Datuk Ishak Arshad adalah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis. Ishak adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis. Ishak pernah menjadi ahli parlimen Kangar dan Adun Mata Ayer atas tiket Barisan Nasional/UMNO.

Isterinya Norhaida Sulaiman(56) dan mempunyai enam anak berusia antara 16 dan 33 tahun. Anak sulung beliau meninggal dunia sebulan selepas kematian beliau.

Kerjaya dan politik sunting

Beliau pernah menjadi guru di Perlis . Beliau adalah bekas Anggota Parlimen Kangar (1990-1995) dan Adun kawasan Mata Ayer selama dua penggal (26 April 1995 hingga 6 April 2004). Beliau dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri dengan menerajui portfolio agama semasa Menteri Besar Shahidan Kassim.

Mulai 2008, Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Yayasan Islam Negeri Perlis (YIPs). Beliau meletak jawatan pada Januari 2012 kerana faktor kesihatan.

Meninggal dunia sunting

Pada 22 November 2011, Datuk Ishak Arshad meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis pada usia 58 tahun.Beliau menghidap penyakit barah tulang.

Abang iparnya, Abu Bakar Senapi, 71, memaklumkan bahawa jenazah dibawa pulang ke rumah beliau di Chuping dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bawah Bukit . Turut ziarah ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.[1]

Rujukan sunting