 Januari 1994 (umur 30)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif
  • 2014–2015
  • 2020–kini
Syarikat rakaman
Faithful Music (2014–2015)

Kerjaya sunting

Hanie Soraya memulakan kerjaya muziknya selepas ibunya membawanya bertemu Faizal Tahir, seterusnya menandatangani kontrak sebagai artis pertama untuk syarikat rakaman Faithful Music milik Faizal. Bakat Hanie terserlah semasa menyertai audition Mentor pada tahun 2012 di mana Faizal adalah juri untuk rancangan tersebut. Hanie berjaya dipilih top two oleh Faizal dan pihak TV3. Pada tahun 2014, Hanie meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Hujung Dunia". Muzik videonya telah meraih 700,000 tontonan di YouTube.[3] Pada tahun berikutnya, Hanie muncul dengan dua single serentak, "Rasa Sayang" dan "Pantas".[4]

Beliau juga pernah menyertai Koir Kebangsaan Kanak-Kanak di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz Selamat ketika berusia 11 tahun. Hanie juga pernah dipilih menjayakan pementasan teater teater muzikal kanak-kanak Ali Baba yang berlangsung di Istana Budaya. Beliau merupakan antara empat peserta yang terpilih merakamkan lagu sepanjang persembahan berlangsung.[5] Hanie juga pernah dipilih menyertai American Foreign Students Exchange (AFS).[5]

Big Stage (musim 3) sunting

Hanie Soraya menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria. Beliau tersingkir di minggu kedua konsert.[6][7][8] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Hujung Dunia" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat “Ku Bahagia” Melly Goeslaw TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan lulusan di Universiti Mansoura, Mesir dan diiktiraf sebagai doktor.[9][10][11][12]

Diskografi sunting

Single sunting

  • "Hujung Dunia" (2014)
  • "Rasa Sayang" (2015)[13]
  • "Pantas" (2015)

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2014 Ema Emyliana (Musim 2) Dirinya Sendiri TV3 Penampilan khas

Rujukan sunting

  1. ^ Ardini Sophia Sina (6 Mac 2016). Hanie perlu banyak berkorban Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2016.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Ogos 2020). Tak kisah digelar BBNU Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (18 Julai 2014). Lebih 700,000 tonton klip video Hanie Soraya mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2014.
  4. ^ Keanu Azman (28 November 2015). Hanie Soraya pushes the envelope with latest single, Pantas Daily Seni. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  5. ^ a b Hanie dipaksa hadiri uji bakat Harian Metro. 16 Ogos 2015. Dicapai pada 20 Oktober 2016.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (7 September 2020). Tawaran doktor jadi pengubat duka Hanie Soraya selepas tersingkir awal Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  7. ^ "Minggu ini out of tune" - Hanie Soraya 'sasaran' Ajai, jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2020 mStar Online. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  8. ^ Hanie Soraya akui sedih jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2020 Suria. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  9. ^ Ferode Hikmet Atak (14 Februari 2019). Tamat pengajian, Hanie Soraya rindu untuk kembali menyanyi Berita Harian. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  10. ^ Selamat bergraduasi, penyanyi jelita Hanie Soraya bakal jadi doktor Astro Awani. 12 Mac 2019. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  11. ^ Ridzwan Abdul Rahman (7 September 2020). Tawaran doktor jadi pengubat duka Hanie Soraya selepas tersingkir awal Harian Metro. Dicapai pada 11 September 2020.
  12. ^ Zeti Farzana Alpikri (11 Mac 2019). "Hanie Soraya bakal jadi doktor". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2019. Dicapai pada 3 Ogos 2019.
  13. ^ Zaidi Mohamad (23 Mac 2015). Rasa Sayang Hanie Soraya Berita Harian. Dicapai pada 20 Ogos 2015.

Pautan luar sunting