Big Stage (musim 3)

Musim ketiga Big Stage, juga dikenali sebagai Big Stage 2020: Norma Baharu memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2020. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta dari luar negara yang terlibat seperti musim kedua yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini.

Big Stage
Musim 3
Dihoskan oleh
Juri
Bil. peserta12
JuaraAzzam Sham
Naib juaraUsop
Bil. episod8
Keluaran
RangkaianAstro Ria
Tarikh siaran16 Ogos –
4 Oktober 2020
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 2
Seterusnya →
Musim 4

Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketiga kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).[1] Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.[2] Juara untuk musim ketiga disandang oleh Azzam Sham.[3]

Format rancangan sunting

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. Peserta lelaki terdiri daripada Azzam Sham, Qody Rany, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, dan Amir Hasan. Manakala peserta perempuan ialah Nanasheme, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.

Tiga ikon muzik tersohor tanah air Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Isha Norsham menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Sissy Imann dam Neeta Manishaa menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan. Tambahan pula, tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.

Peserta sunting

(Umur dicatat mengikut waktu pertandingan)[4]

Peserta Nama Pentas Umur Asal Kedudukan
Muhammad Azzamuddin bin Lop Hisham Azzam Sham 23 Kuala Lumpur   Juara
Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor Usop 23 Kulim, Kedah   Naib Juara
Rossaidi bin Abdul Rani Qody Rany 26 Langkawi, Kedah   Ketiga
Muhammad Dinie bin Abdul Rashid Dinie Rashid 28 Pulau Pinang   Keempat
Muhd Fadhlullah bin Abd Majid Fadh Majid 27 Melaka   Kelima
Farisha binti Asmadi Farisha Iris 21 Selangor   ke-6
Muhammad Hafiz bin Zainal Hafiz Zainal 28 Johor Bahru, Johor   ke-7
Nur Nabilah Hashimi Nana Sheme 25 Kuching, Sarawak   ke-8
Alessandra Dianne Ampuria Sandra Dianne 26 Tuaran, Sabah   ke-9 (Meninggal Dunia) [5]
Osama Yamani bin Jamal Ubaidillah Yamani Abdillah 19 Ipoh, Perak   ke-10
Amir bin Abu Hasan Amir Hasan 24 Kuala Lumpur   ke-11
Hanie Soraya binti Taha Hanie Soraya 26 Kuala Lumpur   ke-12

Konsert mingguan sunting

Separuh Juri 1 Juri 2 Juri 3 Juri Jemputan Presiden Netizen
Minggu 1
Faizal Tahir
Dayang Nurfaizah
Ajai
Hael Husaini
Neelofa
Minggu 2
Ernie Zakri
Caprice
Minggu 3
Lah Ahmad
Michael Ang
Minggu 4
Joe Flizzow
Elly Mazlein
Minggu 5: Tribute
-
Minggu 6: Suku Akhir
Mas Idayu
Minggu 7: Separuh Akhir
Syafinaz Selamat
Minggu 8: Konsert Akhir
Misha Omar

Minggu 1 sunting

  • Tarikh Disiarkan: 16 Ogos 2020
  • Tema: Starter Pack
Peserta Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Purata Markah Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Hanie Soraya "Hujung Dunia" Hanie Soraya 74% 53% 58% 57% 88% 66.00% 3.00% 8
Usop "Selamanya" Usop 85% 65% 69% 70% 95% 76.80% 22.31% 3
Azzam Sham "Salam Sejahtera" Samudera 87% 76% 72% 79% 94% 81.60% 17.68% 1
Amir Hasan "Akad" Payung Teduh 80% 51% 20% 54% 81% 57.20% 5.98% 11
Yamani Abdillah "Usang" Rahim Maarof 85% 54% 57% 58% 89% 68.60% 4.10% 6
Fadh Majid "Kenangan Lalu Flybaits 82% 76% 52% 67% 88% 73.00% 3.53% 5
Sandra Dianne "Hey! Kau" Sandra Dianne 78% 75% 53% 76% 89% 74.20% 6.78% 4
Dinie Rashid "Bukan Cinta Aku Dinie Rashid 79% 56% 66% 56% 85% 68.40% 6.05% 7
Farisha Iris "Tak Malu" Farisha Iris 56% 52% 60% 71% 86% 65.00% 4.78% 9
Hafiz Zainal "Fly Me To The Moon" Frank Sinatra 78% 54% 2% 55% 86% 55.00% 9.67% 12
Nanasheme "Hantu Atau Buaya x Boleh Blah" Nana Sheme 78% 53% 21% 53% 82% 57.40% 7.43% 10
Qody Rany "Dia" Qody Rany 80% 66% 60% 87% 97% 78.00% 8.69% 2

