Kenderi (Jawi: کندري), keneri (Jawi: کنري‎) atau hun (Jawi: هون‎, Bahasa Cina: pinyin: fēnYale Kantonis: fàn;[1] bahasa Inggeris: candareen[2] atau hoon[3]) adalah ukuran timbangan berat yang wujud di Asia Timur dan Tenggara. Ia sama dengan dan​110 ci serta kira-kira 378 miligram. Troy candareen adalah kira-kira 374 miligram (5.77 gr).

Biji-biji saga yang menjadi asas kepada timbangan kenderi.

Unit timbangan ini dinamakan sempena buah saga kenderi (Adenanthera pavonina) yang digunakan untuk menimbang emas atas dacing kerana bentuk dan rupa setiap butir biji ini yang lebih kurang sama.[4][5]

Pengiraan sunting

Perkiraan yang ditetapkan untuk timbangan satu kenderi dipecahkan seperti berikut:

  • 12 saga kenderi = satu mayam
  • 16 mayam = 192 kenderi = satu tahil.[5]
  • 10 kenderi = 1 ci/mas[6]
  • 10 ci/mas = 100 kenderi = 1 tahil[6]

Hong Kong menetapkan satu kenderi bersamaan 0.3779936375 gram[1] atau ​2150 auns avoirdupois seperti yang ditetapkan Ordinan Berat dan Sukatan kawasan tersebut. Akta Timbangan dan Ukuran 1985 Singapura menetapkan sukatan satu kenderi atau "hun" (hoon) bersamaan 0.377994 gram.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Weights and Measures Ordinance". Laws of Hong Kong.
  2. ^ "Candareen". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.) Accessed from OED Online.
  3. ^ a b "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  4. ^ Corner EJH (1988). Wayside Trees of Malaya, Volume 1. Malaysian Nature Society. ISBN 967-99906-0-5.
  5. ^ a b Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
  6. ^ a b Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.