Juri Jemputan: Hael Husaini

Presiden Netizen: Neelofa

BBNU Paling Gempak: Azzam Sham

Tiga Terbawah: Amir Hasan, Hafiz Zainal & Nanasheme

Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran

Minggu 2 sunting

  • Tarikh Disiarkan: 23 Ogos 2020
  • Tema: Hype Beat
Peserta Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Purata Markah Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Farisha Iris "Pura-Pura Bujang" Baby Shima 78% 78% 63% 77% 62% 71.60% 4.83% 4
Fadh Majid "Alalala Sayang" Azarra Band 71% 82% 37% 72% 69% 66.20% 3.13% 10
Amir Hasan "Donde" Andi Bernadee 71% 65% 16% 74% 57% 56.60% 5.65% 12
Qody Rany "Cindai" Siti Nurhaliza 80% 81% 69% 84% 79% 78.60% 11.08% 3
Yamani Abdillah "Paku" Ara Johari 68% 60% 61% 82% 62% 66.60% 3.95% 9
Hafiz Zainal "Katakan Tidak" Afgan 80% 59% 58% 77% 66% 68.00% 9.78% 7
Hanie Soraya "Ku Bahagia" Melly Goeslaw 60% 58% 20% 85% 62% 57.00% 3.06%

11

Dinie Rashid "Batu Dan Golek" Faizal Tahir 48% 68% 69% 87% 65% 67.40% 7.65% 8
Usop "Hati" Hael Husaini 90% 90% 71% 99% 81% 86.20% 21.12% 1
Nanasheme "Mata" Ayda Jebat 65% 74% 47% 85% 71% 68.40% 6.26% 5
Sandra Dianne "Kau Atau Aku" Elyana 68% 68% 50% 87% 69% 68.40% 6.30% 6
Azzam Sham "Sinar" Megat Rahim 78% 84% 74% 96% 86% 83.60% 17.21% 2

Juri Jemputan: Ernie Zakri

Presiden Netizen: Caprice

BBNU Paling Gempak: Azzam Sham

Tiga Terbawah: Amir Hasan, Fadh Majid & Hanie Soraya

Peserta Tersingkir: Hanie Soraya

Minggu 3 sunting

  • Tarikh Disiarkan: 30 Ogos 2020
  • Tema: Duominasi
Peserta & Artis Undangan Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Purata Markah Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Hafiz Zainal & Muna Shahirah "Dilema 03" Nora & Vince 76% 73% 62% 62% 65% 67.60% 8.55% 6
Dinie Rashid & Wani Kayrie "Takdir Tercipta" Hafiz Suip & Adira 63% 68% 58% 60% 54% 60.60% 8.56% 9
Sandra Dianne & Sufi Rashid "Aku Kau Dan Muzik" Akim & Stacy 57% 66% 15% 49% 37% 44.80% 6.90% 11
Azzam Sham & Khai Bahar "Canggung" Wany Hasrita 78% 80% 65% 89% 89% 80.20% 18.82% 3
Amir Hasan & Sarah Suhairi "Bicara Rasa" Ariff Bahran & Sarah Suhairi 73% 62% 17% 56% 60% 53.60% 5.35% 10
Nanasheme & Adzrin "Setia" Faizal Tahir & Elizabeth Tan 60% 73% 42% 66% 68% 61.80% 5.70% 8
Usop & Ara Johari "Senja Nan Merah" Awie & Ziana Zain 82% 85% 73% 96% 89% 85.00% 20.91% 1
Fadh Majid & Kucaimars "Kekasih Bayangan" Cakra Khan 65% 80% 65% 74% 82% 73.20% 3.07% 5
Qody Rany & Amir Masdi "Salam Untuk Kekasih" Nadia 59% 82% 50% 80% 95% 73.40% 12.25% 4
Farisha Iris & Fieya Julia "Cinta" Melly Goeslaw & Krisdayanti 80% 83% 71% 89% 82% 81.00% 5.60% 2
Yamani Abdillah & Syafiq Farhain "Isabella 98" Amy Search, Jamal Abdillah, Zamani & Saleem 55% 70% 64% 55% 84% 65.60% 4.28% 7

Juri Jemputan: Lah Ahmad

Presiden Netizen: Michael Ang

BBNU Paling Gempak: Azzam Sham

Tiga Terbawah: Amir Hasan, Dinie Rashid & Sandra Dianne

Peserta Tersingkir: Amir Hasan

Minggu 4 sunting

  • Tarikh Disiarkan: 06 September 2020
  • Tema: Baby Bash
Peserta Lagu Penyanyi Asal Markah Juri Purata Markah Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Azzam Sham "Mengintai Dari Tirai Kamar" Exists 90% 71% 85% 61% 69% 75.20% 18.88% 3
Hafiz Zainal "Laguku Untukmu" Hasnol 75% 72% 49% 51% 73% 64.00% 8.54% 7
Fadh Majid "Mentera Semerah Padi" M. Nasir 69% 70% 88% 92% 74% 78.60% 5.39% 2
Farisha Iris "Kau Kekasihku" Siti Nurhaliza 78% 80% 49% 59% 65% 66.20% 8.60% 6
Yamani Abdillah "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman 75% 63% 42% 66% 64% 62.00% 5.69% 9
Qody Rany "Ukiran Jiwa" Awie 62% 78% 52% 64% 58% 62.80% 12.88% 8
Dinie Rashid "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" Fauziah Latiff 80% 64% 67% 67% 67% 69.00% 11.14% 4
Nanasheme "Don't Speak" No Doubt 75% 79% 69% 47% 68% 67.60% 6.15% 5
Usop "Bukan Ku Tak Sudi" Iklim 90% 80% 93% 88% 80% 86.20% 22.73% 1
Sandra Dianne "Nuri" Ella - - - - - (Dikecualikan) 10

Juri Jemputan: Joe Flizzow

Presiden Netizen: Elly Mazlein

BBNU Paling Gempak: Azzam Sham

Tiga Terbawah: Hafiz Zainal, Qody Rany & Yamani Abdillah

Peserta Tersingkir: Yamani Abdillah

Minggu 5: Tribute sunting

  • Tarikh Disiarkan: 13 September 2020
  • Tema: #SandraDalamKenangan

Presiden Netizen: Elly Mazlein

Dibatalkan Penyertaan: Allahyarhamah Sandra Dianne

Minggu 6: Suku Akhir sunting

  • Tarikh Disiarkan: 20 September 2020
  • Tema: Rotasi 36T & Battle
Peserta Lagu 36T Penyanyi Asal Markah Juri Markah Juri Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Dinie Rashid "Umpan Jinak Di Air Tenang" Ahmad Jais 69.50% 69.50% 56% 73% 56.50% 64.90% 13.35%

8

Qody Rany "Teman Pengganti" Black & Malique 76.50% 75% 66.50% 86.50% 77% 76.30% 14.62% 2
Fadh Majid "Seperti Mati Lampu" Elmo Genk x Conrad Good Vibration 78.50% 68.50% 67% 90% 84.50% 77.70% 7.40% 1
Hafiz Zainal "Rampas" Akim & The Majistret 73.50% 68.50% 45.50% 76% 80% 68.70% 8.22%

6

Nanasheme "Budak Ngam" Sophia Liana x Budak Ngam 64% 76% 55.50% 75% 60.50% 66.20% 8.13%

7

Azzam Sham "Numb" Linkin Park 76% 75% 65% 74.50% 79.50% 74.00% 14.78% 4
Usop "One Call Away" Charlie Puth 75% 79.50% 51.50% 85.50% 82.50% 74.80% 23.76% 3
Farisha Iris "How You Like That" Blackpink 73% 76.50% 62% 75.50% 71.50% 71.70% 9.74% 5
Peserta Lagu Battle Penyanyi Asal
Azzam Sham "Merisik Khabar" Sudirman
Qody Rany
Dinie Rashid "Sejati" Faizal Tahir
Nanasheme
Fadh Majid "Bujang Senang" Wings
Hafiz Zainal
Farisha Iris "Tak Ada Logika" Agnes Monica
Usop

Juri Jemputan: Mas Idayu

Presiden Netizen: Elly Mazlein

BBNU Paling Gempak: Usop

Tiga Terbawah: Dinie Rashid, Hafiz Zainal & Nanasheme

Peserta Tersingkir: Hafiz Zainal & Nanasheme

Minggu 7: Separuh Akhir sunting

  • Tarikh Disiarkan: 27 September 2020
  • Tema: Veto Juri & Duominasi Platinum
Peserta Lagu Solo Penyanyi Asal Peserta & Artis Undangan Lagu Duet Penyanyi Asal Markah Juri Markah Juri Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan
Farisha Iris "Semalam" Aina Abdul Farisha Iris & Syamel "Ratusan Purnama" Marthino Leo & Melly Goeslow 71.50% 69.50% 49.50% 84.50% 67.50% 68.50% 12.32%

5

Dinie Rashid "Adventure Of A Lifetime" Coldplay Dinie Rashid & Aizat Amdan "Sumpah" Naim Daniel 67% 69.50% 54.50% 80% 59.50% 66.10% 14.41% 6
Qody Rany "Rude" Magic Qody Rany & Naqiu "Satu" S.M Salim & Zainal Abidin 72.50% 71.50% 59% 94% 61.50% 71.70% 18.76% 4
Usop "Lelaki Ini" Anuar Zain Usop & Haqiem Rusli "Kembali Merindu" Slam 70.50% 77% 74% 89.50% 67% 75.60% 27.15% 2
Fadh Majid "Someone You Loved" Lewis Capaldi Fadh Majid & Shiha Zikir "Percayalah" Afgan & Raisa 81% 72% 67.50% 88.50% 56.50% 73.10% 11.37% 3
Azzam Sham "Tak Mungkin Bersama" Judika Azzam Sham & Bob Yusof "Gundah" Ernie Zakri 86% 79% 82.50% 85% 77% 81.90% 15.98% 1

Juri Jemputan: Syafinaz Selamat

Presiden Netizen: Elly Mazlein

BBNU Paling Gempak: Dinie Rashid

Tiga Terbawah: Dinie Rashid, Farisha Iris & Qody Rany

Peserta Tersingkir: Farisha Iris

Minggu 8: Konsert Akhir sunting

  • Tarikh Disiarkan: 04 Oktober 2020
  • Tema: Ultimatum (Slow and Fast Beat)
Finalis Lagu Slow Beat Penyanyi Asal Lagu Fast Beat Penyanyi Asal Markah Juri Purata Markah Markah Online Kedudukan
Faizal Tahir Dayang Nurfaizah Ajai Presiden Netizen Juri Jemputan Markah Juri (70%) Undian Gempak (50%)
Azzam Sham "Aku Bidadari Syurgamu" Siti Nurhaliza "Grenade" Bruno Mars 76% 79.50% 85% 98.50% 94% 60.62% 7.21% 86.60% 24.10% Juara
Dinie Rashid "My Baby You" Marc Anthony "Kau Bunga Cintaku" Anuar Zain 77% 71.50% 66% 94% 84% 54.95% 5.09% 78.50% 16.96% Tempat Keempat
Fadh Majid "Bila Rasaku Ini Rasamu" Kerispatih "Pantun Budi" S.M Salim 68.50% 74.50% 67.50% 93% 87% 54.67% 4.13% 78.10% 13.73% Tempat Kelima
Qody Rany "Bukan Dia Tapi Aku" Judika "Aladin" Spider 78.50% 76% 65% 97% 87.50% 56.63% 5.22% 80.90% 17.40% Tempat Ketiga
Usop "Peluang Kedua" Nabila Razali ft. MK (K-Clique) "Arjuna Mencari Cinta" Dewa 19 78.50% 80% 78% 89% 90.50% 58.24% 8.33% 83.20% 27.77% Naib Juara

Juri Jemputan: Misha Omar

Presiden Netizen: Elly Mazlein

BBNU Paling Gempak: Azzam Sham

Pemenang dan Hadiah sunting

Kedudukan Mingguan sunting

Ked. Konsert Mingguan
1 2 3 4 5 6 7 Akhir
1 Azzam Usop Usop Usop Konsert Tribute Allahyarhamah Sandra Dianne Fadh Azzam Azzam
2 Qody Azzam Farisha Fadh Qody Usop Usop
3 Usop Qody Azzam Azzam Usop Fadh Qody
4 Sandra Farisha Qody Dinie Azzam Qody Dinie
5 Fadh Nanasheme Fadh Nanasheme Farisha Farisha Fadh
6 Yamani Sandra Hafiz Farisha Hafiz Dinie
7 Dinie Hafiz Yamani Hafiz Nanasheme
8 Hanie Dinie Nanasheme Qody Dinie
9 Farisha Yamani Dinie Yamani
10 Nanasheme Fadh Amir Sandra
11 Amir Hanie Sandra
12 Hafiz Amir

Kunci Warna

     Juara Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)

     Naib Juara Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)

     Ketiga Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)

     Keempat & Kelima Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)

     Kedudukan Mingguan 3 Terendah (Markah Juri + Presiden Netizen)

     Imuniti

     Terselamat daripada Penyingkiran

     Dikecualikan (Tidak menghadiri konsert)

     Tersingkir (Undian Penonton Terendah)

Kronologi sunting

  • Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Subang Jaya, Selangor pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Great Wall yang dinaiki bersama adik sepupunya Jessica R.James dikatakan hilang kawalan lalu terbalik. Sandra dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya di mana keadaan beliau dilaporkan tidak sedarkan diri. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage. Pada awal 2 pagi tanggal 11 September 2020 iaitu 5 hari selepas bertarung nyawa, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya. Konsert pada minggu ketiga merupakan persembahannya yang terakhir di dalam Big Stage 2020 sebelum beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan telah disahkan meninggal dunia. [6][7]
  • Sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad (13 September 2020) seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang Allahyarhamah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanahair terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung. [8]

Rujukan sunting

  1. ^ Dimensi berbeza Big Stage 2020 pada skala norma baharu Utusan Borneo. 6 Ogos 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  2. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Oktober 2020). Juara Big Stage 2020 milik Azzzam Sham Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  4. ^ "Senarai 12 peserta Big Stage 2020". Iluminasi. 4 Ogos 2020.
  5. ^ "Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia". Astro Awani. 11 September 2020.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2020). "Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri selepas kemalangan". Berita Harian. Dicapai pada 7 September 2020.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Sandra Dianne Kemalangan". Harian Metro. Dicapai pada 7 September 2020.
  8. ^ Astro Gempak (11 September 2020). ""Konsert Big Stage 2020 Minggu Kelima Akan Digantikan Dengan Konsert Tribute #SandraDalamKenangan" - Pengurus Saluran Astro Ria". Astro Gempak. Dicapai pada 11 September 2020.

Pautan luar sunting